assalamualaikum
sambungan kisah entry lepas
makan their signature dish pun sudah
bah, hari ni jum kita jalan2
agak lewat juga start
sebab taktau nak pi mana lagi
memang kokol hill elf ada dalam topic perbincangan
tapi SIL kata
kekawan dia bagitau bayaran masuk rm40
eh tak berbaloi juga
kalau sekadar nak bergambar
lagipun dgn rombongan cik kiah
boleh sekadar cukup kan syarat je
nak pergi muzium
risau lak
kan ada yang budak2 nakal tu pegang apa2 lak
kang jatuh rosak, naya je kena ganti
aku tak puas hati
cari FB kokol hill
kebetulan ada terus msg tanya entry fee
dia kata rm10
bah jum kita pergi!!!!
elf kokol hill terletak kat menggatal
about 40mins dari KK
jalan masuk agak scary sebab menaiki bukit
dan jalan kampung yang kecil
masa pergi tu cam jauh sangat
bila balik ok lah
dekat je
pergi, SIL driving
masa balik aku lak driving
fuh! merasa gak driving di KK
not bad, main roadnya lurus dan 3-4 lane
dah sampai pergi 2 kumpulan
mula aku, mak, timi dan dak ava
2nd round lak,
aku, SIL dan mami dia
mak dan bebudak tinggal dalam kereta
arch dia cantik
cuma bunga kurang subur
the famous swing
tangga ni pun hambar
sarang burung
if senja mungkin cantik pemandangannya
nak naik buaian ni seram tau
if kecik cam dak ava ok je
kena naik tangga ke atas pokok tu
pastu kena guna kerusi juga tuk naik buaian nya
tambah buaian ada yg dah putus2 anyamannya
ooohh i is kenot
no no sooooo da kenot
cepat2 ambik gambar
kat deck peninjau rasanya
kat sini ada lah a few kerusi
ke bawah tu juram
agak menyerikan mengerikan
aku dekat dinding cermin tu pun nyilu
aku takda pergi ke seberang sana
malas nak jejalan
sebab keadaan banyak yang dah agak usang
tempat ni cantik
tapi sayang seolah kurang maintenance
agak hambar dan suram
balik dari kokol hill elf ni
semua komplain lapar
kita makan keropok dulu dlm kereta
jam pun dah 4pm
flight aku dan dak ava 8.35pm
aku jadi pilot hantar diri sendiri ke airport
kat airport as usual ikut selera budak2
lepak KFC
fuhh! punya lah jauh datang ke KK
lepak di KFC juga
hahahaaa....
balik rumah banyak lak kena buat
mesin baju
iron baju
sediakan barang2 tuk sekolah dan keja esok
begitulah berakhirnya min gateaway
program semua sepontan
but not bad
see yaaa...
hahahaha selesai sudah cuti cuti ke KK ... ntah bila nak smp KK lagi ni.. tiket memanjang je mahal skrg ni huhu
ReplyDeleteyeah! selesai sudah
DeleteTahun lepas ada perbincangan di jabatan saya bagaimana untuk menaik taraf perkampungan Hang Tuah untuk projek naik taraf tempat tersebut, saya telah usulkan untuk diadakan objek-objek untuk bergambar seperti di Kampung Agong, Penang iaitu seperti yang terdapat di dalam pos kamu ini. Insya Allah ia akan direalisasikan tidak lama lagi. Jadi, pelawat yang hadir dapat merasakan suasana baharu di perkampungan tersebut apabila siap kelak.
ReplyDeletejika diwujudkan object2 tersebut pasti lebih menarik pelawat terutama tuk sesi bergambar. tempat ni cantik cuma kurang maintenance
Delete