Tuesday, April 4, 2023

Weekend Mini Gateaway - Part 1

 assalamualaikum

kekadang plan yg tak dirancang
selalu menyeronokkan
cam yang berlaku last weekend
SIL beli kan tiket tuk ke KK
hantar mak tolong mak Sil jaga cucu2
2 org budak active
timi dan totom

malam jumaat aku, mak dan ava
guna last flight dari sini
landed KK about 10.30pm
SIL jemput lalu car drive tgk tempat dia belajar
pastu baru balik rumah

SIL kat KK selama 6 bulan further study
anak2 dan mak dia ikut sekali
so dorang sewa apartment
kat area beverly hill
terus teringat cerita beverly hill 90120
hah pernah dengar tak?
org2 veteran pernah gak nya
org tahun lahir tahun 90an
mungkin taktau cerita ni 
hehehee

next day seawal 10.30am kita dah keluar
jejalan ke imago
saja nak tengok2
sebenar takda apa sangat nak tengok
tapi biasalah dak ava
suka tempat camtu
dia cari popular
dapat 2 buah buku comic yang memang dicari
kat popular sini belum ada

keluar dari popular
terjumpa kedai jual cosplay
dah product anime
terutama merchandise dari game Genshin Impact
sempat mengepow mami  beli satu keychain
dan 2 mystery box


muka excited dah dapat ice cream baskin robbins
kali ke 2 dia makan
sekali masa kat times square KL aritu
dan dia masih ingat flavour yg dia nak
nutty salted caramel
saya test sikit
emmm memang sedap
tapi perut dah kenyang sangat
tak larat nak makan ice cream lagi




V


yang ni ketika lunch
lihat lah pesen anak2 autism kami

sorang bersantai2 terbaring2
nasib baik dia tak meroyan kebosanan
dia dah kenyang makan nuget McD



ni sorang lagi
tengok kartun, kaki sangkut atas meja
taknak dalam stroller
tapi malas juga berjalan
pastu merajuk nangis2



tu yang order mak 
nenek yang satu lagi tak tahan kena buli
ni ada dua nenek ok juga
bergotong royong jaga cucu
takpalah kan 
berkorban 6 bulan je
dan mungkin aku dan ava bakal on and off  ke sana
heheee.... plan hjg minggu

kat imago juga ada mini taman ni
sangat cantik
penuh dgn bunga2 biru







selepas balik dari imago
SIL tanya nak pergi Suria ke
tanak!!!
nak pergi market!
nak beli kropok amplang tuk bawa balik

bersambung....

2 comments:

tq, peace :)