Showing posts with label family vacation. Show all posts
Showing posts with label family vacation. Show all posts

Saturday, June 21, 2025

Mini Staycation

 

Kejadian minggu sebelum Gawai
entry yg lama dah jadi perkasam
upload gambar semua9
tapi belum dicerita menjadi
sebuah entry

ok
since gawai tahun ni 
tak dapat berkumpul semua
first brother kat offshore
second brother balik saratok
kampung isteri dia
3rd brother balik marudi
pun kampung isteri dia
so dak bege, nenek dan aki je
yang balik kampung

aku, sil n dak ava ada balik
on gawai eve 
tapi balik malam
sebab 1st dak ava nak tgk Cosplay
(asalnya dia nak join competition
tapi tarik diri last minit)


ok before semua balik kampung memasing
jum kita berkumpul

kita mini staycation check in kat apartment
which about 10 mins je dari rumah memasing
tapi nak merasa environment yg berbeza
tu lah yg saja2 check in
sambil to bawa nephews swimming
which turn out
si totom takut pulak


book bayshore apartment 3 bilik





ada 3 bilik tidur



ruang makan n ruang tamu




ada kitchen
tapi aku sedia kan food kat rumah
menu hari tu

umbut kelapa masak sup 
dgn sardin ikan pedas 
(Super sedap)

terung dayak + salai ikan sup
(kegemaran ramai)

daun ubi+terung pipit+bunga kantan
(pun faberet)

kfc  & piza
junkfood
kopi + teh
megi, mee sedap





pemandangan dari tingkat 18
apartment adalah tepi pantai
aku of cos
memang nyilu lah nak tengok bawah
sooo scarrrrry






orang kelihatan kecil je kat swimming pool






taman tepi pantai






pemandangan laut biru
tenang je
kelihatan kapal serta bot2









even langit pun putih biru




apartment ni memang jadi faberet
tuk berkumpul bersama family
kali ni memang betul2 relax
takda buat apa2

lapar sikit makan
bangun tido gosok gigi
terus makan
hahahaaa

makan tido je
lepak2 chit chat




Monday, August 5, 2024

Cuti Gawai_Part Akhir

 

part akhir tuk series cuti gawai


hampir nak lupa dari dalam memories
almaklumlah banyak makan semut ni
cepat sangat lupa

so masa di kuching
banyak masa dihabiskan kat
vivacity megamall
boulevard hypermart
selain dari makan2
cuci2 mata window shopping


makan kat chili pepper kitchen
berkelana kat vivacity seharian











so 31hb may adalah gawai eve
so kita balik kembali ke Menuang
perjalan pulang terasa lebih cepat

sampainya di kampung dalam kul 4pm
semua main peranan memasing
masak2 tuk dibawa makan ramai2
dan juga tuk orang visiting esok
setelah siap mandi semua
bersiap tuk ke rumah panjang
meraikan gawai eve
bersama2 dgn orang kampung




rumah panjangnya masih jenis rumah lama
ruai kecil dan agak tua
soon rumah panjang baru akan didirikan
mungkin next year boleh gawai 
kat rumah panjang baru



pelbagai jenis makanan dihidangkan
no worries
makanan halal memang ada disediakan
sekarang kalau pergi memana
takyah risau sgt
sebab ramai yang dah kawin campur
dan sgt jarang makanan halal tidak ada

tapi aku biasa if pergi rumah org camni
akan sedia makan siap2
macam malam ni
memang dah kenyang sangat

aku masak kurma daging
daging masak hitam
mak SIL buatkan lemang
nak habis seruas aku makan!!!!
makan panas2 dgn kerak dia
fuhh!!!!






selepas menyambut tahun baru 1st june
kami balik ke rumah sendiri
letih lak  driving

keesokkanya
meriah juga dorang visiting
dari rumah ke rumah
beberapa kali juga ada yg datang
nasib baik sempat masak banyak

2hb time to balik miri
dalam 7.30am kami dah berangkat
kesian tengok mak dan apak SIL
sedih kena tinggal
meskipun 2 minggu kemudian
dorang berdua akan ke miri
 ni nak bawa sama
tapi dorang kat kampung 
banyak aktiviti
nak menyukat tapak rumah panjang baru
nak menyambut kedatangan para pelancong
yang dari singapore

otw ke miri
berhenti lunch kat simpang ke seratok
antara pitstop terkenal sekarang ni 
kedai makannya banyak choice
murah
dan aku memborong ikan masin!!
pitstop sebelum ni iaitu lacau
ikan masin sgt2 mahal
bermula dari rm10
sini yg rm10 kat lacau
boleh dapat 3 bungkus!!!



