Tuesday, January 25, 2011

hari yang masih busy
mana taknya
2 orang je 2 dept
another 2 lagi cuti
agak letih terkejar sana sini

suasana kat office biasa je
selain dari angpau packet
tergantung2 di siling dan lekat di dinding
suasana nak menyambuat CNY takda terasa
semua serba selamba
cuma office sentiasa berbau limau
banyak gak limau di sponsor datang

sampaikan tadi
dek kerana sana sini berpesta makan limau
office kat tingkat aku pun bau limau
tak perasaan apa terjadi kat ground floor

a small fire makan siling!!!
memang masa aku turun tadi
ada gak kawan cakap
perasaan tak cam ada bau benda hangus
aiyak, hidung aku kurang sensitif
tak perasaan sangat
then ada lah customer naik atas
bagitau kat bawah ada kebakaran

half of orang kat floor meluru ke bawah
half lagi termasuk aku masih cool
lagipun masih ada customer
takkanlah nak tinggal begitu saja kan
yang meluru keluar tadi tu
aku tak pasti
samada meluru lari
ataupun meluru nak tengok apa yang berlaku

by the time aku busy body turun ke ground floor
keadaan dah cool down dan gelap
extiquiser dah digunakan
ada orang yang kat bawah tu lari ke our floor
larikan bau yang kuat

just a small fire
short circuit, wire tah lampu or aircond
nasib cepat sedar dan berlaku masa bekerja
imagine if malam takda sapa sedar
sure office hangus!

yang tak best dan tak praktikalnya
orang2 kat tingkat atas takda yang inform
nasib hanya kebakaran kecil
if besar, tunggu kita orang cam dah dipanggang kot
baru ada yang nak bagitau

tah mana perginya fire warden
awal tahun bukan main lagi
siap gantung kat notice board
sapa dan sapa fire warden every floor
yang ni jangan nak direct mana pergi
bagitau pun takda

yang boss lak
awal2 lagi dah cabut......!!!

dan tadi masa kat toilet
aku terfikir terimagine sambil tersenyum
kalau lah kebakaran
masa tengah melepaskan hajat
perut tengah meragam
camna ya?
nak teruskan hajat ke?
atau lari??


zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)