Wednesday, June 17, 2020

Menu Eat Clean Hari Ini





assalamualaikum
pa kabar korang?
harap semua sihat2 belaka yea
jaga diri jaga keluarga

nampaknya lepas ni
korang kenalah hadap 
aku duk bebel tentang projek eat clean aku ni
semoga aku terus bersemangat juga ek

tadi aku baru berkesempatan
jumpa dengan coach
dia sukat timbang semua
banyak yang super extra dalam badan ni
kena buang kena korban

air dalam badan tak cukup 
another 11% to up
tu pun sebab 3 hari ni aku displinkan diri
harus minum at least 3-4 litre

fat dalam badan super banyak!
if kira dgn kilo 38kg!!!
bayangkan almost 4 bag beras!

walauweh!!! bebukan result
dalam 15 tahun gitu juga lah
aku ternak lemak2 ni
dalam 5-7 tahun pertama bekerja
aku masih aktif bersukan

routine masa tu
isnin dan rabu training kat track
selasa belapan
khamis gym
jumaat 4 or 6 km run
sabtu jogging saja
ahad je rehat

pastu bila berhenti bersukan
badan cam di pam2 naik
dan terus menerus camtu
hingga lah sekarang ni

banyak juga lah program yg dah ikut
tapi mostly terbengkalai setengah jalan
cuma takda lah sampai guna coach
kali ni, dalam usia dah sunset ni
disamping terkesan juga kerana covid 19
terus plan dgn bff
nak uruskan benda2 dalam badan ni
doakan aku tabah terus berdisplin yea 
😆😆

 orite bebalik kepada menu ari ni
aku masih belum berkesempatan tuk shopping
so hanya guna apa yg ada di rumah saja lah

ikan tongkol grill
timun+tomato
nasi
actually selama ni
aku agak kurang minat ikan ni
tapi kali ni cam sedap lak
mungkin sebab preparation dia kot
aku marinate semalaman dgn garam, lada hitam
kawan pun cakap sedap
takda bau hangir pun
malah dia ingatkan ayam sebelum merasanya
nahh... see da leg lah sapa masak
hahahaaa..
tak sah if aku tak berlagak
😛😛😛




tuk dinner lak 
rebus bendi dan kacang panjang
grill dada ayam
makan begitu saja
[dada ayam aku dah 
marinate 2 hari lepas]
tu lah extra sedap
ehh masuk bakul angkat sendiri lagi
😛😛




disebabkan kekurangan masa
so aku akan bersenam hujung minggu je
tu pun dalam kepala ni
jalan kaki turun naik bukit je
if ada korum nanti
boleh juga sesekali hiking

and good news is
selepas 2 hari eat clean
aku turun berat dalam 1.50kg!!!!!
yeaahh!!!!
mari kita menari goyang dumang!!
💃💃💃💃


insyaallah kali ni
aku betul2 berazam nak eat clean
bukan je nak kurus
tapi dalam usia yg makin matang ni
risau juga dengan bermacam2 masalah tubuh
mestipun so far
alhamdulilah
takdalah benda serius yg berlaku
letih, sakit pinggang tu biasa lah kan
sebelum lebih apa2 lebih serius datang
at least ada usaha tu mengelakkan

jom sama2 hidup sihat
kita sama2 support, nasihat each other
😊😊


zzzyy












21 comments:

  1. Moga berterusan walaupun mmg sgt mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mmg mencabar. so far masih juga ada cheat sikit2

      Delete
  2. Waalaikumussalam. 100% cabaran minda. Fighting! 💪

    ReplyDelete
  3. nak turunkan berat ni mmg kena berkorban macam2..
    tapi untuk kesihatan kan kenala usaha.. ceyyy cakap kemain saya pun selalu kecundang hehehe brangan je kemain saya ni =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa... jom siti! mmg mencabar, tapi ni rasa dah jauh dari sasaran, risau kan penyakit, tu yg nak start berusaha ni

      Delete
  4. semoga terus berdisplin!!! you can do it! hehe

    ReplyDelete
  5. 2 hari 1.5kg! result yg agk memberangsangkan! hihi..
    semoga terus bersemangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah tu lah. mungkin sebab trus cut byk mknan. biasa suka makan heavy malam. ni takda lagi

      Delete
  6. 2 hari turun 1.5kg banyak tu.
    Kipidap dont givap sis. Chaiyokkkk 👍👍

    ReplyDelete
  7. good luck sis, kalau makan macam tu pun sedap, kita boleh tengok impian tercapai tak lama lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah faha, sebab menu mostly boleh makan ayam dan ikan berserta sayur

      Delete
  8. semoga dipermudahkan dan kuat semangat. Sy lepas jaga makan hari tu turun la berat sikit. la ni maintain sb masih jaga makan walaupun tak sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. good job juga dpt turun tu sis. hjg minggu paling mencabar ni.

      Delete
  9. wahhhh
    semua menu sihat
    terbaik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah berurusahawa ni sis. smoga ada lagi resultnya

      Delete
  10. Mudah-mudahan terus konsisten, Kak Shirven.

    ReplyDelete
  11. Ikan tongkol tu kalau makan sebagai lauk nasi dagang sedaplah..
    kalau buat masakan lain, tak pernah cuba lak..
    macam best pula bila awak kata sedap..

    ReplyDelete

tq, peace :)