selepas berhenti kat sini
next pistop is sibu
about 2-3 hours later
depend dgn kelajuan
tapi sekarang senang je bawa 120km/j
jalan pan borneo banyak tempat dah siap
[daerah Miri pula yg byk blm siap]
kat sibu berhenti isi minyak je
adik dgn sil yang ingatkan dulu
rupanya jauh ketinggalan kat belakang
so tunggu dorang sekejap
sebelum heading to bintulu
sampai bintulu dalam 4pm
arrgghh!!! 
2 jam lagi baru sampai miri

perjalanan dari bintulu-miri
adalah yang paling mencabar!!!!
hujan lebat sepanjang perjalanan
susah nak tengok
nasib baik jalan baru
so garis tgh jalan masih jelas
nii memang rasa nak menangis je drive
dalam hati tak lekang dari berdoa
memandu dlm hujan lebat
ketika suasana terang tak
gelap pun tak
semua nampak samar2
tambah juga dah lama 
tak memandu jauh memalam
dalam kepayahan itu
alhamdulilah
selamat sampai ke miri
sebelum balik rumah
pii makan chicken rice dulu
perut dah nyanyi
tambah malas nak masak2 kat rumah
seluruh badan lenguh duduk and drive
nasib baik ada extra leave
so boleh lah bersantai2 baring2

begitulah kisah gawai aku hari ni
banyak pengajarannya

1. first time drive jauh ke pendalaman sarawak
2. first time drive mostly sepanjang masa 120km/j
3. first time long distant drive dlm hujan lebat

cita2 nak drive dan enjoy the ride tercapai
cuma tak sempat bermalam kat sibu
kat bintulu
next trip aku bermalam kat tiap2 
bandar yg dilalui
menerokai bandar2 tu sekali

alhamdulilah 
perjalanan lancar
takda yang tak di ingini terjadi
just skirt kereta terkorban
hingga kini belum terganti
...............



Thursday, July 18, 2024

Mandi di Wong Rembai

assalamualaikum

masa cuti gawai hari tu
sempat juga kita pergi
main ke waterfall
meskipun tak besar
tapi airnya cukup deras

Wong  Rembai
airnya sejuk jernih




sebab lepas hujan
so airnya agak deras




refreshing!!!

meskipun kecik je
tapi cantik sangat
sebab dia jatuh mengalir dari bukit
yang seakan akan tangga

a must bila balik kampung SIL 



Wednesday, July 17, 2024

Cuti Gawai Part 3

assalamualaikum


bersambung ke next episode cuti gawai

setelah 2 malam kat kampung SIL
(kita sampai hari ahad)
kita plan nak ke kuching dan Serikin

so kita berangkat hari selasa
dari pantu terus ke serikin
about 4 jam drive
Serikin ialah boader 
antara Sarawak-Kalimantan juga
bila dah sampai
tengok 1 je kedai buka
ehh mungkin sebab dah around 3pm
org dah balik kot

sekali.......
isshh!!!! cisss!!! ciss!!
Serikin beroperasi hujung minggu saja
nasib baik ada kedai jual craft tangan buka
tercapai juga hasrat nak beli tikar
aku beli 1
bapa beli 1
adik beli 1
RM450 each

yang ni paling besar
depan ni
dan hujung sana tu
tgh2 tu kecik
mak beli earlier
masa ikut adik awal tahun 





ada juga beli kebaya indon
seorang sehelai
ok complete!!
takyah tunggu weekend lagi
apa yg ditarget semua dapat
meskipun agak ralat
sebab tak banyak pilihan
tapi boleh dapat big discount
sebab penjual takda pilihan
so senang nak tawar menawar

tikar ni dari rm650 
sebab beli 3 ok je  rm450 each
if weekend
kau taknak rega tu
ada ramai lagi tak kisah 
so discount dia tak banyak


settle di serikin
kita drive ke kuching
otw, sempat juga 
pii ke gua angin
gua tu adalah temple
tak besar
tepi jalan je
so kebetulan masa kami sampai org pun tak ramai
hanya ada serombongan pelancong china










mak, apak SIL
aku dan mak
kami berempat masuk tengok2 dalam tu
tokong kecil
bersih, masuk tak boleh guna kasut
pas bergambar sekejap
then kita blah
letih dah ni
seharian dah drive keluar rumah
tambah cuaca yang panas

di kuching
kita check in kat merdeka palaca
apartment 3 bilik
meskipun hotel tersergam indah
tapi biliknya agak lama
takda apa sangat
kita tinggal semalam je
pastu plan pindah ke apartment lain






lepas rehat2
kita pii ke top spot
tempat makan seafood famous di kuching

nak senang keja
kita guna je grab
tak larat nak driving
kereta parking je kat parking hotel




macam2 nak order





kerang
ambal
ikan siakap
udang
oyster omelete
mixed vege
black pepper beef
satay
kuih muih

rrm340 saja
if kat miri
confirm lebih rm500

balik hotel 
perut kenyang hati senang
of course tido awal
sebab seharian on the road
esoknya bangun agak kelewatan
takda apa tuk breakfast
kopi pun 2 3 sachet saja hotel ni bagi

apa susah
panggil lah abang food panda
so pagi tu breakfast ala kadar kat hotel je
nanti selepas check out
baru cari lunch


sebelum check out
jom berjimba!!
kita ambik gambar!!








