Showing posts with label Ramadhan 2020. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2020. Show all posts

Thursday, June 4, 2020

Hari Raya Dan Rumah Terbuka



Assalamualaikum

Hai everything!! Dah masuk kerja ke tu? Aku dah ni hah. Cuti Raya sudah, Cuti Gawai pun sudah. So apa lagi, kerja lah kekiter meskipun masih dalam suasana PKPB.



Lagipun since PKP 1 lagi memang kerja juga. Cuma adalah once in a while WFH, bidang kerja aku kan, Bank, banyak mana lah kerja yang boleh dibawa ke rumah. Mostly P & C.  Yang WFH tu term saja pun, selebih nya if WFH,  memang totally cuti lah, Cuma Condition nya, WFH bermakna on call. Anytime boleh dipanggil kerja, so tak boleh pergi memana. And again, PKP, memang tak kemana pun. So if WFH aku memang duk tergoleng2 saja lah layan movie, Kdrama or if tak reput tulang, adalah baking cake sekali sekala. And sangat ralat sebenarnya, masa PKP, bukan main lagi boleh buat kek guna horlick, then bila nak restock tuk buat cake raya dan gawai, horlick menghilang dari pasaran Miri!! Yang ada pun memang tak sempat nak dapat, berebut orang beli. Yang lebih sadis lagi, mostly kek lapis Sarawak menggunakan horlick. End up, satu cake lapis pun aku tak buat.  Buat cake Belacan, cake Lumut dan cake Mixed Fruit je. Yang menggunakan horlick tu aku buat versi horlick sendiri, blend nestum pastu campur dgn susu everyday. Ration dia 1:1. Boleh lah menggantikan tapi yalah aku kan biasa rasa horlick, buat dgn susu+nestum ni kurang umph lah cake nya. Masih ada cake yang nak dibuat, sangat berniat nak buat sebenarnya tapi tunggu stok horlick ada baru aku buat.


Ok, kembali ke topik asal. Sering terbaca juga tentang anak-anak tetamu yang mengucar kacir kan rumah kita, yang pecahkan barang2 kita dan last year yang viral, diorang jahanam kan collection lego tu. Oh i know sure dia sangat2 sedih dan terkilan. So far, kat rumah aku, takda lah kes camtu. Yang menyelerakkan bilik tidur aku adalah, tu pun sebab anak aku sendiri yang bawa cousin2 dia. Lagipun aku kan ada anak buah kesayangan, anak syurga. Tiap raya memang confirm lah berselerak bilik tidur. Tapi nak buat camna kan, biar je lah, tu kan memang kesukaan anak2 tuk berkumpul, adik2 pun suka main game kat situ. Nanti pas diorang balik, kemas dan vacum kan balik lah.



Sebab tu lah if kat rumah aku, if nak buat open house, aku sentiasa get ready dengan karenah bebudak ni. Yang mudah pecah, barang collection kesayangan, memang aku akan simpan dulu. Even divider cupboard pun aku himpit ke dinding je, takda retinya ber divider2, kang nanti collection kat situ diorang ambik buat mainan. Sofa2 sebolehnya, semua dihimpit ke tepi, so bagi ruang tengah luas tuk lalu lalang. Rumah aku kan kecik je, so kena pepandai2 lah peruntukan ruang. 

Faham juga kan, memang ada tuan rumah yang akan hias rumah elok2 cantik2 which is for me, sesuai tuk tetamu 4 5 orang je sekali datang. Berbeza dengan budaya kat rumah aku, family will datang in a big group, sebab time ni lah tuk diorang berjumpa, bertanya kabar. Tiap tahun camtu. Kadang2 masa raya tu lah boleh jumpa semua adik beradik mak, cousin2 semua. Sebab if perayaan lain seperti Gawai, memasing akan balik kampung memasing, so memang jarang lah dapat berjumpa, unless pergi ziarah diorang, tapi tu lah logistic pengangkutan kat Sarawak ni susah, jalan raya ke kawasan pendalaman masih kurang memuaskan. Lagipun jauh nak pergi ke sana ke sini. Contohnya adik beradik aku lah, if Gawai memang diorang balik kampung isteri, so masa raya saja semua akan berkumpul kat rumah aku.





