hari kedua berpuasa
okay dari semalam tapi
lebih lemah
mungkin sebab tengahari tadi
aku ada buat kerja berat sikit
semalam seksa menahan ngantuk
hari ni tah somehow aku terasa lemah
bergegar seluruh badan
mungkin sahur tadi takda nutrien
telur masin, sardin lobak dan nasi
sekejap tadi 8pm blackout setengah jam
sejak dua menjak area rumah aku ni
sering blackout
mungkin sebab kawasan perumahan
yang tumbuh bagaikan cendawan pas hujan
dahtu power electric tak ditambah
asyik diambik dari main power sesaja
tu teori aku lah
sebab sebenarnya tah lah labuu...
tadi berbuka makan banyak
ayam masak kicap n sayur
then perkena bubur kacang hijau
buatan mak SIL yang sangat sedap
tak boleh berhenti makan
walaupun dah kenyang
makan se mug then berhenti sebab blackout
pastu makan semangkuk besar
stop sekejap sebab tersangat kenyang
ni ngah sambung balik
mungkin akan habis aku makan semua
aiyoo camna nak tidur perut kenyang ni hah
cadangnya tidur awal sebab esok bangun awal
takmau lah macam semalam
ngantuk teruk.
Seorang colleague gelakkan aku
semalam dia kata aku senyap je
tak berkicau cam biasa
tengah simpan tenaga kot
tak boleh gelak-gelak
tak boleh bercakap kuat-kuat
tak boleh bergerak sana sini sangat
automatically buat aku aktif semula
gelak-gelak, bergurau senda
'ngulor' ke tingkat atas.
cakap kat dia
sebenar bukan kerana puasa
tapi kerana aku ngantuk
dan ketahuilah bahawa
sebentar tadi aku tidur dalam toilet!!!!!
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)