Quite sometimes i didn't write about anything else except food. Boring gak kan dok baca tentang what i eat, what i do with what i eat. So since i got nothing to do, tadi aku go around my house, snap2 picture which i wish to share with you guys some of my collectable items at home. Takda lah yang mahal2 cuma every piece of it have it's own sentimental value.

Binatang2 yang dilekat kat my aisbox. Semua tu a gift dari kekawan. Aku suka letak yang simple2 je so dia nampak kemas dan teratur. Lagipun this is the only aisbox magnet yang aku ada.

Kucing3 yang ensem, tu pun kawan yang bagi. Hadiah dari Kuching. Yang award tu pulak sempena company aku 40 years of success. Patung baju biru tuk pulak adalah logo lama company aku. So if sekarang kau nak dapat kat memana memang sah takda dah.

Aku suka soft toy tapi walaupun suka, aku takda banyak collection. Malas nak layan minat. Kang nanti berabis beli soft toys pulak. Yang besar 3 tu, Arina bagi. Yang kecik 4 ekor tu aku beli sendiri. Murah je, beli kat Massive Lure dalam RM3.90 gitu.


Ni pasu kecik tu je yang aku beli. Lelain semua kawan2 bagi. Aku paling sayang botol yang cam obor kat atas tu. Yang ni x colleague aku Norlizah beli kat Arab. Cantik sesangat!
Ada lah suatu ketika dulu, aku dan colleagues aku gila tahap maksima dengan bowling. Selalu gak joined memana tournemant kat Miri ni tapi tak lama lah kami bertahan sebab sedang nak hangat bermain tu, ramai pulak kaki2 yang resigned dan sibuk pulak dengan pengabungan2 company. Banyak masa spend tuk adopt system baru dan sibuk pergi course sana sini. Ni antara piala yang aku bangga kan.

Satu2nya night lamp kat rumah aku. Ni pun aku dapat dari lucky draw dinner company. Jarang pasang pun sebab aku if duk depan PC or tengok TV suka gelap. Suasana lebih tenang dan dapat menghindari tengok lemak2 yang berkumpul kat badan :p

Salah satu dari jam kat rumah aku. Siap ada penyukat suhu sekali. Tah masih elok ke tak menda tu. Tiap ruang kat rumah aku ada jam. Senang nak tengok waktu sambil tuk mengingatkan setiap waktu tu penting. Masa itu emas! Waccheaaa...!!!!


Another thing that i admired. Windchain <-- ehh betul ke aku spell ni?? Kau orang fefaham lah ya. Yang ni aku gantung kat syiling ruang makan. Takda lah bebunyi sangat, cos mana de angin except kipas. Yang ada ikan tu, sekali lagi Norlizah beli kan kat Arab. Kat sini memang lah ada tapi yang pentingnya, ada bau Arab tu ah. Hehehee :) K, for information sebenarnya Norlizah memang menetap kat Arab ikut suami dia kerja. Tu lah yang tiap kali balik sini mesti dia belikan aku sesuatu. Sayang dan rindu kau Nor...

Hah! Another collection yang tak ternilai. Gold coin sempena 10 tahun dan 15 tahun aku dah kerja dengan company. Takda lah mahal sangat cuma yang aku kata tak ternilai tu, hah ni lah salah satu dari appreciation dari company atas segala pergorbanan, kerja2 aku selama ni. Tiap 5 tahun akan dapat. Kelihatan sama cuma berat gold plated tu yang berbeza. Lebih lama lebih berat.
K setakat tu je lah antara collection2 aku yang sempat aku share. If ada lagi, lenkali aku share lagi. Have a nice week end.......

No comments:
Post a Comment
tq, peace :)