Monday, September 11, 2023

Miri Food Festival Di City Fan

 assalamualaikum

minggu lepas ada food festival kat sini
pelbagai makanan ada
some biasa2 je
some istimewa juga

yang non halal lebih pelbagai
tho mahal2 masih juga mendapat sambutan
sebab service cepat
halal section more or less cam biasa
ada lah yang luar dari biasa
cam kebab
but process pembuatannya sangat slow
dan yang cepat pula
mahal, small portion

and what did i get??




kebab daging cheese for RM17
4 suapan 😂😂
suap sekali sesuku
suap sekali dah setengah
sekali lagi setengah dari setengah
suap sekali lagi
pastu, gulung2
ehh kertas dia saja
masih belum terasa kat perut jayen nii
hahahhaaa






emmm apa lagi ek nak makan
jalan2
mostly yang dijual cam yg kat pasar malam biasa tu


nahh tauhu berinti
yang ni worth for rm12
intinya penuh
tauhunya besar
sambal kicapnya sedap
isskk masa taip ni
terus rasa teringin
tapi mana nak cari ek





tapi yang bestnya
festival ni terletak kat Miri City Fan
kawasan yang luas
tempat tuk duduk yang banyak
meskipun tak dapat duduk kat meja
duduk bawah2 pokok pun enak









malam yang aku pergi ni
ada event cosplay 
so tujuan sebenarnya 
temankan dak ava tengok cosplay
dia pii tengok kat pentas utama
aku lepak2 je ambik angin sambil layan mulut


salah satu kedai yang aku anggap creative
dia buat ice cream rasa
gula apong (putih)
terung asam (kuning)





kali pertama rasa ice cream terung asam
sedap!!!
ada lah rasa masam tu sikit
tapi rasa lemak buat dia sedap
lemak2 masam
sedap!!!

yang gula apong seperti biasa
memang sedap
tambah topping oreo







lenkali if korang ada jumpa org jual
ice cream terung asam
mesti try tau
sedap!!!


No comments:

Post a Comment

tq, peace :)