Bangun seawal 5.30am sebab semalam adik and SIL kata akan ambik aku 6.30am tuk pergi balik kampung. Aku bersemangat terutama bila ingat durian yang aku bawa semalam banyak yang tak sedap, tawar! Adakah kerana hari hujan? Tah lah yang pasti tak sedap!!! Sangat kecewa. Nasib baik ada makan yang sedap masa kat kampung.So balik kampung nanti kira nak cari yang sedap2 lah. Lagipun semalam tak sempat jumpa mak. Mak pergi sekolah adik sebab ada tah pa majlis bersama ibu bapa.
Pas mandi semua terus on PC dan main game sementara tunggu. 6.30am belum gak datang, relax tapi mata dah start ngantuk. 6.45am belum gak sampai, dah ngantuk kronik. Dah cam adik Sudin (kucing Apak kat kampung) lak. Terlentok2! Silap2 boleh jatuh ke lantai. 7.15am dah tak tahan lagi, ambik bantal dan terus tidur kat ruang tamu. Tiba2 kacau lak, panggilan Pulau!!!!!! Perut memulas nak pergi toilet.
Tengok jam 7.45am belum gak orang ni datang. Cancel baring kat ruang tamu, angkut bantal tidur atas katil lik. Tidur siap dengan persediaan sekali, jean and tshirt. Kan nanti diorang datang terus masuk kereta kan, tak yah tukar2.
8.30 dapat sms dari SIL cakap tak dapat bangunkan adik, our driver. Ler cancel lah project balik kampung. Kecewa gak tapi if guna blackie malas lak aku nak drive. Soo... sambung tidur je lah. Bangun2 dah kul 10.15am!!!
Bangun pas cuci muka terus minum mangga juice. Perit perut tapi dah terlambat tuk menyesal. Segelas besar dah masuk perut!
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)