Ini adalah guesthouse tempat kita menginap selama 3 malam di Bandung. Suasananya sungguh aman dan mendamaikan ditambah lagi dengan cuaca Bandung yang sejuk dan nyaman. Tempatnya adalah sebuah rumah detached setingkat yang telah digubah menjadi guesthouse, mempunyai beberapa bilik sahaja, rasanya kurang dari 10 buah. Perkhidmatan yang disediakan adalah complete. Package bersama sarapan pagi which is nasi goreng, telur mata lembu dan bread, meskipun simple tapi sedap.
Ini adalah keadaan sebelum membeli belah di Pasar Baru iaitu pada hari ke 3 di Bandung. Tangan masih kosong dan ringan. Tapi disini juga lah aku banyak menghabiskan Rupiah membeli kain bermeter-meter yang cantik-cantik terutama jenis cotton dan kain tuk buat baju kebaya. Harganya jauh lebih murah dari disini dan semuanya cantik-cantik berlaka. For sure, rambang mata memandang.
Setelah penat membeli belah, berhenti sekejap untuk mengisi perut. Antara menu-menu nya, bakso (sangat sedap!) kuetiaw goreng, nasi ayam tim (ayam didalam nasi-sedap!), nasi ulam (tah aku tak sure nama dalam bahasa Indon). Kebetulan ketika nak makan kita terjumpa dengan Pak Taufik, langsung hantar barang-barang ke kereta dahulu sebelum meneruskan pusingan kedua shopping.
Setelah penat membeli belah di factory outlet, lepak-lepak di salah satu daripada factory outlet yang gah, siah ada air pancutan. Mostly factory outlet disini deconya adalah cantik-cantik berlaka. Sangat suka dengan keunikan yang berbeza bagi tiap-tiap outlet. Hari terakhir shopping hanya mampu pergi ke 3 buah factory outlet, dah tak larat nak berjalan. Sharian shopping sahaja dan......
Hasil tangkapannya pun turut lumayan. Aku banyak memborong kain meter-meter dan beberapa blouse. Sangat berpuas hati dengan hasil tangkapannya. Barang-barang di Bandung adalah jauh lebih murah dibandingkan disini.
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)