8.15am terbangun dengan sms ke 3 mak. Suruh aku call cepat2 so aku dalam suara yang sumbang dan separuh sedar call lah mak. Mak ni bijak gak sekarang, dia akan sms (jimat, 1 sen je) atau miskol (lagi jimat takyah bayar pa2) kalau dia takda credit. Tu ler ni adik yang ajar dulu, cakap kat mak if takda credit miskol je, if sekali tak berjaya miskol trus try berkali pastu pasti kitorang aku call dia.Ok berbalik pa kes call mak tadi, bila call je dia bersemangat sakan ooo, cerita tentang Hantu! Isskk biar betul, pala blum gik steady ni dah dijamu dengan cerita hantu. Mak kata semalam tepat 12 tengah malam tipon bapak berbunyi walaupun takda service celcom. Siap bagi message Happy Birthday Bless! Hairan dan ngeri gak mak. Kebetulan sekarang pun baru hari gawai yang ke 4 so mengikut kepercayaan masa gawai ni lah masa roh2 saudara mara yang telah meninggal di alu alu kan datang melawat.

Mak dengan penuh perasaan bagitau hairan tul dia kenapa tipon bapak tu ringing walaupun takda service (kat kampung, dalam rumah memang takda service celcom, yang ada kat pintu dapur je). Lerrr............ aku automatically bengang. Bengang tahap cipan yang tengah bergulung2 tu.
Tu alarm lah mak! Birthday alarm! If kita set kat tipon memang lah dia bunyi ngam2 kul 12 malah berkali2 ikut lah camna kita set.
Meh aku cerita 2 kes. Korang baca dan dengar ek.
Bless tu adalah abang Billy tapi masa dilahirkan dia koma sebab 20 mins di belit tali pusat semasa masih dalam kandungan. So selama 20 mins tu gak otak dia tak mendapat oxsigen. Mengikut doctor, biasanya kes camni, 5 mins je terbelit dia dah meninggal tapi aku salute dengan Bless ni. Dia kuat semangat. Dia mampu bertahan walaupun dengan alat sokongan pernafasan sampai lebih dari sebulan. Doctor cakap kalau hidup pun dia akan terencat akal. Kami sefamily tak kisah asal dia boleh hidup, walau camna keadaan dia pun, dia tetap kami terima. Dalam sebulan lebih tanpa dapat bernafas sendiri, Bless sempat membesar 1Kg lebih, badan lebam2 jarum dicucuk sana sini malah takda dah urat dia yang belum di tembusi jarum, sampai adik naik marah
sebab Bless seolah-olah tempat doctor dan nurse2 baru belajar. Apa taknya tiap kali doctor check Bless mesti di kerumumi oleh nurse2 baru.
Yalah dah Bless tu mengikut pihak hospital memang tak sepatutnya masih dapat hidup dan peluang untuk hidup pun tipis sesangat, so might as well dia masih bernafas ok gak if dibuat ujikaji kan. Tu aku faham sesangat, tapi since dah kat hospital, dibawah kawalan doctor, kita yang tak tau pa2 ni hanya mampu melihat kan. Mestipun kekadang sedih sesangat tengok. Kes ke 2, dah tipon bapak tu dulu adalah tipon adik aku, bapak Bless so memang logic lah if dah ada set birthday alarm tu semua. Mana ada hantu nya mak ooooiii....... alahaii mak ni cepat sangat panic dan gelabah.
Tu kekadang kena marah ngan aku, suka heboh2 tanpa usul periksa dahulu. Sedangkan menda tu takda kes sangat pun.
Ni aku dah terbangun tak dapat lak nak tidur lagi, so aku bangun terus on PC terus meng'attack' orang kat Mafia Wars. Hah ambik kau! Seharian ni lah bakal keja aku. Semalam misi nak mengumpul 1 juta tak tercapai. Kul 1.30 dah tidur lagipun masa attack orang syik kalah je, yalah senjata tak power, so last2 aku beli lah senjata bebanyak dan baru lah boleh menang. Ni sekejap je aku dah dapat 500K balik.
Issk, if cerita tentang ke excited aku main game online ni memang tak abis sebab aku belum power sangat pun, aku pasti aku sendiri takkan stop selagi aku belum power ke tahap maksima. Ni nak mandi, nak jemur ikan masin yang aku buat malam sebelum semalam. Cuaca hari ni nampak lebih cerah dari semalam. Pala pun dah berdenyut2, mungkin sebab bangun mengejut takda assalamualaikum semua :)
zzzyy-masih blurr

No comments:
Post a Comment
tq, peace :)