Thursday, April 22, 2010

Hari ni aku cuti tapi lebih sibuk dari hari bekerja. Seawal 8.00am dah keluar dari rumah hantar adik SIL pergi hospital buat endokcopi (tah betul ke tak spelling aku ni). Tapi tu ada masalah sakit-sakit kat perut dan doctor guna hose tu hah masukkan dalam mulut check dalam perut tu. Ngeri juga aku dengar.

Masa menunggu kat hospital, arina sms bagitau one of our colleague's father meninggal pagi tadi. So bila dah camni of course kena pergi melawat dia juga kan. About 3pm baru sempat pergi melawat tu pun selepas balik office sekejap buat something yang penting. Nak settle kan minggu ni juga. Masa kat office, aiya! kes tak best, ada auditor!!! Perrgghh!!!! masa kena audit ni memang tension. Banyak permintaan yang perlu dilayan. Nasib aku dah pindah department, if kat department lama dulu, sure aku kecoh ambik files berkoyan-koyan.

Tadi juga aku menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, buat e-filling. Huh!!! nasib tiap-tiap bulan dah bayar income tax guna PCB, if tidak, berkerut juga dahi bayar. Letih ah camni, setiap hasil titik peluh nak di tax. Even gold coin award pun kena tax juga.

Ada pergi Giacoma juga, tak sah if tak beli sesuatu. Ani beli periuk dan aku beli towel yang comel!! Sebuah towel besar dan 2 face towel hanya RM20.90!!! Ni sekejap lagi aku nak menilik catalogue dia, sure ada yang aku terbekenan :)

Dalam perjalanan balik rumah, again, aircond blackie buat hal. Tah dah abis gas or masalah lama datang kembali. Ada yang bocor. Esok nak service blackie dan tengok-tengok aircond dia tu. Harap jangan lah apa-apa teruk terjadi ya. Aku takda duit ni hah!!!

Sampai di rumah macam balik dari kerja pula. Pagi tadi tengok seekor lipas kat pintu bilik tidur aku terkia-kia macam nak meninggal. Aku spray dengan spray nyamuk. Ni aku balik tengok ada seekor lagi kat tempat yang bertentangan turut meninggal. Aikk!!! Tadi dia CPR yang seekor tu ke sampai dia sendiri keracunan dan meninggal juga ke??? Atau dah plan sehidup semati????

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)