Saturday, June 20, 2009

Weekend oh weekend...........

Bangun je tidur bersemangat on PC terus main games kat FB. Am i already addicted to the FB games. Yes! I bit i were! Pas settle semua games baru pergi cuci baju yang terbiar seminggu. Nasib lah baju takda ler kotor pun just buang bau. Gosok2 dengan breeze cuci dengan air sampai takda buih lagi then taruh dalam softner softlan kaler ungu. Sedap je bau terutama selepas kena dek panas terik.

Since takda Blackie, pendek lah langkah. Takda lah berambu ramba, ronda2 kotaraya or berlepak sakan di hujung minggu. Nasib baik lah ada PC dan internet so adalah penghibur hati yang luka lara mengenangkan Blackie yang tengah di ICU. Sebenarnya Ani suruh guna Wira husband dia yang memang jarang diguna tu tapi takmau ah. Kereta orang ah, tak berani skit aku bawa, kang pa2 hal susah nak handle, kecuali lah darurat sangat. Tapi ni, rumah Ani pun dekat, just 2mins dari rumah aku, apa2 urgent suruh Ani tolong hantarkan. Aku dan Ani pun dah macam adik beradik.Biasanya di mana ada Ani selalu ada aku. Aku banyak sesangat terhutang budi kat Ani. Apa yang mampu aku buat hanya berdoa semoga Ani diberkati dan sejahtera sentiasa. Kegembiraan Ani kegembiraan aku jua. Sob sob sob... rindu Ani lagi.

Ni baru je pas lunch cum breakfast. Lapar sesangat ah. Arini menu simple je tapi tu ler teringin sesangat makan kacang panjang so here the menu:-



Kacang panjang goreng. Sedap dan rangup.



Asam kedondong yang sedap dan menyengat! Sedap!! Tapi keesokan tahu lah akibat nya ketika melawat toilet. Berasap!!!!! Tapi tu cerita esok ah, malas nak fikir. Yang penting sekarang asam ni sedap.



Lepas makan pekena betik dari kebun belakang rumah. Aku ada 2 pokok betik belakang rumah dan 2 pokok betik depan rumah yang sejak 3 4 bulan tak henti2 bebuah. Syukur alhamdulilah. Save budget beli buah2an. Tiap kali makan ada buah. Takyah pening2 fikir nak beli buah apa tuk dessert, hentam betik je. Sedap dan free!



Lepas makan terasa masih ada ruang tuk taruh kopi. So aku pekena semug kopiko dan 2 bungkus cracker magic peanut butter cream. Sedap oooo cracker ni. Lupa dunia seketika masa makan.



Hah, Itam ni dok terkiaw2 masa masuk dapur tadi. Takkanlah minta makan, kan baru je dibagi makan. Nasi dan ikan belum abis pun kat luar tu. (sebenar adalah dalam 5 ekor kucing yg selalu lepak belakang rumah aku). Itam ni lebih manja dan berani dengan aku sebab dia biasa lepak kat verandah rumah. Tapi aku benci bila bergaduh dia selalu kalah dan bulu teraburan kat verandah. Buat susah je sapu dan mop. Kadang2 sampai terberak2. Isskk!!! menci! Tapi if dia tak buat hal takda lak aku menci dia. Biarlah saja dia lepak kan.

Hah bebalik kenapa dia dok terkiaw2 masuk dapur tadi. Cis!! Rupa2 nak menumpang lepak kat dapur. Tu dia terus nak tidur. Cepat2 halau. Tak boleh lah dalam rumah Itam oooiii. Kau tu kureng bersih ah. Dah tu bulu syik tercicir. Rumah baru je di vacum dan di mop. If taknak panas belakang tu, lepak je kat garaj depan nun, kan besar tempat. Lagipun Blackie takda so boleh ah pinjam space dia. Uwwwaaaa......... aku rindu Blackie!! Sob sob sob.....

zzzyy-la la la. Aku dah kenyang

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)