Saturday, March 21, 2009

Masa dulu-dulu Part 2

Kehidupan aku ni takda ler glamour sakan. Glamour2 cam ensem anak chem adalah. Ensem anak chem=hensem anak katun. Bila dah time stat sesi persekolahan, aku duk kat umah uncle (Abg mak) kat pekan kecik di namakan Lutong. Aku mula belajar ABC kat SRK Lutong. Korang nak tau maksud Lutong?? .....jeng jejeng...
hah!!! ni ler minatang yang dipanggil Lutong tu.

As i remember, mostly student sekolah ini adalah anak2 pekerja Sarawak Shell Berhad. Sekeliling sekolah pulak adalah kuaters2 pekerja shell termasuk aku pun duk berdekatan gak sebab uncle aku salah sorg dari pekerja shell. Aku rasa bertuah sangat2 belajar kat sini. Persekitaran yang unik, berdekatan dengan pantai dan shell refinery tank. Tapi kuss semangat kalau ler tank2 tu pecah................. tatau ler nak bayangkan.



Kami juga bebas mengunakan apa2 saja kemudahan syarikat shell seperti padang sukan, badminton court, basketball court, swimming pool and juga kelab rekreasi mereka. Tiap kali ada function atau persembahan kebudayaan kami akan guna kelab mereka tanpa apa2 bayaran malah selalu nya kami yang akan mendapat sumbangan dari pihak shell.



Kat sekolah ni juga aku mengenali seorang insan yang amat akrab dengan aku hingga ler sekarang ni walaupun kami berjauhan. Kay! I miss you so much! Aku dan Kay sekelas dari darjah 1 hingga ler form 5. Sebelas tahun membesar bersama!! Macam2 kami wat bersama cuma Kay ni takda ler active dalam sukan sangat berbandingkan aku yang bedal apa2 aja sukan yang ada kecuali hoki. Aku mmg takmau involved dengan hoki, bukan pa aku ni kadang2 jenis yang senang naik angin so aku takut kang bila naik angin masa main tu silap2 ada ler orang yang duk kena sebat dengan kayu hoki tu so sebelum pa2 terjadi baik aku mengundur diri.



Banyak ah cerita lucu masa sekolah rendah dulu tu. Ada ler sekali tu masa darjah 1 kena sebat ngan cikgu bahasa Inggeris gara2 sebut ayat dalam bahasa Inggeris sama sebutan dengan bahasa malaysia. Cucumber, aku sebut cu cu ber. Apa lagi kena bantai ler buntut. Dah ler masa tu ngah panic, slipar jepun kebetulan ngah putus maaa... Pastu sengih2 cakap kat kawan, tak sakit pun, sib cikgu tak dengar kang dengar naya je kena belasah gik.

Masa darjah 3 lak aku dah reti ponteng kelas gara2 nak main zero point (main gelang getah). Cakap kat cikgu nak pi tandas tapi main gelang getah lak dan yang lucu nya main kat luar kelas je. Cikgu dengar riuh2 jenguk je dari tingkap kelas nampak org ngah bermain. Apa lagi balik kelas kena berdiri sebelah kaki sambil pegang telinga atas meja. Huhuhu....

zzzyy

3 comments:

  1. best² dengar cete sis nie...sik saabar kamek mau dengar cete seterusnya...

    ReplyDelete
  2. tunggu............ everyday sigi je :)

    ReplyDelete
  3. When was these old pictures of your early schooling years taken at SRK Lutong? Is this in the early or mid 70s?

    ReplyDelete

tq, peace :)