Tuesday, August 18, 2009

Aku yang sedang bercut

Morning!!! Hari ni aku cuti, yes!! yes!! Tapi kena bangun awal dari biasa sebab ada urusan seri paduka baginda yang perlu di uruskan. Cuaca ok even malam tadi ujan, best tuk tidur dan tak best tuk bangun sebab menyebabkan malas bangun pagi.

So bagi yang bekerja tu, kerja rajin2 terutama tuk makcik bidah dan juga katie. Jangan mengular dan menguap banyak sangat, takut nanti masuk angin. Dan buat aku sendiri yang sedang bercoti, bergumbiralah sebelum esok back to kerja. hehehee!!! bagi motivasi tuk sendiri :)

Ni aku ngah update dari lappy lenovo SIL yang cute mute comel lotey sebesar hanya dua jengkal, tapi dia lupa bawa mouse, adalah sangat2 janggal nak guna. Aku ni mudah give up if guna laptop tanpa tikuihh dia. Kurang kepintaran dalam bab guna hanya kebot dan meraba2 ni.Main game pun sangkut2. Ohh rupanya baru aku menyedari, aku ni kureng canggih dalam mengadaptasikan diri ke bidang IT. Tak boleh guna yang canggih2 skit trus gelabah. Cam memula guna henpon N70 dua tahun lepas, aku rasa nak tikam je henpon tu, punya lah payah nak antar sms. Sebelum tu aku guna nokia 5230 yang simple je. Alahaiii......

Tadi bukan main banyak gik idea nak bercerita kat blog tapi setelah dapat tepon call dari Ani and Arina terus hilang semua. Kekawan ni if cuti aku tak informed pasti mencari. Bangga gak aku dengan bestfriend2 aku ni, semua caring2. Sayang kat diorang. So far aku ada 3 bestfriend perempuan yang sanggup sehidup semati. Sangat setia. Bab umpat mengumpat sesama sendiri tu pasti adalah tapi yalah sebagai manusia, sikap kita ni memang ada yang disukai dan dibenci. Tapi tu hanya sifat, semangat sayang menyayang dan setia kawan tu tetap utuh.

Lately aku dapat bestfriend baru, SIL!!! Kami sangat rapat, sering buat perkara sama2. She likes sister to me, completekan hidup aku yang takda saudara perempuan. Dan talk about sikap perempuan ni, semalam aku buat kuiz kat FB, how girly are you. Guess what??? Aku dapat 0% girly!!!!!! Tipu!! Tipu!!! Aku perempuan sejati lah weehh :p Takkanlah kerana aku takda berpasang-pasang kasut, berkoyan-koyan make up, takda guna pewarna kuku rambut tak diwarnakan bermakna aku bukan perempuan. Tu semua aku manalah nak buat, menyusahkan je kan ada.

Cukup le sepasang high heel yang aku tinggal kat office dan guna hanya waktu office hour, tempek muka hanya dengan cream olay dan sapu loose powder maybelline, taruh lipstick colour natural tuk kerja. Asal kemas oklah tu, tak koser aku nak make up tebal2 pastu waktu hari panas2 bedak cair sana sini muka cam opera cina. Aku hanya berhias skit bila guna contact lens, sebab masa tu boleh lah taruh mascara skit eyes shadow skit.Tu pun jarang, once in a blue mood. Bukan pa hah, malas nak buang masa ngadap cermin berjam2. Pastu takda gak kemana2, hanya kerja, silap2 over guna lipstick ada lekat kat gigi. Sadis!!!

K lah semua, have a nice day yaaa..... kerja elok2


zzzyy - picha takda, mls nak upload dari previous n3.

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)