Monday, June 1, 2009

Selamat Hari Gawai!!




Selamat Hari Gawai. Gayu Gerai Nyamai, lantang senang selalu. Hari ini adalah perayaan Gawai Dayak bagi semua masyarakat dayak di Sarawak. Masyarakat Dayak tergolong dari pelbagai suku kaum seperti Iban, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bidayuh, Murut dan banyak lagi.

Gawai Dayak ialah perayaan yang dirayakan selepas habis nya musim menuai iaitu pada 1 June tiap2 tahun. Gawai lebih meriah bila dirayakan di Rumah Panjang. Dan sebenarnya Gawai ni bermula pada 31 May. Biasanya pada petang 31 May dah bermula.





Dimulai dengan upacara 'Miring' di iringi dengan mainan gendang. Tuai Rumah (Ketua Kampung) will thank the gods for the good harvest, minta perlindungan, blessing dan hidup yang lebih panjang sambil mengorbankan ayam. Mengikut kepercayaan ini adalah tanda berterima kasihnya kepada semangat padi yang telah mengurniakan hasil tuaian untuk tahun tersebut.




Kemudian orang ramai akan berkumpul di Ruai (verandah) tuai rumah sambil makan ramai2 dengan membawa berbagai lauk pauk untuk di kongsi bersama. Sepanjang malam juga dipenuhi dengan pelbagai acara seperti pertandingan kumang gawai (zaman skrg biasanya tuk budak, if untuk yang org dewasa biasanya akan diadakan di hotel dengan gilang gemilang sebelum Gawai) pertandingan nyanyian, bergendang sambil berbalas pantun dan ngajat.



Bila menjelang 12 tengah malam, gong akan dipalu dan tuai rumah akan mengetuai semua minum Aik Pengayu - tuak dan wishing each others gayu guru gerai nyamai (long life, health and prosperity). Tuak adalah satu kemestian tuk perayaan Gawai. Ianya diperbuat dari beras pulut, yis dan gula. Beras pulut dimasukkan dalam tajau (tempayan) dan bahagian atasnya ditaburi dengan yis dan dibiarkan beberapa hari atau minggu. Bila aromanya dah semerbak (bau seperti kuih tapai), dicampur dengan air masak dan gula. Dan setelah beberapa minggu kemudian, terhasil lah tuak. Airnya ditapis dan dituang ke dalam botol tuk dihidangkan.



Pada pagi 1 june adalah hari rumah terbuka. Peoples will visit each other room (kat rumah panjang ianya dipanggil bilik, each family have their own bilik). Perayaan Gawai ni berlanjutan tuk sepanjang bulan Jun. Bila sesebuah rumah panjang tu dah mengakhiri Gawai, mereka akan
mengadakan upacara Ngiling Tikai (mengulung tikar), pesta makan2 menandakan berakhirnya Gawai.






Yang menyeronokkan masa Gawai terutamanya di rumah panjang ialah ramai kaum kerabat keluarga berkumpul baik dari dekat ataupun jauh. Kemeriahan jelas terasa dimana saling beramah mesra bertemu melepas rindu setelah sibuk bekerja sepanjang tahun.



zzzyy- SELAMAT HARI GAWAI

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)