Sunday, February 5, 2023

Ketika Rajin Memasak ku Datang

 assalamualaikum

tadi tengah nak buat entry ni
mata kalut takleh nak buka lak
jarang juga tido siang hari masa weekend
sebab selalunya ada hal
tapi hari ni aku free
takda plan jalan ke mana mana
lama tak rehat camni di rumah

kebetulan tulang tak reput
rajin sikit lah bagi dapur berasap
beli2 makanan basah tapi tak masak
penuh elok je freezer
adik2 was around
so sorg beli sikit
sorang beli sikit
tau2 pelbagai makanan kat dalam freezer tu


masak ikan + udang asam pedas
campur sayur bendi
guna paste instant mak nyonya saja
aku suka brand ni
kaw dia cukup kat selera aku

sebab ada rajin sikit
aku goreng tak lama terlebih dulu ikan merah
so nanti elok je tak pecah isi bila dimasak
bertambah nasi masa makan

sebenar ada stim setengah ekor ayam juga
tapi belum sempat masak masa aku makan tadi
tak sabar nak tunggu 
tengok tomyam dah masak
terus makan
kebetulan perut dah lapar teruk






past makan bersila atas katil
layan movie
tho dah kenyang
mulut masih nak mengunyah
kebetulan semalam emart ada offer
anggur murah


yang hijau lagi manis dari yang purple






akhirnya tercapai juga niat nak beli cat tree
yang paling suka ialah mochi
kiko agak takut
sesekali nak juga dia naik
mochi jgn cakap lah
tidur kat yg paling atas tu
goyang2 cat tree tu pun
dia tetap maintain cool tido
takda perasaan takut
if si kiko
bergegar kaki!!!
hahaha








esok dah start minggu baru
kena bangun awal
tak sabar tunggu sekolah cuti ni
at least boleh relax2
bangun lambat
takyah balik tghari

apa pun selamat hujung minggu
dan selamat menghadapi minggu baru
semoga segala urusan dimudahkan








4 comments:

tq, peace :)