Nak expect rumah aku deco cantik2 masa raya memang takda lah. Cuma kena pastikan rumah bersih, sofa, curtain dicuci, disusun elok. Dan makanan banyak!!! hahaa!! Tuan dia kan memang kaki makan so tiap raya walau simple mana pun, if ada yang datang, aku try nak fullfil semua. Ada makanan tuk budak2, tak boleh pedas. Ada makanan tuk orang2 tua, selera kampung, ulaman, sambal belacan. Dan juga lauk raya lain seperti kurma/rendang daging, ayam kari/ ayam pansuh. And this few years, aku akan buat cake dan biskut sendiri. Takda beli2 lagi sebab aku seronok membaking. Lagipun if beli sebiji cake tu tak rega dia RM80-150 depend dengan jenis. Makin sulit or banyak lapisan atau campuran dia, makin lah mahal. 

Kepuasannya if baking semua sendiri, kita boleh guna bahan premium seperti pure butter, cream cheese yang sedap. Lagipun boleh beli dalam quantity yg banyak dan boleh guna tuk buat pelbagai. Bukan lah bermakna if orang yang buat tu dia guna bahan cincai, cuma fefaham lah, cake versi tuk dijual, memang kurang sama lah dgn cake sendiri buat. If ada pun rega dia memang premium juga lah.



All and all, bagi aku Hari Raya selain dari meraikan kemenangan setelah berpuasa menahan lapar, dahaga, ianya juga antara hari tuk mengeratkan silaturahim antara kita sesaudara tak kira bangsa dan agama. Zaman sekarang kan memasing saling sibuk, takda masa even tuk menanya kabar berita. So masa berziarah tu lah kita eratkan kembali ikatan persaudaraan, persahabatan. Sebab if saja2 nak berziarah kekawan, saudara mara tu memang lah payahkan.  Kita lebih suka menziarahi shopping mall kan 😊. Takyah kata orang lain, aku sendiri camtu. Sebab bagi aku, kadang2 tu, weekend if aku tak kerja, nak rehat, nak jalan2 cuci mata kat shopping mall. So aku rasa orang pun camtu juga, kang nanti kita ziarah diorang, terbantut lah program diorang kan.

Ni pandangan aku lah tentang rumah terbuka dan definasi raya. Lain orang lain pendapat, apa2 pun hak memasing kan. So, walaupun masih dalam suasana raya, disebabkan Covid 19, raya tahun ni just Stay at home. Jaga diri semua, jaga kesihatan, elakkan ke tempat tumpuan ramai. Kitajagakita.


                zzzyy








Tuesday, May 26, 2020

Hari Raya PKPB saya



assalamualaikum semua

raya ke 3 ni
baru berkesempatan update blog
 maka tuk semua
selamat hari raya kekawan
semoga bergembira di hari raya yea
walaupun masih dalam pkpb
walaupun tak boleh nak balik kampung



raya tahun ni 
hanya family terdekat yang datang
adik2 dan keluarga diorang

menu raya tahun ni

ketupat






daging kurma
faveret mak
tiap tahun buat kecuali tahun lepas
masak daging rendang
nasib baik dia kata sedap
if tak sian juga tengok dia kurang berselera
daging antara faberet dia masa raya






tahun ni first time buat satay sendiri
tapi bukan aku lah yg marinate
SIL buat dan dia dan adik mencucuk juga
tapi pagi raya
memang aku yang tukang panggang
if cam raya biasa
ramai org berkunjung
memang tak larat lah nak buat 😁





