Monday, May 25, 2009





Ah seperti biasa, bangun pagi ni sangat2lah malas. Kenapa ya? Aku rasa bukan aku seorang saja yang menghadapi masalah ni. Malam kan main lagi susah nak tidur, kadang2 terpaksa dipaksa tuk tidur gak sebab memandangkan esok harinya kena pergi kerja dalam keadaan secergas mungkin. Tapi tu lah bila bangun pagi ni pasti malas tahap maksima dan tengaharinya pulak selepas makan, mata pastinya mengantuk sesangat. Tak lama pun at least dalam setengah jam gitu mesti gak terlentok2. Tapi yang hairannya kalau tak kerja, jarang pulak berlaku camni, ngantuk tengah hari. Kadang2 if kat rumah sampai terasa bak kata orang tetua, mati kutu tatau nak buat apa (actually memang banyak nak buat pun tapi malas). Mata nak ditidurkan pun tak gak mahu compare to if kat office, tengahari je sure ngantuk. Tak faham aku.



Ni sebenarnya aku masih tatau pa topik yang aku nak wat tuk n3 kali ni. Duk membebel tentang ngantuk je sambil tu mulut aku tak putus2 membaham popia yang SIL nak bawa balik Kuching nanti. Opsss!!! tak pasal abis kang popia ni aku belasah. SIL!! SIL!! Sedap oooo popia ni. Kang naya je tak sampai Kuching :)


TV lak saja aku on canel 502 Berita Bernama. Tetiap pagi camni walau sebenarnya aku tak tengok pun, kadang2 je berita tu masuk telinga aku. Saja buat melawan bunyi tekanan keyboard aku :) Lately aku takda sangat tengok or baca newspaper. Busy body sendiri je. Pergi sana sini tup tup abis masa habis ari dan time tuk tidur. Pastu esoknya pergi keja pastu busy body sendiri lagi dan lagi. Kadang2 terasa macam 24 jam ni tak cukup ataupun kadang2 if dah pokai pulak 24 jam ni tersangat lah lama. Hari2 menghitung hari tuk gaji. Pastu dah gaji takda gak pa2 beza. Tak gak $ bertambah dalam simpanan, malah kekadang menambah hutang credit card je.

Tapi tu lah orang kata kehidupan. Berputar2 bak roda, kadang2 kita gembira (cam masa roda kat atas lah tu) memiliki semua apa yang dikehendaki. Kadang2 kita sedih susah (masa dalam keadaan di bawah roda). Asam garam kehidupan begitu lah yang buat kita makin matang dan setiap yang berlaku dijadikan pengajaran, kekuatan tuk meneruskan kehidupan.

k lah time to go to work. Nak melepak dengan officemates lak. Wat ketupat dan bincang tentang politik. Almaklum lah dah jadi YB ni kena bersosial baik tau. Kan nanti makin YB lak, hahahahaaa!!

zzzyy-YB=Yang bengang

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)