Thursday, January 15, 2026

Butter oh Butter

 



aritu ke supermarket
sebab tak lama lagi nak puasa 
dan raya kan
so servay2 butter

terhenti sekejap!!
butter arla ni cepatnya naik harga
macam baru tahun 2025 je tengok dipasaran
masa tu harga mampu milik
just aku tak nak guna
sebab baru kan
taktau ok ke tak tuk buat kek

ni tengok dah seangkatan dgn Lurpak
harga tak mampu milik dah
sebiji kek at least kena guna 2 ketul

anchor, golden churn pun makin mahal
hatiku remuk menahan pilu......

Wednesday, January 14, 2026

Kaset Lagu

assalamualaikum

saturday again mengemas
baju2 lama
sebab nak donate ke church
asalnya nak hantar ke church sunday
tapi sebab hari hujan
kawan yg tolong hantar
kata takyah dulu
lagipun lorry yg ambik collection tu rosak
tak dpt nak collect on monday
mungkin tues 
so no urgent

so dalam mengemas tu
terjumpa caset lama
woow!!!
kumpulan search ok
(aku mmg minat mereka dari dulu lagi)




taktau sekarang ada lagi tak org jual
nii beli more than 20 yrs ago
tah player masih ada lagi ke tak
macam dulu ada 
tapi pas berpindah taktau kat mana





ni kalau tali dia tersangkut kat player
kalut nak menyusun
silap2 terputus
so if putus selalu if aku lah
aku kerat bahagian yg kusut tu
sependek mungkin
pastu sambung dgn solatap
so bila kau dgr nanti
ada lah dgr lagu tu cam melompat
sebab ada  bahagian 
yang dah kena potong





dengan kaset ni juga
boleh guna tuk record lagu2 kat radio
kiranya jadi lanun cetak rompak lah 
heheheee

ada player yg takda button rewind
or button fast forward
so kena manual buat suruh cepat
biasa guna pen or pencil
pusing kat either one lubang kat kaset tu
ohh all those day
kenangan mengamit jiwa



terpaksa kumpul duit belanja 
tuk beli RM15.60
pas zaman kaset berlalu
keluar lak CD
tu aku takda beli sangat
sebab memang tak mampu
if yg ori artis dalam RM30-rm50


dalam kaset ni tak kurang dari  10 lagu
banyak juga lagu2 bonus





cover kaset pun cantik
kadang2 dorang ada beri calendar sekali
dulu2 ada anugerah tuk cover tercantik juga
tu artis2 buat tercantik mungkin


d





rindu juga dgn lagu2 dulu
muzik dan senikatanya
jauh berbeza dari sekarang
penyanyi pun harus betul
merdu bila menyanyi







Monday, January 12, 2026

Making Juice

assalamualaikum


aku ni kan
mudah juga terpengaruh
dengan health remedy
especially yg tgk kat FB

sekarang kat FB aku
selalu keluar orang buat juice
dari bahan2 yang senang
dan tak memudaratkan

carrot
nenas
timun
lemon
orange
lime
halia
kunyit
spinach
callery

dan macam2 lagi
so bagi aku ni takda unsur ubat-ubatan
just dari bahan semulajadi
berkesan ke
tak berkesan ke
no harm trying kan




nah ni dia
yang warna oren tu

halia+lemon+carrot+kunyit

yang hijau lak

timun+callery+carrot

rasanya???

oklah boleh masuk tekak aku
sebab tekak ni quite international
takda memilih sangat

cuma ni lah
sebab guna personal blender ni lah
hasil blender kena tapis dulu
baru jadi sedap diminum
if tak
meskipun bahan2 nya dah lumat
masih hancur
ada yg nak tersangkut kat tekak rasanya
hahaaa





baru sekejap tadi
dah order juice blender
nah.. harapnya
jgn hangat2 taik ayam ek
previously ada juice maker
kerosakan sebab tak dipakai
bila nak pakai
retak2 compenant dia
begitu juga dgn bread maker
bila nak pakai bau hangus lak

tu lah masalah barang letrik ni
bila tak guna selalu
memang mudah nak rosak
if guna pun rosak
so baik rosak sebab selalu diguna
dari rosak tak diguna 
kan?



