Thursday, June 4, 2009

Arini aku saja update banyak dari biasa. Yalah dah aku takda pa nak buat selain ngadap PC dan merayau2 sekeliling rumah je. Orang keja aku ngah bersenang lenang kat rumah. Tu lah yang kekawan aku cemburu tahap maksima.

Ingatkan pas makan roti tadi boleh lah perut tahan hingga ke malam. Hampeh! Pala pening2 emm sintom lapar lah tu. So buka lah aisbox tengok pa2 yang nak dimakan. Eemm... masak sup daging je. Senang cerita, sedap pun pasti sedap if aku yang masak. hahaha!! Masuk bakul angkat sendiri, dah tu takda orang nak puji, so puji diri sendiri lah. Kan kan kan :p



Kali ni masak sup daging halia. Hiris kecik2. Sure sedap masuk mulut.



Aku suka perap daging tu dengan halia sekejap sebelum dicampur air dan dimasak. Agar rasa halia tu lebih menyerap ke dalam daging. Wasssyeehh! Macam kelas memasak pulak.



Masuk ke dalam my favourite pot! Telinga sebelah panjang sebelah pendek. Kenapa my favourite?



Sebab dia ada tudung yang transparent. Senang tengok sup tu melompat2 masa mendidih. Beli kat Parkson, tah berapa rega lupa dah. Beli masa pindah rumah dulu tu.





Tara!!!! Sup daging halia yang telah sedia untuk di ngap! Sluurrrppp!!!!! Sedap!!! <- puji sendiri lagi? Muahahahaa... epi sebab perut kenyang maaa... Pastu baru teringat lama dah tak siram sinki dengan air panas. Tujuannya adalah tuk buang kotoran2 yang terlekat kat salur sinki tu. Dalam sebulan sekali dua aku buat.



Mula2 siram kat sinki kecik di ruang makan ni. Sebenarnya ni ialah paip utama tapi bila aku buat extension dapur baru, sinki ni dibuat tuk cuci tangan sebelum dan selepas makan je.



Pastu siram lak air panas kat sinki tempat cuci2 masak2 ni. Sib beli yang ada dua ruang, if satu kalut ah. Tak cukup ruang tuk membasuh. Saluran sinki ni kekadang if tengok air tak lancar mengalir, baik siram dengan air panas sebab selalu tempat tidur!!

Ada suatu hari tu aku ngan mak hairan lak ngapa slow sangat air mengalir kat sinki ni. Nak kata sumbat tak patut gak sebab takda sintom2 sumbat pun beberapa hari yang lalu. Tetiba aku terfikir, siram ngan air panas! Pastu cepat2 aku ngan mak tengok kat dalam parit, huh! sekor katak just ngam2 je dengan batang paip tu kuar dengan bunyi mbooob!

zzzyy- sampah blum buang!

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)