plan hari ni nak ke india street
dekat je pun dari hotel
hanya seberang padang merdeka tu
tapi memandangkan bapa 
tak dapat nak berjalan sangat
so kita guna grab



seperti biasa suasana kat india street
memang agak ramai orang lah
tumpuan pelancong
meskipun takda apa sangat
but then meskipun takda apa sangat
aku beli kebaya nyonya

mak 2 helai
aku 2 helai
dak ava 1 helai
harga??
tah lebih murah or tak dari di miri
tapi bergegar je tangan masa membayar
lebih dari sebelah jari
but fine!
apa yg selalu nak dibeli dah dibeli
baju kebaya ni 
biasanya biasa ada function family
so sibuk lah nak dress up kebaya sakan
lebih2 lagi in this age
mmg biasa kitaorang guna kebaya 
if ada keramian


so selepas settle kat india street
kita lunch kat kedai mamak 
no so tasty to share
just ok2
aku tak excited nak ambik gambar pun

then kita pindah hotel
kali ni pindah ke boulevard apartment
which is much2 better dari apartment sebelumnya




ada 4 bilik tido
ruang tamu besar
bilik mandi 3
ada mini kitchen
but seriously
aku takda masa nak enjoy the apartment
sebab selalu busy body berjalan

bersambung....












 
 

Monday, July 15, 2024

Cuti Gawai Part 2

 

ehh lama lak nak sambung entry ni
asyik malas je nak mengarang cerita
ok ni sambung dari kisah cuti gawai ni

kita balik ke kampung SIL
yang terletak di Menuang, Pantu
agak jauh di pendalaman
nasib baik ada jalan raya 
yang menghubungkan
tu pun masih jalan kebun kelapa sawit
berbatu besar




ni entrance ke pekan kecil Pantu
boleh kelihatan di tepi jalan Pan Borneo




nii bila dah masuk ke dalam
ada lah jumpa a few signboard camni
tak pasti jauh ke sesebuah kampung ni
dari main road
yang pasti perjalanan kita dalam sejam setengah gitu





berhenti lah kat tepi jalan
gara2 nak ambik gambar view bukit lesung
tu yang kelihatan belakang tu 
ada benda berbentuk segi 4
itulah bukit lesung ataupun bukit lingga
boader antara Sarawak-Kalimantan
sebelah ni Sarawak
sebelah sana tu Kalimantan




pemandangan petang




pemandangan awal pagi
sejuk je
kelihatan cam dekat
tapi tuk mendaki nya 
lebih kurang 8 jam tuk sampai ke puncak
menurut apak SIL
yang sering jadi tourist guide naik ke atas tu
tempat yang segi 4 tu bertanah paya
ada satu area tu cam kelang sabung
tempat orang menyabung ayam tu
bersih je 
(of cos ada lah cerita mistik)

bukit lingga telah dibuat sebagai taman negara
tak boleh mengambil kayu kayan
or berburu binatang kat sana
for pas few years
banyak camera2 terletak disitu
tuk mendokumentasikan
jenis2 binatang yang ada

ok bebalik ke cerita balik kampung SIL

kita saja tak bagitu parent SIL
yang kita nak balik
surprise!!!!
lagi surprise family aku pun ikut
apa lagi kecoh lah 

jiran2 pun ada bertandang
menwar warkan kedatangan
tambah lagi nak gawai



pagi next morning
mak n mak SIL
pii kebun kumpul sayur2 kampung

aku sempat jalan2 sekeliling
kampung ni tak ramai penduduk
mostly penduduk pencen
yang dulu kerja di bandar
bila dah pencen
nak menikmati hidup angin segar
sama seperti mak ayah SIL juga
diorang ada rumah di miri 
saja nak relax2 di kampung









at the moment
rumah panjang baru belum berdiri
masih tinggal kat rumah2 sendiri
soon some rumah2 ni
akan dibaiki dan dijadikan homestay
dan tempat ni bakal di bangunkan

selain project homestay
penduduk dah dibekalkan
dengan bongkah2 kulat
pokok2 tuk lebah kelulut

disarankan tuk buat hasil kraft tangan
nanti jabatan pertanian
akan menyediakan sebuat outlet kat sini







bersambung........