Thursday, June 18, 2009

Worst Day!


Yesterday morning n3 bukan main lagi me happy sebab raining kan. Yalah dah Miri lama tak hujan sudah semestinya happy seperti katak. But end up terrible day for me. I've a car accident and my Blacky badly damaged. Tapi syukurlah takda nyawa yang terbabit.



Around 8.00am, demi untuk mengelakkan mulut kereta yang accident dari jalan sebelah ni, aku terus tekan brek dan dalam keadaan jalan yang basah dan licin, aku terus melanggar kereta ni.



Kereta ni sebenarnya telah pun self accident melanggar devider jalan demi mengelakkan kereta yang sama. Nasib le dedua kami tak jatuh dari bukit tu sebab ni adalah jalan menurui bukit dan tepi tu agak tinggi sikit.





Muka Blacky yang remuk teruk temasuk mata sebelahnya yang tercabut. Baru je beberapa hari lepas aku menukar bateri Blacky. Seawal 8.15am Blacky dah kena tow pergi workshop yang kebetulan workshop people ada kat situ. Diorang ni memang cari peluang lah time2 ujan gini.





Mulut Blacky yang telah koyak rabak dan mata yang telah tercabut sebelah. Sayang kan tengok dia dalam keadaan camni. Tu lah jugak kereta buatan Malaysia, banyak daripada plastik so bila accident teruk lah damages nya. Aku salute dengan Proton 1st edition tu. Cuma kemek je aku hentam.

Dan owner pun takda kata pa2 memang dia dah duga pasti ada yang melanggar lagipun diapun dalam keadaan yang masih terkejut. Cuma dia tanya aku, Kamu pun kena juga? Aku pulak reply, Kamu takda pa2 ke?

Kerana kereta merah yang accident dari sebelah tu, 2 pasang kereta accident di tempat yang sama. Sebelum aku, sebuah Wira pun accident cam Proton tu, dan sebuah Hilux cuba melanggar Wira seperti aku tetapi Hilux tu sempat mengelak dan terus melanggar pembagi jalan dan terus ke seberang jalan. Huh!!! Rasanya ni lebih dasyat lagi kalau ada kereta yang datang dari arah yang bertentangan. Yalah tetiba ada kereta laju dari arah bertentangan meluru laju. Dan nasib baik gak Hilux yang tinggi so dia takda lah pa2 sangat. Tapi aku pasti mesti mimpi ngeri bagi pemandu nya juga dan bersyukur kerana Hilux tu tak terbalik.

Memula owner kereta merah tu taknak alihkan kereta dia tapi orang dari workshop tu kata pasti ada orang akan accident lagi kerana kereta dia tu. Yalah dah mulut kereta merah tu muncul kat area yang tak disangka2, kat corner, nampak je dah dekat, sempat mengelak pun brek pun takda lah makan sangat. Menuruni bukit jalan yang licin, memang payah lah walaupun tak laju.

Semalam aku cuti uruskan semua hal ehwal claimed insurance semua. Sebelum tu aku pergi X-ray sebab bila dah relax semua terasa cam dada aku sakit tah ada kena stering ke tak. So sebagai langkah berjaga2 aku pergi X-Ray je. Bukan bayar pun semua claimed company. Syukur takda yang patah, cuma doktor kata mungkin takda kena stering cuma kena pautan safety belt tu yang sakit.

Hari ni aku tak keja jugak. Badan terasa sengal2 semua. Memang dah diduga. Ada lebam2 skit kat dada. Semalam doktor kata memang akan camtu, so dia bagi aku pain killer, ubat urut dan ubat lembam tapi pain killer tu akan buat aku mengantuk. So aku ambik cuti je, sambil tu merawat rasa trauma.

Tipu lah aku if takda rasa trauma tu tapi takda lah sangat. Dah accident kan nak buat camna. Kena kuat semangat kerna perkara ni pasti akan berlaku. Tahun ni je ni kali ke 2. Yang 1st april aritu aku jalan lurus tetiba orang langgar dari tepi pulak. Rasanya Blacky ni ensem kot, ramai yang nak cium. Last year pulak, dilanggar ketika aku parking! Huh!! Tak berjalan pun orang langgar!?? Tu lah aku selalu fikir if dah accident so accident lah, takda guna nak gaduh2. Sapa yang nak accident kan. Walau bagaimana careful pun kita tapi tatau orang.

Dah kereta ni berjalan cam manusia so ada lah sesekali tu jatuh longkang ke tersepak batu ke terlanggar tiang ke, so just sentiasa berhati2 lah ya dan jangan adanya yang membabitkan jiwa.

Tadi aku bangun seawal 6am dahtu online main mafia war, restaurant city dan farm town kat FB. Pastu aku biarkan PC on dan aku tidur. Mungkin disebabkan trauma ke apa ke tah sumpah aku taktau.

Dalam aku baru je nak lena, dengar cam macam2 bunyi terutama cam bunyi orang berus lantai, budak lalu lalang melintasi aku (aku tidur kat ruang tamu, selesa skit tak cam bilik terasa cam dalam gua). Kira keadaan yang bising sangat lah, sedangkan setahu aku, aku seorang je kat rumah, jiran2 sebelah menyebelah pun keja. Cuba nak buka mata dan gerak tapi tak dapat, bila aku dapat celik skit semua bunyi tu hilang. Then pejam lik, bising lagi. Adalah dalam 15mins gitu.

Memang aku terganggu dengan keadaan tu tapi aku fikir gak pa yang berlaku ek? Cam ghost story pulak tapi aku takda lah takut. Betul aku tak takut cuma aku fikir mungkin sebab badan2 aku yang sakit dan mungkin nak demam tu yang memacam aku dengar. Then ianya berakhir apabila aku rasa macam aku dalam kegelapan dan semua sunyi sepi. Sempat aku berfikir, Uikk Aku dah mati ke?

Syukur aku takda pa2 dan dapat bangun lagi cuma pas bangun ni, kepala punya ler berat. Tapi gigih gak sempat fikir nak masak nasi goreng ayam!! Hahahaa!! dalam kurang selesa badan pun sempat fikir tentang makan. Tul ah, ni buat n3 sambil nunggu ayam hancur ais pas ambik dari petisejuk.

zzzyy

2 comments:

  1. Rindu ngau blackie mai ku..aku agik terkejut tang bersyukur sis nadai apa nama....

    ReplyDelete
  2. nyak meh, apa boleh buat. aku pan rindu ka blackie. blackie masuk ICU!!! uwwaa!!! plastik surgery mua!

    ReplyDelete

tq, peace :)