Wednesday, May 13, 2020

Telur padi aka Century Egg



assalamualaikum

hari ni kita cerita tentang telur padi
ataupun century egg

rasanya ramai juga yang tak pernah makan
or tengok telur hitam ni

kat Sarawak
ni antara kegemaran ramai
rasanya lemak2 sedap

kita selalu makan bersama nasi bubur
nasi panas

so berpandukan wikipedia
mari kita sama2 baca
camna telur hitam ni terjadi




info refer to Wikipedia 


Telur padi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Telur padi
Century egg sliced open.jpeg
Telur padi yang dibelah buka
Nama alternatiftelur padi, telur peram, telur seabad, telur sealaf, telur seratus tahun, telur seribu tahun, telur hitam, telur kulit, telur pindang Cina
Tempat asalChina
Bahan utamaTelur yang diawet di dalam tanah liat, abu kayu, garamkapursekam padi
Variasitelur itikayam atau puyuh
 di Wikibuku Buku Masakan: Telur padi   Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Telur padi
Telur padi
Nama Cina
Bahasa Cina:皮蛋
Maksud harfiah:"telur kulit"
Nama Cina alternatif
Bahasa Cina:松花蛋
Maksud harfiah:telur corak pain
Nama Jepun
Kana:ピータン
Nama Thai
Bahasa Thai:ไข่เยี่ยวม้า
[kʰàj jîa̯w máː]
RTGS:khai yiao ma
Nama Vietnam
Bahasa Vietnam:trứng bách thảo
Telur padi (Cina ringkas皮蛋pinyinpídàn) juga dikenali sebagai telur pindang Cina, telur seratus tahun, telur seribu tahun, telur seabad, telur sealaf, telur kulit dan telur hitam, ialah produk makanan Cina yang diawet dan menjadi makanan istimewa yang dibuat dengan memeram telur itikayam atau telur puyuh ke dalam campuran tanah liatabugaramkapur, dan sekam padi selama beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada kaedah pemprosesan.[1]
Melalui proses itu, kuning telur menjadi hijau gelap kepada warna kelabu, dengan konsistensi berkrim dan rasa yang kuat kerana hidrogen sulfida dan ammonia yang hadir, manakala bahagian putihnya menjadi coklat gelap, jeli lutcahaya dengan rasa masin. Agen transformasi dalam telur padi adalah garam alkali, yang secara beransur-ansur meningkatkan pH telur sekitar 9-12, semasa proses pengawetan.[2] Proses kimia ini memecahkan beberapa protein kompleks dan lemak tanpa rasa, yang menghasilkan pelbagai sebatian rasa kecil yang lebih halus.
Sesetengah telur mempunyai corak berhampiran permukaan putih telur yang disamakan dengan cabang pokok cemara atau pain, yang menimbulkan salah satu nama Cinanya, telur corak pain.





biasa didatangkan dalam pack of 4
ataupun pack of 6


kulit luarannya disaluti serkam padi
kena lembutkan lapisan tu




ni keadaan kulit selepas dibersihkan




telur putihnya bertukar menjadi gelap jernih



dan ada part tertentu
terasa seolah-olah jelly





bahagian dalamnya camni ni
hitam dan ada line bulat kat kuning telurnya tu
bau cam biasa
bau hanyir telur




tu kat telur kuningnya
seolah2 cam lingkaran
yang kat batang pokok kayu



telur ni tak perlu masak
kupas je kulitnya
dan makan





beza telur padi
dengan telur masin
diperbuat daripada telur itik juga



bagi aku
aku sangat suka akan rasanya
lemak2 gitu

senang didapati di super2 market
kedai runcit
memang dijual merata2




zzzyy

7 comments:

  1. ni kalau kat johor selalu jumpa telur jenis ni. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni, lemak2 especially if makan dgn bubur. dimsum pun sedap

      Delete
  2. Setakat ni memang x pernah makan lagi telur padi. X perasan pula ada jual kat pasar raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly if orang tua kat sini akan suka makan telur ni, generasi muda ramai yg tak suka

      Delete

tq, peace :)