Monday, January 17, 2011

Tak terasa anak lala(dara) aku dah 2 bulan 17 hari
dah semakin membesar lak dia
masih lahir 2.44kg
masa umur sebulan 3.30kg
masa umur 2 bulan 4.00kg
peningkatan berat yang sesuai dengan size dia



Sekarang dah reti di ajak bercakap
of course bukan bercakap macam kita kan
ooohhhh... aaahhhh..... tu semua lah
dah reti senyum bila diguraui
dah reti nak minta dukung
dah reti nak manja2

sangat comel!!! sangat geram tengok
asyik nak cium selalu
mak sering merepak(membebel)
pipi ava bau busuk air liur
aku lah yang sering kucup2 dia "_"



Ava dah tau bila digambar
terus reti posing senyum
mata jangan mengerdip
tiap hari bekerja
mak mesti hantar sekurang2nya
satu gambar tuk aku
bila tengok selalu rasa nak cium picha kat tepon
tapi if buat camtu
tak pasal2 kena cap sot, naya je

sejak kehadiran Ava
tak terasa masa berlalu
dan tiap kali nak turun kerja
rasa nak duk rumah main dengan dia je
tapi dia kan masih baby kena banyak tidur
so most of the time tak boleh ganggu dia



Yang ni bukan Ava kecuali
yang tengah tidur berselimut hijau tu
ini ada Danish or famously known as Dimas
anak Ani yang tua exactly 3 bulan dari Ava
dia lahir 1-08-2010
Ava lahir 1-11-2010
petang jumaat dia dan mami melawat Ava
dulu mak ada jaga dia about 2 weeks
so dia kenal lah mak
tengok je mak terus dia senyum
sangat seronok bermain dengan mak
baby berdua ni baik Ava maupun Dimas
suka tidur berselimut meskipun panas

apa2 pun doakanlah mereka berdua
menjadi anak yang berguna
sihat walafiat sentiasa
amin....

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)