salam ahad semua
tinggal berdua dgn dak ava
mak dan ayah jejalan dgn adik
aku is malas
cukuplah semalam dah seharian berjalan
tengah makan sup daging + perut ni
semalaman ngidam
nak cari kedai halal yang buat sup kat miri ni
mmg amatlah susah
if ada pun sup tulang je
tu pun memang betul2 sup tulang
kdg2 if beli kat emart tu
tulang pun tu dorang almost kikis
so bila beli
memang betul2 sup tulang
tuk perisa je
selebihnya kau sedut lah
bwg, daun bawang dan air sup
so malas nak sakit2 hati
baik masak sendiri
daging+perut+kentang+kulat+red date
masuk dalam pressure cooker
dah 2 mangkuk aku dah makan
tghari tadi semangkuk
mkn sambil minum semug coffee
ni sambil tulis entry ni
sambil bedal another mangkuk
jumaat lepas
makan lah kat kedai tu
kali ke dua ni
kali pertama tgk kat entry ni
yang mixed grill tu
kali ni sebab nak bawa mak try
so pergi lah kali ke 2
apak mkn nasi lemak
aku carbonara
mak order lamb chop
sekali datang
nasi lemak bapa oklah
takda expect apa2
just nasi lemak dgn seketul kepak ayam
carbonara ok lah
tapi mee dia masih keras dan kejung
dan lamb chop mak
lamb dihidang bersama mayonis sayur
french friee
seketul lamb
semua lemak!!!!
suruh waiter ckp kat cook
bagi suggestion camna nak makan ek?
but nothing happen
tah budak tu ada bagitau ke tak
sebab dia kata dia bawa mknan je
aku kata tau lah
just bagitau cook yg customer tanya camtu
memang takleh nak masuk tekak k
semua tu memang 100% lemak
disebabkan duduk kat kwsn luar
jauh dari kitchen
salah aku juga
sebab malas nak berjalan dan cakap sendiri
pastu buka FB dorang tengok review
lerrrr banyak yg bad review
dari good review
aku turut tulis review juga
jauh malam sikit owner reply
suruh pm acc tuk dorang refund
aku malas nak layan
aku bukan nak refund
tapi aku nak dorang tau
tak boleh lah buat customer camtu
bukannya murah pun
rm20 tuk seketul lamb chop
kalau nak masak makanan tu
bagi lah yang boleh orang makan
ni if lemak kambing semua
dalam 100 mungkin sorg dua je nak mkn kot
pastu pagi sabtu lak
pergi lah satu kedai baru tu
rasa mungkin belum sampai sebulan buka
order banyak juga
mee kolok
mee goreng ayam sepecial
nasi lelapan ayam goreng
sup tulang bakso
nasi lemak sotong boom
papadum 4 keping
french fries + nugget ayam
nak wanton goreng - dah abis
baru je duduk pas byr order kat counter
cakap nasi lemak sotong boom dah abis
nasi lemak sotong tepung biasa je
ok fine sambil tengok jam
eh belum 10.30am
emm mungkin dari pagi busy kot
tu lah yang dah abis
mee kolok dgn sup tulang bakso sampai dulu
ok memberangsangkan
cakap kat adik
boleh lah jadi port makan baru
sup tulang dia
meskipun masih agak liat
tapi boleh lah
sebab agak berisi
mee kolok kicap not bad
sebab guna mee kolok yg kecik tu
mee goreng adik sampai
ok portion byk
ada 2 ketul ayam goreng berempah
ingatkan goreng biasa
adik taknak makan yg berempah2 ni
aku jadi ikan sapu
15mins gitu nasi lemak mak sampai
sotong goreng tepung tak sampai 10 ketul for rm16
aku mkn janggut sotong je
setengah jam lagi tunggu
belum juga lelapan ayam bapa sampai
tanya waiter
15mins gitu baru sampai
ayam yang sama cam kat mee adik tadi
ayam masak rempah
lelain tu side order
sambal
tauhu goreng
tempe goreng
timun
takkanlah lama nak prepare
semua pun dh sejuk
tunggu lagi
nasib kat nasi bapa ada papadum
makan tu dulu lah
anak aku tanya mana makanan dia
tanya waiter
mana french fries + nuget
dan keropok papadum
masa ni masih ok tau
setengah jam belum juga sampai
tgk org sebelah dah bertukar
ehhh tak patut lama sangat nak goreng
french fries n nuget ni
yg keropok papadum tu
mesti dah goreng siap awal2 ka
[sebab if kat kedai mamak camtu]
ambik je dari bekas dan hidang
boiling point aku dah meledak
aku ke kaunter tanya mana
papadum dan french fries
aku nak cancel order
dorang tanya resit
kan resit waiter dah ambik balik
masa aku tanya kali ke 3 tadi
dorang cari2 tak jumpa
dalam kalut2 tu tetiba french fries ada
papadum pun ada
terus suruh tapau semua
sampai ke skrg aku tak makan doh
membazir tak membazir
malas fikir
benci lah if kedai wat camni
biasa aku tak kisah sgt
mungkin dorang lupa kan
pas kita tanya
order pun dtg
tapi ni cam tanya kali pertama
masih tak sampai2
kali ke 2 pun masih tak sampai
macam takda insentif dorang nak tanya
or push org kitchen suruh buatkan cepat
seronok nak ambik order
dan duit bayaran je
[order terus bayar]
disebabkan weekend ni
tak puas hati sesangat dgn kedai2
makan yg di pergi
sunday meskipun adik ajak makan luar
aku nak duk rumah je
malas nak sakit hati
baik masak sendiri
makan sup daging+perut bebanyak!!!!
Teruk nya.. Bagi lemak je.. Dah la tak garing nampak dlm gambar tu.. Patut diorang dah boleh pilih slice yg sesuai utk dijadikan hidangan.. bersabar je lah ..
ReplyDeletetu lah sis. kecewa. kesian mak yg nak makan
Deleteaie... frust eh... kmk di miri suka mkn di nasi ulam yg di emart riam ya jak... sbb xtauk kedei sine nyaman
ReplyDeleteauk. nok kat tempat parking sia nda? kamek alu belum pernah try koh tapi food panda ada sekali. dine blum gik. kelak pergi
Delete