kuah satay



makanan eksotik
siput sedut sungai
masa balik kpg aritu
mak dan aunty pergi cari kat sungai
masak tumis bawang je
antara faberet family
sebab lain dari lain





yang ni menu yang mengecewakan
aku tak reti sangat masak umbut pisang
tapi adik request 
so aku test and try masak lah

masak campur ayam pencen
so aku tumis dengan serbuk kari 
pernah sekali dua je masak camni
sedap!
tapi bezanya tu masak sikit je
ni masak dengan 4 ekor ayam pencen
bila masuk umbut dalam kuali terus down mood
sebab umbut bertukar hitam
semalam elok je dia berendam dalam air garam
walaupun warna takda effect dengan rasa
tetap tak puas hati tengok
terus cakap kat mak
resepi umbut hitam putih pkpb

surprising rasa not bad
family cakap sedap just spoilt
ayam tua hancur!!!
salah step masak
seharusnya aku masakkan dulu umbut
pastu baru masukkan ayam tua
sebab ayam tu dah dimasak dgn pressure cooker
lesson learn here






ni courtesy tuk bebudak
ayam goreng KFC je
adik yang belikan







Biskut raya buat 3 jenis je




mulanya malas nak buat
then since dah beli cornflake
terus buat cornflake telur masin
mula makan cam tak berapa nak suka
dah ari ke 3 ni duduk elok2 makan
tak sedar abis sekontena kecik 🤣🤣




ni je yang aku tak buat
muruku ikan memang faberet
tak kira raya
memang selalu beli buat kudapan






kek pun 3 jenis
yang kuning tu SIL buat




masih cuti raya ni
aktiviti pepagi bangun tidur
bawa cawan kopi 
duduk ngadap kek dan biskut raya
heheee

selama ni selalu busy je beberapa hari
ni lah kesempatan tuk relax2
dan menikmati suasana hari raya kat rumah sendiri

enjoy dan stay safe semua

zzzyy













Monday, May 18, 2020

Butter Dan Tat Nenas Kiub



adalah kisah lucunya
berlaku jumaat lepas

on da way balik rumah
singgah kat kedai jual bahan bakery
since masih dalam PKPB kan
kena lah di limitkan
berapa org harus masuk sesekali masa 

so ada lah beberapa orang que
bila turn aku
memang nak cepat lah
sian kat orang yg menunggu kan

beli acuan tat nenas kiub
(lama dah cari, baru jumpa)
taktau kenapa aku tak beli kat sini selama ni
dok sana sini mencari
takda juga ditemui

sambil tu weekend pun plan
nak buat lah sebijik dua kek raya
one of it nak buat kek yg ada cheese
just tuk family dan adik beradik

acuan dah beli
bahan pun dah beli
cepat2 keluar dan balik rumah

dah relax2 semua
tetiba terfikir pehal 
lain semacam je balutan cream cheese 
yang dibeli tadi ek
cepat2 tengok dlm aisbox

alamakkk!!!! 
bukan cream cheese lah
aku beli butter lurpak!
patut cam pelik je rasa
bila fikir cream cheese warna perak pembalut nya

biasa beli tetura, warna kuning pembalutnya
aiyaaaa.... spoilt projek nak baking kek
tadi kat kedai bakery tu
memang ada cream cheese
dan butter sebelah menyebelah
rega pun almost sama
dihati nak beli cream cheese
tapi tangan mencapai butter 
rushak! rushak!