 

Sunday, January 11, 2026

Back to School 2026

assalamualaikum

esok dah start sesi persekolahan baru
tak terasa dak ava
dah pun masuk form 4
berganti kelas lagi
kali ni dia terpilih masuk kelas sains
aku cam tak percaya bila dia bagitau
sebelum cuti dulu
pelajar2 sains dari dua kelas
disuruh naik ke pentas
termasuk dia
pas cikgu share namelist
baru percaya
alhamdulilah anak
cuma 2 tahun terakhir ni
kita kena banyak berkorban
banyak berusaha
dah register kelas tuition BM tuk dia
kelas add math masih dgn cikgu tuition lama
semoga semua dipermudahkan

semalam sabtu, pendaftaran
dan pembayaran semua yuran
dan pembelian buku2, lencana, nametag

untuk sesi kali ni
masih guna baju dan kasut yg lama
cuma aku beli 2 helai tudung baru
tuk tuk lekat nametag baru
lagipun nametag dan logo 
kat 2 helai tudung lama dah pudar




balik dari register
kita lepak ke parkson 
cari baju biru or putih tuk dak totom
eh dak totom masuk darjah 1
dia masuk kat PPKI di Army Camp
lagi dekat dgn rumah adik

dgn baju pengakap dia
so cumel
ni tgh chat dgn SIL
camna lah dia esok
harapnya tak menangis lah yea
sebab dia dah biasa juga pergi sekolah 
just tiap kali masuk simpang sekolah
dia nak menangis
tapi bila masa ambik
selalu taknak balik pula
alahaiii





nii dak timi selalu malas berjalan
asyik ada je tempat duduk
dia akan duduk
ni kat bawah display rak
di H & M
sementara tunggu adik bayar baju dak totom

dak ava lah
memang nak pulang lah
bila apa yg dia mau dah dapat
semalam dalam pergi popular
beli buku & stationery
sempat pau adik
beli pencil apple
sebab yg kat rumah tu dah tak smooth
tak best tuk dia melukis





oklah
anak2 nak sekolah
mak pun nak tido
sebab esok kena bangun awal
minggu ni
sekolah dak ava masih 
process back to school
memacam program
selasa nanti ada potluck
isnin aku cuti, so nak extend lagi
sebab dah plan nak masak2 sikit
tuk dorg potluck

good nite semua








Friday, January 9, 2026

Christmas Dinner 2025

 

ingatkan dah buat entry
tentang branch christmas dinner
berlaku 13th dec 2025
bila cek dan cek
rupanya belum buat
patutlah kat draft
masih banyak gambar

organiser buat kat Mercure Hotel
first time pergi sini
dinner kat rooftop dia
kita ambik bahagian indoor
outdoor pun ada








bahagian tepi
lihat sebahagian bandar miri dari sini





swimming pool








tempat buffet
mini je
menu less than 10
makanan dinner
yang paling tak sedap





ni semua nya
aku ambik sikit2
dah lah refill lama nak tunggu





so call pumpkin soup
tapi rasanya lebih kepada
pumpkin yg di hancur kan
tak sedap






bergambar bersama branch manager
mac 2026 nanti dia retired
very sporting
aku kerja dengan dia
dari dari officer biasa je
so apa2 aku takda isu dgn dia
cos dah faham
cari bekerja memasing




meh enjoy the rest of the pic


yang belakang tu our new branch manager
dia ganti yg kat atas nun















ada christmas exchange gift
aku dapat meat grinder
yeah!
love it
kat rumah ada satu
ni dapat lagi satu




lucky draw dapat hamper famous amos
dan voucher parkson rm60




ok lah 
semua dapat at least 2 gift
some ada extra
terutama yg dapat top 10 main lucky draw
mostly luggage bag
yg dapat duit dari game pun ada