
Hello, apa plan korang cuti2 ni? Ada pergi visiting ke atau jejalan? Aku karang skit nak keluar visiting rumah kekawan sekerja. Sebenarnya ada gak rasa malas nak pergi sebab since bangun tidur tadi kepala terasa sakit semacam je. Tapi dah janji dengan kekawan nak pergi sama lagipun ada driver, Matt ambik. Yes! aku memang suka ada driver ni, dulu selalu camni but since 2 3 tahun ni dah jarang dah sebab sendiri sering drive, even kekadang aku yang jadi driver.
Emm, nasib arini keadaan sekeliling aman damai, takda bunyi mercun yang heavy2 macam malam tadi. Semua busy kot or tak koser nak main mercun dalam hari panas terik ni. Kang nanti buat rasa makin rimas kepanasan kan. If ikutkan hati aku nak je duk rumah lepak2 tanpa perlu harungi hari yang panas tapi tu la, ni lah salah satu dari hari tuk mengeratkan silaturahim. Jumpa dan bersuka ria dengan kekawan. Ni gak masa tuk berjumpa bermesra.
Aku masih ingat dulu time kecik2 kan aku duk pekan Lutong yang kecik dan aman damai. Masa CNY ni adalah masa yang ditunggu2 sebab ada tarian singa!! Pepagi tu mula2 lepak kat pasar Lutong ikut tarian singa tu pergi dari kedai ke kedai. If nasib baik, ada gak dapat sebiji dua limau. Seronok tau sebab ada banyak mercun pom pang pom pang sana sini. Lepas tu pergi dari rumah ke rumah ramai2. Lutong bukannya besar pun, kita pergi jalan kaki je even orang yang buat tarian singa tu pun ramai yang berjalan. Yang guna lori kecik pun sekadar tuk bawa drum dia even tu pun ada yang main sorong je. Kan tiap tarian singa tu mesti ada sorang yang pakai topeng tu kan. Aku paling takut dengan orang tu tapi nak gak tengok dan ikut. Tiap kali dia sergah dengan muka topeng dia, memang sah bertempiaran lari ketakutan tapi pastu ikut balik. Takkan serik punya.
Haha, mengingati zaman kecik2 dulu memang lucu. Masa tu memang cukup bertenaga tuk melakukan apa saja aktiviti lasak. 24 jam berlari sana sini pun takkan letih. Lelebih lagi aku yang membesar kat pekan kecil, memang seronok lah sebab macam semua seems to know each others. Mana2 pergi orang dah cam. Suka pergi kedai gak, tapi masa tu duit masih berharga. Bawa $0.20 pun boleh beli aiskrim buat muka senyum lebar walaupun banyak gigi yang rongak. Tapi yang tension nya masa tu memang sangat takut lah dengan mak ayah. Bagi aku dengan mak pak saudara. Kena jeling skit dah kecut perut. Tu lah pasal selalu curi2 keluar bermain terutama ketika auntie tidur petang. Hah, bermula lah operasi curi2 keluar bermain. Kul 2pm tau!!! Sapa tak marah bila main tetengah panas retak tu kan. Tapi masa tu mana peduli yang penting happy..............
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)