Monday, November 2, 2020

Happy 10th Birthday Ava

 

assalamualaikum

semalam adalah ulang tahun kelahiran ava
yang ke 10 tahun
alhamdulilah
anak mami dah nak jadi anak dara sunti
doa mami semoga ava
sentiasa menjadi sorang yang berjaya
dalam apa jua yang dilakukan
amin


tema kek character Ballero
dari game FNAF
Friday Nite At Freddy
game yang dia
dan kawan2 selalu main
sesekali aku tengok juga camna
bimbang game tu merbahaya
so syarat tuk semua game2 ni
mesti guna acc gmail aku
if tak terpaksa delete


anak dara ibu



deco kat dinding tu tho simple
tapi bagi aku yang tak creative ni
punya lah payah nak fikir
nasib baik ada SIL dan adik
yang tolong fikirkan
aku just buat final touch je



ni dia dan bersama 7 orang kawan yang dijemput
2 lelaki dan 5 perempuan
asalnya nak celebrate kat KFC
tapi masa PKPB ni
diorang tak terima majlis

tapi elok juga kan
kat rumah ni senang nak monitor diorang
biar je kat ruang tamu
aku dengan yang lain
lipak dalam bedroom je
sempat tidur berdengkur2
hahahaa



super happy dak ava tu
berbulan bulan dia plan
asalnya celebrate kat luar
tapi sebab kan keadaan sekarang ni
lebih selamat kat rumah


semua sangat happy bersama
sebab dapat main game Among us bersama
riuh rendah
ni esok diorang balik sekolah
confirm tak abis2 cerita
harini isnin,
sekolah ava cuti,
bagi memperingati All Soul Day



prepare kid meal je
faberet food dak ava juga

 KFC, wedges, mashed potatoes
fish nugget
meehoon goreng
corndog
sosej, french fries

grape, apple, pear
kitkat, mister potato
air vitagen perisa apple

banyak lebih
bebudak mana lah makan banyak kan
mkn sikit2
selebihnya kita makan
dan some SIL bawa balik



tanya dak ava
puas hati tak dengan majlisnya
she said yes!
berbulan2 juga dia plan dengan kawan dia
aku prepare food
mak, bapa, adik and SIL tolong kemas rumah
Alhamdulilah


zzzyy






5 comments:

  1. Happy 10th Birthday Ava comel. Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Aaminn
    rare betul gambar kek dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. tq sis.
      minat anak sekarang sis, memacam. if ok layan, if tak kena rejek

      Delete
  2. Wahhh Happy Birthday dear Ava!!! Meriah majlisnya.. gambar kat kek tu wow..

    ReplyDelete

tq, peace :)