Thursday, May 7, 2020

Tupperware



perempuan dengan tupperware
berpisah tiada
hahahaa..

hari ni tupperware 
yang di order a few weeks ago 
dah sampai ke pengakuan
dengan hati berbunga-bunga
aku bawa balik rumah

another yang set lagi belum sampai
rasa meronta2 hati menunggu
dia dah datang
tapi org tempat beli tu
taknak pergi town masa mco ni
so kena tahan kan hati tuk bersabar lah









sangat suka dengan container 3 petition ni
boleh tuk bawa lunch
tapi dak ava dah book
dia kata dia punya
errkk... terus warning dia
if nak bawa, jgn sesekali lupa bawa balik ek
kang hilang, mami boleh jadi kingkong




yang ni collection lama
suka size comel dia
sebenar yang ni come with set
semua kaler merah
tapi sekarang dah kucar kacir
some dah rosak tudungnya
or tudung tu dah kena conteng
dengan dak ava masa kecik dulu






yang ni senang simpan dalam frigde
minum terus
hari tu masa beli murah je
sebab pengabisan stok
rm8 each



sebenar lama dah aku 
tak beli tupperware
harga agak mahal 
then beralih ke jenama cosway
container dia pun cantik2
pas dia pindah dari depan opis
terus tak beli lagi

aku suka brand tupperware ni
selain tahan 
bila kita simpan makanan dalam tu
dia masih fresh
terutama if buah2an
cuma tu lah rega dia agak mahal
pejam mata je lah
aku anggap reward tuk sendiri
lepas letih kerja sebulanan
(alasan kan )

Ni sejarah Tupperware
Credit ke FB John Mohamed

Tupperware, siapa tak kenal kan dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang. Tupperware ni merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara Amerika.

Dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Earl Tupper pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts apabila dia bekerja di sebuah syarikat plastik, dari situ dia mula membeli mesin acuan plastik dan terciptanya Tupperware.

Setiap bekas Tupperware memiliki penutup kedap udara untuk memastikan makanan yang diletakkan dalam Tupperware kekal segar. Penutup ni dikenali dengan nama jolokan 'Burp seal' disebabkan oleh bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.

Tapi pengguna ketika itu tak faham cara nak guna produk ni, jadi seorang wanita yang bernama Brownie Wise telah bertemu dengan Tupper dan memberi cadangan yang kreatif untuk mengadakan Parti Tupperware, matlamat sebenar ialah menerangkan kepada bakal pengguna bagaimana cara untuk menggunakan produk ini.

Maka dari situ bermulalah parti Tupperware yang pertama pada 1949 di Detroit, Amerika. Dengan adanya parti tersebut, produk Tupperware telah diterima ramai oleh pengguna dan dijual secara eksklusif pada parti tersebut.

Parti tersebut dibuat dalam komuniti perumahan, pejabat atau tempat kerja untuk menjual produk jenama Tupperware. Dari sini lah orang kita kenal parti Tupperware yang sememangnya mendapat perhatian ramai terutamanya kaum wanita 

Tupper yang terpegun dengan parti yang dianjurkan oleh Brown wise tadi telah mengambil keputusan untuk menjadikan brown wise sebagai timbalan pengarah syarikat Tupperware.

Bekas makanan kedap udara ini juga merupakan pengeluar bekas makanan yang pertama meletakkan huruf Braille pada bahagian bawah produk mereka 

Buku Guinness world record meletakkan Tupperware sebagai antara inovasi terbaik pada abad ke 20. Sehingga kini jenama Tupperware terkenal dengan kualiti yang dihasilkan


zzzyy

16 comments:

  1. Minat gak,nak Beli Tu pikir 10 Kali sambil jeling laki hahaha Kang Kena Bebel, lelaki Kalo bebel kalah owg pompuan.Ada beberapa koleksi..tapi mak mertua yg bagi lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak beli juga ni sis, ni pun mostly ada promotion so murah2 harga nya

      Delete
  2. perghhh
    colourful lah
    nampak cantik
    nak beli juga lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tu yg cantiknya han, colourful dan tahan lama

      Delete
  3. Memang betul prmpn suka kumpul tupperware..suami kena layankan aje hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, cam dah jadi salah satu dari harta pusaka. nnt diturunkan ke anak cicit 🤣🤣

      Delete
  4. wah...baruk la kamek tauk sejarahnya..haha

    ReplyDelete
  5. Kalau anak hilangkan tupperware ibu, sila tahan telinga kena bebel ngan ibu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaaa.... tu lah pasal, anak if bawa tupperware ke sekolah, berkali2 remind jgn hilangkan

      Delete
  6. Hahaha jangan berani nak hilangkan tupperware ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa... tu lah pasal. hilangkan, seumur hidup ingat 🤣😂

      Delete
  7. mak saya baru beli yang 1oL tu katanya nak letak keropok yang di goreng banyak2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai tu sebab mmg takkan masuk angin. kekal fresh

      Delete
  8. meriah tupperware skarang colorfil...mmg kalo yg minat tu smua design nk bli kn...dlu2 ms zaman kecik2 tuppeware limited color je..tk silap merah, kuning, darkblue...zaman2 mak buat demo tuppeware kt umh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah skrg dah colourful, warna pun cantik2. dedulu paling suka yg colour merah maroon tu. skrg nak yg pink2 😂

      Delete

tq, peace :)