Tuesday, August 25, 2009

Angkat tangan tepuk kepala..

Lately blog aku ni syik cerita tentang makanan je, macam takda yang memberangsangkan. Mungkin sebab otak agak lembab berjalan di bulan puasa ni ataupun sebab tiap kali time buka puasa meriah sakan je. Acara makan2 sentiasa berjalan kencang dan lancar.

Office lak on and off ke'busy'annya. Kejap busy sesangat kejap ilek je. Aku lak if tengahari tu dalam at least setengah jam mesti ngantuk kronik tak kira busy or tak.

Dan office lak lately takda yang memberangsangkan, asyik2 kena brain wash disuruh marketing. Kekunun if marketing banyak next year akan dapat habuan yang banyak. Ala tu semua janji2 manis belaka, tapi kita ni bukan nya bebudak yang boleh dijanjikan dengan gula2. Dah tau menilai kebenaran cerita dan motivasi pihak atasan yang berapi2 tu. Dah tak lut lagi.

Sebab bila sampai masa habuan yang bak dikata tu, takda gak apa2. Bayarannya tetap mengikut kasta. Lebih besar pangkat lebih banyak lah dapat meskipun kekadang tu apa yang mereka dapat tu adalah hasil titik peluh orang bawahan. Jangankan nak appreciated malah sering lupa diri. Bangga dengan hasil jerih perih orang lain. Tak adil kan?? Tapi mereka kan boss, sapa berani bersuara?? If kita berani bersuara pun tak kemana. Bak menuang air ke daun keladi. Silap2 kena blacklist.

Korang perasaan tak, orang yang lantang bercakap memberi pendapat tu sering susah nak dapat kenaikan pangkat. Yang sering memperbetulkan boss tu akan sering di blacklist. Sedangkan hakikatnya yang berani bersuara lantang tu adalah kerana dia tau apa yang dia buat. Dan yang diam2 tu lak ada dua sebab. Satu, dia malas nak bersuara sebab dia tau takda hasilnya malah hanya akan menyakitkan hati sebab pasti pendapat dia takkan di beri perhatian. Kedua, sebab dia tatau nak buat kerja, so bila orang bahaskan tentang keja tu, dia taktau pa2 so camna nak berikan bahasan?

Tahlah lain orang lain pandang, tapi bagi aku mostly tu lah sebab2nya. Tepuk dada tanya selera atau angkat tangan tepuk kepala?? Hehehee...

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)