kesudahannya
sabtu aku dan dak ava
buat biskut tat nenas guna butter tu
meskipun sebenarnya
dah beli pun butter anchor tuk tat nenas
tapi sebab geram 
guna saja lah butter tu

actually memang sedap butter ni
boleh je tuk buat biskut or kek
tapi tu lah dah geram 
salah ambik
first biskut aku buat
aku terus guna dia





semerbak bau tat nenas
first time juga buat guna acuan kiub
biasa buat tat nenas gulung

masih a bit messy
dan tak cantik
tepung dan tat terlalu tebal digunakan
nanti bila buat lagi
try adjust




tat ni tak sampai raya rasanya
ni pun dah setengah container
biskut faberet dak ava
tu lah dia dari last week
ajak aku buat
cuma mak dia ni reput tulang lah
kurang berminat buat biskut
dari buat kek




nah dah duduk bawa balang dia
sekali dia duduk setengah abis
makan lah nak
nanti kita buat baru yea




budak selalu ngelat if bawa buat biskut
mula2 je bersemangat
lepas tu complain panas lah
nak berehat 5 minit 
nak ambik angin ekon sekejap lah
nak pejamkan mata sekejap lah
seribu satu alasan





zzzyy


Monday, May 11, 2020

Menu 14th Ramadhan




ramadhan ke 14
aku wfh
so rajin lah sikit memasak
nak buat satay lagi
kali ni guna rempah manual






oh yea nak share innovative baru ni
pemanggang tu dibuat daripada rumah aircond
dan tuk letak arangnya pula
kita guna pan lama
sangat senang




masak sup buah pulur muda
campur garlic dan  halia je




goreng lagi ayam masak berempah
dah tergian makan lak
sebab tu marinate banyak
dan frozenkan



makan nasi impit instant je
tinggal nak merebus je




orang buat vadei
aku nak buat juga
kebetulan ada kacang dal




bawang , daun kari
dihiris halus
tak sah tak derhaka dgn resepi
siap tambah daun bawang




udang kering ditumbuk


campur kari dan kunyit sikit
serta cili flake 




di goreng 
so far so good
tak melekat
cantik kejadiannya




nah.. tu dia vadei versi aku
rasanya?
oklah
tapi no so masuk my tekak
tah how is should taste
aku pernah makan sekali je
tu pun dah lama sangat
lupa dah rasanya
rasa2nya vadei aku jadi tak??
aku tak pasti  😄😄



zzzyy





Thursday, May 7, 2020

Menu 13th Ramadhan



assalamualaikum
kembali melapor menu berbuka semalam
entry aku 
memang akan ketinggalan shari
menu arini
esok baru update

hari ni semangat
nak mencuba tuk kali pertama
buat ayam goreng berempah
gigih lah marinate dia pepagi

aku ikut je resepi kat FB
disebabkan kali pertama cuba
bertawakal je lah
ayam ni if fail pun
rasa dia tak lari
if berjaya, satu bonus

selepas di marinate setengah hari
tiba masa tuk 
jeng jejeng
aku sendiri excited nak tengok kejadiannya
dan juga nak merasa
ayam goreng berempah sendiri

sebab banyak bahan rempah dicampur
masa mengoreng
api kena sedang2
tak boleh nak kuat sangat
kang hangit rempah2an nya




first batch diangkat dan di tos
nampak cam berjaya je
pastu tepuk dahi
lupa letak daun kari




dah siap semua
eh cam yang orang selalu jual tu juga ek rupanya
belum boleh mkn.
masih puasa
camna lah rasanya kan
tapi bau dia dah ngam





6.31pm waktu berbuka
bagi kawasan Miri dan sewaktunya
pas minum air semua
terus ngap!
waseh!!! berjaya! berjaya
rasa cam yg orang selalu masak tu lah
suka!! Suka! suka!!!
selama ni ingatkan susah nak buat
rupanya senang  pun


berbuka dengan sambal ikan nasi lemak
is a must
pembuka selera ni




begitu juga dengan ulam-ulaman
kali ni mempelam, timun
kcg panjang, bendi
makan dengan sambal belacan




taugey tumis garlic




telur padi @ telur century




telur masin





french fries, nugget, sosej
ni makanan dak ava




tapi dengan syarat kena makan heavy meal dulu
nasi kicap
bersama ikan tenggiri goreng




alhamdulilah


zzzyy