Saturday, January 2, 2010


Tahun ni uncle, adik mak yang paling bongsu memang bersemangat nak ajak family makan2. Malam new year dia buat xmas open house dan kita orang lepak kat rumah dia sampai 2am. And pagi dia bangunkan aku dengan call ajak pergi rumah dia, dia organise BBQ sempena tahun baru lak.



Uncle dan cousin yang bersemangat tetengah hari BBQ chicken wing dan buntut ayam.





Yang ni sesi karaoke di tengah hari. Siap berjoget2.

Dan aku...........





Sibuk makan biskut dan kuih. Tak larat nak nyanyi2, baik kenyangkan perut :)

Hari ni hari ke 2 bagi tahun 2010, Seawal 7.30am aku dah bangun sebab nak hantar adik register sekolah which about around 100km dari rumah. Sampai kat sekolah, alahai, rupa2nya esok baru pendaftaran. Tah camna ler yang dah datang dari jauh2 tu. Sekolah adik ialah sekolah luar bandar, mostly orang tinggal kat asrama. Taktau ler aku, samada cikgu memang tak inform (mungkin just harap pengumuman kat banner luar sekolah dah memandai) or adik aku memang tak kisah tentang sekolah. Aiiii tak faham aku.

Balik dari sekolah drive lagi balik sini, mana lak aku tau rupa2 mak belum beli baju dan seluar sekolah tuk dia. Hantar lagi pergi beli, dah ler bandar Miri sana sini sesak. Tensen dok beratur dalam traffic jem je. Dah ler perut lapar.



Setelah 4 kali pusing2 baru dapat parking tuk makan di kedai mamak. Teringin makan nasi beriani kari kambing. Keinginan nak makan berkobar2 tapi bila dah makan tak dapat lak nak abiskan. Jang lah yang jadi ikan sapu.

Lepas tu pergi parkson sebab adik nak print some document. Siut tul, scanner refill cartridge dia tak berfungsi. Ink masih banyak tapi taknak mengalir sebab cam ada angin dalam saluran dia. Dan ler printer cum scanner tu bangang. Takda ink, tak boleh scan juga. Scanning dengan takda ink ada kena mengena ke??? Tak faham aku!

And kat parkson, seolah ada pesta. Ramai ler sesangat orang. Orang dari Brunei pun ramai juga. Perrghhh!!! pening nak jalan. Tak selesa nak lengang2 kangkung. Silap langkah boleh accident sesama manusia.

Tak lama ler lepak kat parkson, selesai kerja terus keluar. Lepak tergoleng2 tengok tv kat bilik sewa adik. Mak siap tidur. Then petang skit pergi pasar malam, beli makanan dan dinner kat bilik adik lagi. Last dinner before dia pergi kerja jauh esok. Chiayok! Chiayok!

Sampai di rumah around 7.30pm. Perghh!! Almost 12 jam berjalan sesaja. Letih sangat. Harini driving pun almost 400KM. Sakit kepala lutut!!!!

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)