assalamualaikum
salam malam ahad semua
sekarang kat tempat aku tengah hujan lebat
harapnya tak sepanjang malam lah yea
esok nak kena bangun awal
hantar dak ava ke sekolah
esok juga aku dah masuk kerja kembali
setelah bercuti selama minggu!!
bestnya tapi terasa cepat lak masa berlalu
rasa cam makin sibuk dari bekerja
ada je benda kena setel
kesana sini
tau2 habis sehari
ok taknak bagi monday blues tuk esok
aku dah ready kan minda tuk bersemangat
lagipun minggu baru ni
aku kerja 2 hari je
pastu aku akan hadiran
Program Keharmonian Perusahaan Negeri Sarawak
dengan topic
Seminar Industrial Harmony For Execellent Workplace
mewakili SBEU di Bintulu
program nya sehari je iaitu 11hb
tapi 10hb aku kena fly kesana
12hb lak balik sini
pasni, tiap hari sabtu aku tuk bulan ni packed!
balik jumaat
petang hadiran zumba
activities anjuran SBEU Miri
sabtu, 13hb
pagi majlis sambutan hari raya kat tadika perpaduan
bersama kwsn rukun tertangga kwsn aku ni
malam pula ada sambutan hari raya jemputan
kawasan rukun tertangga tempat lain pula
sabtu 20hb pula
bawa anak2 Pusat Didikan Khas (PDK)
tuk tengok wayang, super Mario
welfare activity by SBEU juga
pas tengok wayang
raikan dorang dengan makan2
sabtu 27hb pulak
kena ke bintulu lagi
ada nego collective agreement(CA) dengan Ambank
hopely semua smooth
majority CA dah settle
terbaru dengan National Union of Bank Employees (NUBE)
ni bagi pekerja bank di West Malaysia
sejak masuk branch committee Union
life agak sibuk
sepanjang tahun ada jadual tersendiri
kesana kesini
tapi aku redha kerja camni
walau tak berbayar at least
boleh membela nasib kawan2
tak berbayar, maksudnya tak bergaji
tapi ada lah allowance if kita travelling
or meeting
untuk bank side pula
memang ada diperuntukan cuti khas
tuk kita menguruskan Union
ada time off juga
[dapat keluar office awal]
terutama if aku ada lawatan ke branch2 bank
union ni sebenar camni
SBEU ada office sendiri
ada orgnya sendiri yang bekerja memang dgn union
yang cam saya ni adalah wakil dari bank
dah nama union bank kan
so kat sarawak ada 3 group
Southern region, wakil kwsn kuching, Serian, Sri Aman, 2nd Division
Central Region, Sibu, Mukah, Bintagor, Sarikei
Northern, Miri, Bintulu, Marudi, Limbang, Lawas
apa2 yang berlaku kat area surrounding region
maka ikut region lah
yang kena uruskan
biasanya if union member ada masalah di tempat kerja
dorang report ke union
kita kena handle dengan bank
kita kena hadap HQ dorang
sampai ada penyelesaian
but of course genuine case lah
if memang terang2 salah members
tak dapat lah den nak menolong
dari segi social, welfare, education
dalam setahun kita kena memerah otak
cari apa nya buat
tuk tahun ni region aku
tuk social & walfare
kita bawa PDK tengok wayang
dan raikan mereka bawa pi makan2
last year kita buat blood donation
shopping treasure hunt
untuk education
selalunya kita anjur kursus2
tuk para members hadiri
so far alhamdulilah
SBEU masih active
meskipun members makin berkurangan
sebab
makin ramai yg retired
makin ramai promote ke executive
ramai yang ambik VSS/MSS
takda new recruit
sekarang kan bank banyak guna AI
makin tak perlukan human touch
cukup lah sekadar mesin
k lah
nak tido
esok kena bangun kul 5!!
good nite
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)