last week of January 2026
semua family berkumpul
27th adik bongsu mak adik beradik
masuk ICU
pagi tu aku pergi funeral pak mertua adik
nasib dapat cuti sehari dan
semalam tu aku cuti stgh hari
tolong SIL memana yg perlu
girl power!!
adik2 semua kat offshore
petang 27 tu aku dan mak melawat dia
memang dah agak kritikal
dh kat ICU
sempat cium dia
bagi dia semangat
biarpun dalam sudut hati kecil
dah tahu dia akan pergi
bertapa hancur hati tengok dia terlantar
rasa nak meraung
sekuat mungkin aku tahan air mata
agar tak mengalir
dulu rapat dgn paksu sekeluarga
tapi tah somehow a few years back
dia dah sekeluarga menjauh
dari kaum kerabat yang lain
dari kita, family semua
takda gaduh takda marah
just menjauh
setelah sekian lama tak tengok dia
last dec dia admited kat hospital juga
sebab kekurangan darah merah
sakit leukemia
sakit 3 sekawan pun ada
masih ingat dia kata
dia dh tak larat keja
pasni dia taknak keja lagi
aku pesan berehatlah
bila tengok jasad kaku
aku menangis sampai rasa sakit dada
aku rindu kat dia
rindu sangat2
dia lah yg pertama bagi aku hp
hp primero BX
besar! tikam kat anjing boleh pingsan
pastu dia belikan aku hp nokia
kecil dan tercanggih masa tu
masih ingat
happy sangat
berehatlah Yak Spree
dah tak sakit lagi
rest in peace di alam sana
kenangan di dunia ini
tetap dijadikan kenangan manis
semua adik beradik dia yg masih hidup datang
sorg je tak sempat melawat dia masa di ICU
kerna masih di offshore
malam khamis baru dia sampai
rasa cam disayat2 hati
ketika dgr dia meraung menangis
ketika menulis entry ni pun
air mata mengalir
ni berkumpul semua masa adik (paksu) meninggal hari tu
yg baju putih tu lah
yang tak sempat tengok adik masih bernafas
meraung dia
adik beradik mak memang close to each other
termasuk ipar duai
aku dan cousin2
semua masih sangat close to each other
baju hitam n putih bertentang gambar ni
adalah adik mak
yg perempuan tu ipar mak
kiri kanan bapa lak cousin mak
sgt jarang camni
ada plan dgn adik2
one fine day
suruh mereka berkumpul dinner bersama
adik beradik mak ada 10 org
3 perempuan
(1st & 4th dah meninggal)
tinggal mak je yg perempuan
7 lelaki
(2nd & 10th dah meninggal)
bapa SIL pula
meninggal pagi hari minggu 25 jan
bapa dan mak SIL balik kpg
tapi bapa dia ngadu sakit dada
(mmg ada sakit jantung)
so dalam 2 3am gitu
diorg emergency gerak dari long house
(bout 1 n half hour from town)
mulanya dia drive
then dia tak larat
mak SIL take over
dlm 10mins gitu
dia terkulai
mak SIL panic sampai sesat
dah lah jalan kebun sawit
nasib baik kat area
yg dah ada line tipon
3.30am SIL kol mak
bgtau apak dia meninggal dalam kereta
dia dan abg tgh nak jemput
sebab mak dia dah sesat
taktau mana jalan pulang
terlalu panic
aku imagine if aku kat tempat dia
mungkin sama juga
taktau mana arah nak dituju
seawal 5am dah tercegat dgn mak kat rumah mayat
ingatkan boleh bawa rumah terus
rupanya kena buat laporan polis dulu
sebab dia bukan mati kat hospital
SIL dan abg dia pergi buat laporan
mula aku, mak, auntie, mak n lil cousin
nak nunggu kat rmh mayat
5am ok
dh lah perempuan semua
aku arahkan semua balik rumah dulu
nanti dah settle laporan
baru ke rmh mayat kembali
nasib baik ahad
aku n another SIL
tolong cari memana yg perlu
aku minta cuti
monday tu keja pagi je
selasa cuti
malam monday tu dapat kabar
paksu masuk ICU
dah tak tenteram
nak melawat pun dah tak dapat
Borneo Medical Hospital
tho private hospital
masa melawat dia cam kat GH
dia meninggal kena heart attack
Rest in peace abak
begitulah kisah menimpa family
bermula 25 jan
27 jan menguburkan bapa SIL
28 jan Paksu meninggal
31 jan menguburkan dia
kubur dorang selang selubang je
almost bersebelahan
meskipun tidur hanya sempat 2 3 jam semalam
syukur alhamdulilah
tubuh masih kuat
despite keja kat office pun mmg busy
sebab nak CNY
untuk paksu
aku dah tak dpt cuti
sebab 2 org dh cuti
so siang keja
balik keja, mandi,
makan kat kedai
terus pergi ke funeral parlour
then balik kul 3 4 am
kul 7am kena bangun lagi
tapi dak ava memang tak pergi keja lah
aku tak larat hantar
terus terang dgn cikgu
ada kematian menimpa family
bila menghadapi kematian kaum kerabat tersayang camni
participants family amat2 diperlukan
walau hanya show yr face
pun sgt2 melegakan
mengurangkan serba sikit
rasa kehilangan yg tiba2 ditinggalkan
dalam process menerima kenyataan
im not a good person either
kadang2 rasa sangat malas
nak melawat saudara mara
yang didalam musibah
especially bila dah letih kerja
but then mak ajar
sekurang2 nya show yr face
bagi semangat
bagi support
cos someday we most probably will need it
tadi chit chat dgn SIl
tak hairan in future
tak kira bangsa ataupun agama
pas meninggal akan dikuburkan terus
sebab
young generation
semua serba serbi bekerja
mana ada masa cam generasi sekarang
org2 veteran masih bertahan
menunggu the body
1 or 2 nite
keadaan berubah
cara menghadapi kematian pun berubah
bukan tak sayang
bukan tak respect
just skrg kita kekurangan masa
dan tenaga
semua dihabiskan tuk bekerja
demi mencari duit tuk kelangsungan hidup
contoh sekarang dh jadi trend
bila org meninggal
if dulu dibawa ke rumah
diuruskan kat rumah
sekarang mandi pakai semua
diuruskan kat funeral parlour
food catering
sebab if kat rumah
sapa nak kemas rumah before and after
dh lah kesedihan ditingalkan
pastu kena letih2 mengemas
mana ada masa kan




Salam takziah sis...kita sama-sama kehilangan..
ReplyDeletesemoga semua ahli keluarga tabah dengan ujian kehilangan ni.
ReplyDeleteSalam takziah sis.. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan utk seluruh keluarga
ReplyDeleteRIP to both of them. Semoga fmly sis dpt terima kenyataan ni dgn hati yg tenang.
ReplyDeleteSedih kehilangan orang2 tersayang ye kak... dahla baru awal tahun lagi.
ReplyDelete