Sunday, March 7, 2010

Semalam tidur awal pagi 1am! Telan pil flu sebab hidung sumbat, tekak perit tertelan asap yang berkeliaran. Minum air masak banyak, ni dah terasa ok dah. Kebetulan malam tadi ada hujan even aku tak sedar langsung. Bila bangun pagi buka gate tuk cousin yang nak balik, tengok jalan raya basah. Since masih mamai, malas nak tengok sekeliling, kunci gate dan sambung tidur lagi.

Then bila keluar buang sampah baru perhati sekeliling. Bukan kerana paip pecah cam kes yang awal pagi takda air aritu, this time betul2 hujan. Longkang yang dah lama kering kontang ada air. Tu pun aku perasaan sebab kegelian dengar ada bunyi dari arah parit. Kes ular nak masuk rumah aritu, sentiasa menghantui. Tu lah tiap kali ada benda bergerak berbunyi kat luar rumah memang aku alert dan berhati2.

Hari ni banyak kerja rumah nak buat. Dah 2 minggu aku tak mengemas. Bangun je terus duduk depan PC, layan games kat FB dulu then bila semua hasil tuaian, cafe dah settle, baru aku basuh baju. Sebelum mandi sempat gak aku masak sup tulang. Tuk breakfast cum lunch. Suka masak sup ni lama2 sampai lembut sampai tomato yang di campur bersama hancur.



Menikmati sup tulang bersama dengan Neslo, first time try. Well, not so tasty sebab aku tak suka sangat rasa milo. Terlebih minum milo masa kecik dulu kot sebab milo adalah yang aku minum selepas abis minum susu ibu.



Hari tu beli trial pack 2 each packet tuk 3 jenis minuman ni. White coffee ok, neslo not so ok with me (tapi terpulang kepada selera memasing kan) dan teh tarik tu belum sempat test. Mungkin petang skit nanti.

Disebabkan hujan malam tadi keadaan awal pagi adalah mendung which dalam hati aku doa lah hujan lagi but in another side of me, wish it was sunny sebab banyak baju kena cuci. Last week, Miri adalah bandar yang paling teruk kena effect jerebu dan asap



This was taken last friday. Agak teruk kan even ni bukanlah hari yang paling teruk. There was a day, about 6.30am, even bahagian depan kereta sendiri pun tak nampak. Tu nasib bukan kat area aku, kat town centre. Kat area aku masih ok sebab berhampiran dengan kawasan pantai yang luas dan kekadang ada angin yang kuat bertiup.



Ni pula breakfast aku pagi jumaat. Dah boring duduk kedai kopi, aku tetiba teringin minum kopi dalam tin tu. Melintas je kat rak kropok, terasa nak makan kropok pula. Kawan selalu kata aku ni selalu makan kropok kat masa yang tak sesuai cam masa breakfast. Aku pula, no rule, aku akan makan bila aku rasa nak makan. Tak kira sesuai ke tak. If tak makan, sepanjang hari akan tercari2 buat rasa tersiksa kan.

K lah dah almost 2pm ni, aku nak menjamu selera. Makan nasi!! Papaii and epi weekend!!

zzzyy-n3 yang lompat2

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)