Monday, June 9, 2025

Jalan-Jalan Cari Makan_Arau-Alor Setar Day2 (Part 2)


sambung entry sini


pas breakfast
terus drive ke Alor Setar
tak banyak gambar kiri kanan
sebab hakak driving
takda nya nak berhenti tepi jalan
gara2 tuk ambik gambar 

perjalanan kira2 sejam lebih
kiri kanan disajikan dgn
pemandangan bendang padi
memang serasi lah dgn kedah
yang digelar negeri jelapang padi

bila sampai AS
tempat pertama dilawati
Menara Alor Setar



 


untuk info mengenai tower ni
boleh refer kat sini

tuk ke sini kita ada 2 pilihan
pergi deck (open space, paling atas)
ataupun ke
observation deck (tertutup)
guna teropong
aku pilih dua2 sekali
dah alang2 kat sini kan
baik experience dedua
(meskipun aku ni gayat)






kat open deck
ada bilik kaca ni (Star View)
tuk tgk ke bawah
dibalik lantai kaca


nak suruh akak bergambar 
takda maknanya
nak pijak lantai cermin pun dh kejung
lupakan saja
taknak buat jantung sendiri nak tercabut
takda nya nak buat kenangan bagai
bergambar kat tempat ni
huhuhuhuuu
i is really really kenot!



untuk naik ke floor ni pun
kena guna lift kecil
yang boleh guna dlm 4-5 orang saja



muka cuak plus excited
naik mini lif
nasib takda org
saya dan kwn berdua je naik ke open deck





jum layan sebahagian pemandangan
yang sempat di rakam
keseluruhan bandar alor setar 
dapat dilihat dari 360 degree
tapi tak dapat lepak lelama
panas oiiii
bersinar2 kening kena peluh










ni pula observation deck
boleh tengok pemandangan
menggunakan teropong
tapi seriously
aku tak ngam sangat lah
guna2 teropong ni
sebab kena buka cermin mata
meskipun ada kanta kt teropong
tetap kurang puas
lebih suka kat deck atas tadi
tengok guna mata sendiri
meskipun sayup2 jauh kelihatan







lepas selesai kat sini
plan nya nak ke muzium padi
tapi arrrhh!!!
salah perghitungan
seharusnya dalam perjalanan datang tadi
harus singgah muzium dulu
sebab terletak dalam perjalanan

nii dari town terpaksa turn balik
ke jalan dari kita datang tadi

then salah jalan
sebab ikutkan waze kan
dia kata turn left
 ada jalan turn lah
bila dah masuk baru nyesal
jalan tanah ada taik kerbau
dan lihat kanan
hah tu jalan elok je sebelah parit air tu
jalan tu after bridge
bukan before
ni semua salah waze
tadi kata turn left
takda lah cakap after the bridge
hentam je lah labu
dah takleh nak gostan
nasib baik tak jauh

sampai muzium
ada satu dua je kereta
org kat situ cakap
muzium buka 2.30pm
alahaiiiii
jam baru je 12.15pm gitu

mana nak pergi hah?
nak balik town
kang nanti masalah lak nak datang balik
so kita ikut je jalan
which nothing good happen

last2 lepak kat stall tepi jalan
nak minum air nira


meskipun masih kenyang sebab heavy breakfast
tetap makan demi laksa 
yang nak dirasa
ni antara paberet aku
dulu2 sebelum covid
menu laksa ni setiap hari jumaat
memang aku tunggu2
sebab tu aku suka course 
adanya hari jumaat
sebab laksa ni kat training centre
super sedap!



dapur dah siap reno nanti
aku harus belajar masak laksa ni
lately sering tengok kat socmed
cam senang je nak masak
nanti aku cuba!!!
skrg dapur masih berantakkan



ayam penyek dan sambal ni pun sedap
aku dan ayam
berpisah tiada
heheheee



dalam lepak2 makan tu
kita buat plan baru
esok je pergi muzium
otw balik ke Arau
hari ni kita pergi yg kat town dulu

kita pergi pekan Rabu!
yes!
mari merambangkan mata









nii kuih bunga pudak
katanya hanya ada di Pekan Rabu je
aku beli 3 bekas

dalam bahasa iban
bunga pudak bermaksud
bunga muda

aku kurang suka rasanya
kering



antara hasil tangkapan
bersungguh2 aku menahan diri
tuk membeli kacang2
sebab aku takda extra bag tuk bawa
lagipun luggage aku hanya 20kg
pergi haritu dah 12kg
plus ni semua cfrm over
korang fefaham lah harga luggage sekarang
berapi2





sebelum aku lupa diri
membeli gila2
jum check in!
jam pun dah nak kul 4pm



not bad hotel ni
cantik dan sangat2 selesa
berehat2 sekejap
pastu nak cari makan pula

see next entry..............





7 comments:

  1. Kita org Kedah pun belum pernah naik Menara Alor Star 🫣
    Masuk Pekan Rabu mmg rambang mata :)

    ReplyDelete
  2. Pernah naik sekali menara AS tu.. Tp sebelum kahwen la... Kena repeat lagi, tapi tak tau bila

    ReplyDelete
  3. SAa lagilah x pernah explore lagi..beberapa kali sampai Kedah selalunya urusan lain...jalan- jalan macam blom lagi

    ReplyDelete
  4. Cantik betul pemandangan yang ada awan tu kak,.... tapi kan Kedah memang cantik awan dan langit biru dia tu cantik. Pekan Rabu memang wajib pi membeli segala jajan

    ReplyDelete
  5. Museum buka jam 2.30, lalu dia tutup jam berapa 😅😅? Siang sangaat bukanya.

    Issh saya kalo ketinggian seperti itu, atau kaca transparan, memang suka lah kak. Langsung membayangkan kalau bisa bungee jumping pula . Pasti seruuu ❤️😄

    ReplyDelete
  6. Bilik kaca? Sorry, no thank you for uncle... gayat!

    ReplyDelete
  7. Permandangan disana memang menarik dengan sawah padinya.
    Seram nak stay atas lantai kaca tu. Gayat!
    Cantiknya tengok awan terapung tu. Permandangan yang menarikd ari aras tinggi.
    Kita kalau dah jumpa tempat shopping memang lupa diri kejap. Tapi takpe, beli dulu menyesal kemudian. hihi...Banyak hasil borongan tu.

    ReplyDelete

tq, peace :)