Monday, June 23, 2025

Jalan-Jalan Cari Makan_Alor Setar Last Day



assalamualaikum

sambungan entry sini


adoii haii 
semingguan malas lah pula
 nak update blog
selalu on laptop
pastu terlayan YT pulak
or cerita cina pendek kat YT

risau kang lupa ingatan lak
tentang apa yg berlaku
aku ni bukan boleh harap pun
byk sgt makan semut
tu yg ingatan makin berkurang
heheee


hari ni hari terakhir kat alor setar
plan nya otw balik ke arau
singgah kat muzium padi
pastu terus ke padang besar


jalan kaki je dari hotel fuller
ke tempat makan ni
aku lupa dah nama nya

tempatnya besar
ada pelbagai stall tuk kita pilih
apa yang dimakan

keadaan masa kami datang
masih lenggang
mungkin masih agak awal
lagipu sabtu





jalan2 dari stall ke stall
aku berminat dgn mehoon sup ni
sebab pepagi kan
best hirup sup panas





sangat suka meehoon yg kecil





kawan lak makan mee kering
ada ayam, wantan kering
bersama sup





sebab duduk berdepan dgn kedai ni
so share dgn kawan
roti dan kacang pol





roti n kacang pol yg sedap
if perut tak kenyang
boleh abis sorang ni




tubuh 2 orang
air nya double each
teh o limau ais + kopi for me
teh tarik + air suam tuk kwn





alhamdulilah
perut dah kenyang
dalam kul 10am kita cek out dari hotel

jum! 
aku masih driving
first kita stop kat muzium padi


semalam kita ke sini
dia tutup tghari
malas nak tunggu buka 2.30pm
so plan otw balik 
kita singgah sini


building yang unik
terpegun seketika tengok




aku juga sgt suka replika kuda ni
berlatar belakang kan
bukit batu seberang jalan tu





bukit batu



bahagian tepi muzium padi




kita pergi ke tingkat atas dulu
dari entrance kena naik guna tangga
yg agak tinggi juga
kesian kawan kena jalan slow2 naik
sebab ada masalah lutut





tangganya seperti dalam gua
dgn hiasan berjuntaian
dan lampu pun samar2
sebenar aku tak suka sgt suasana camni
especially if kat muzium
nasib baik masa datang ni
ada sekumpulan keluarga 
yang ramai dalam 15-20 orang
so meriahlah dgn suara bebudak

if aku dgn kawan saja
isskk cam nak gostan je dari naik





kat atas ni seperti stage
dia berpusing perlahan

antara replika dan lukisan 
yg seolah2 real























dah puas tangkap gambar dan lihat
kita turun ke arah bawah
arah ni bawah floor yg kita dtg tadi
sib baik ada lif tuk turun

kat sini pameran apa2
yg berkaitan dgn padi
pondok, peralatan bertani

















tengok pondok kecil ni
terus rasa hiba
teringat masa kecik2 dulu
mak ayah sediakan pondok kecil
yg boleh dialih2

sebab takda orang jaga kan
umur dalam 2 3 tahun camtu
aku disimpan kat pondok ni
berdekatan dgn mak ayah atuk nenek
yang sedang bertani
ditemani kucing dan anjing
sebagai bodygua

bila dorg beralih tempat
pondok ni aku di bawa sama
rindu masa itu
rindu  atuk dan nenek













aku beli sabun beras
dan teh padi







ok jum teruskan perjalanan
nak pergi padang besar
pastu singgah rumah 
makcik, kepada kawan, kawan aku

3 comments:

  1. meehoon sup utara nang nyaman... suka supnya x sama dgn sup di sarawak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Betul-betul sakan ni ye kak, tapi seronok cuti gini... santai gitu tak rushing. Geram lak nengok mehun sup utara tu kak, nampak isi pun banyak. Muzium padi tu dana pernah pergi... tapi masa tu dah nak tutup tak sempat tengok melawat belah bawah tu. Tapi tangga tu agak scary tapi cantik sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Wow! Tangga berpusing macam tu? seram la pulak!

    ReplyDelete

tq, peace :)