Tuesday, April 25, 2023

Hari Raya saya

assalamualaikum semua

selamat hari raya aidilfitri  2023 semua
ampun maaf dipinta
jika ada terkasar bahasa
terlebih gurau senda
baik di alam maya
maupun di dunia reality

lama tak update
idea banyak tapi bila duduk depan laptop
lebih menguap dari berkarya
akhirnya sangkut kat draft
esok lusa nak sambung
idea pula tak bersambung
alahaiiiii

camna raya korang?
raya aku simple je tahun ni
nasib jumaat tak raya
so sempat lah aku buat another 2 biji kek
sebab jumaat tu 
sepatutnya aku on leave
kebetualan diberi cuti am
selamat lah sehari, hari cuti

ok raya pertama  sibuk buat preparation
tuk open house esok harinya
pergi beli itu ini

ni je family photo aku sempat snap
yg dengan bapa dan adik tak sempat
baru nak bergambar, kawan dah datang
kata nanti suruh kwn snapkan family photo
dah pot pet pot pet
hari ni baru ingat
esok2 kita buat lak
tu pun if tak malas pasang baju raya




aku buat mini open house saja
tak larat nak masak2 banyak
 kelupis makan dengan daging masak kicap
tapi takda hitam sangat kan





mixed vege 
ayam masak daun kacang maa
faberet ramai ni





dan meehoon goreng putih
kegemaran dak ava



yg datang group by group
sempat juga bercerita panjang
tahun ni tak ramai dijemput
sebab aku last minit baru plan
asalnya aku nak pergi jejalan ke sabah
tapi mak dan SIL sefamily balik sini lak
so kita celebrate raya lah disini

kebetulan raya ke 2 adalah birthday aku
kekwn yg datang bawa kek
aku dapat 3 biji kek
amat terharu dengan ingatan dari kwn2 
dan keluarga

di usia yang semakin meningkat ini
semoga sentiasa sihat walafiat
murah rezeki 
dan semoga semua urusanku dipermudahkan
amin





bila dah mandi
bersiap2 nak keluarkan makanan
tengok alas meja plastik dah camni
😭😭😭😭😭




tu perlaku nya
si mochi
last2 gunting semua kain tu
tak sempat nak buat apa2



pastu takda cerita lagi
maupun snap2 pic
busy poret sana sini
ehehee

3 comments:

  1. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
    Aduhai... Si Mochi ni nak kena rotan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya juga amie. yalah si mochi tu mmg nak kena rotan bontot

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfiri..
    Nakalnya Mochi .. Happy belated birthday sis..

    ReplyDelete

tq, peace :)