Sunday, March 30, 2014

Ava-1st KL trip





Malam ke 3 di kl

Masa belum kat sini
Macam2 plan nak pi sana sini
Dah kat sini
Masa tak mencukupi

Datang malam jumaat
Dibawa ke hotel yang salah
Oleh teksi driver
Sebab hotel nama hampir sama
Novatel or Nova hotel
Kan book thru internet
Aku jadi confius

Tiba kat Novatel
Cek booking tapi takda
Aik! Booking kan dah bayar semua
Bukan murah pun
Rm1k++ tuk 4 malam
Adakah Agoda menipu aku??
Jahat kan
Terus fikir bukan2
Sebab panic lor

Tanya Novatel sama tak dgn Nova hotel
Ohh tak sama rupanya
Nasib ada seorang mamat yg maha friendly
Tah hotel exe ke or just service boy kat sana
Tapi yang pasti service dia bagus
Entertain kitorang
Dan carikan teksi

Cerita punya cerita
Dia habaq
Dulu awek dia orang iban gak
Siap tunjuk gambar
Awat tak kahwin
Takda jodoh katanya
Takda gak kepo tanya kenapa
Cuma suka lah cara dia bagitau
Kata awek tu baik sangat
Pandai masak masakan malaysia
Berkali2 dia puji awek tu baik
Cuma takda jodoh
She not bad
Good looking
Tah pa jadi pada cinta mereka berdua
Taktau lah aku
Cuma awek tu dah kahwin sekarang

Next day pas breakfast kat hotel
Seawal kul 9am dah keluar
Semangat ooohh nak pi ikea
Guna monarail pi kl sentral
Siap guna salah lane
Instead nak ke depan
Naik train yang opposite way pula
Terlalu excited
Lupa tentang arah bertentangan tu
Kesudahannya
Dari tengah ke hujung A
Dari A ke hujung B
Sedangkan if guna lane betul
Boleh dari tengah ke B terus

Dari kl sentral
Ambik budget teksi pi ikea
Rambang mata tengok
Terutama tengok cupboard n katil budak
If dekat
Dah aku angkut
Jauh murah dari Miri
Dahlah comel2
Uwaaaa!! Sungguh geram

Kesudahannya
Beli mangkuk/pinggan/cup yang colourful
Beli table lamp
Kuali
N beberapa deco lain
Baru sampai section barang2
(Sebelum tu leka kat section pameran)
Ava meroyan nak makan nasi kicap!
Cepat2 tengok barang
Belum sempat turn bayar
Ava dah tidur pun
Lepak duduk sampai dia bangun
Lega urat2 kaki

Pastu pi sogo
Mak aiii banyaknya orang
Dahler terpasang bawa bag berat
Usung kesana kemari
Usually sogo is my favourite
Kali ni tak beli pa2 tuk sendiri
Beli baju budak2 je

Takda tengok perfume
Takda tengok bedsheet
Takda tengok handbag n kasut
Takda stop tengok apa2 kat ground flo
Sedangkan tu
my a must visit if pi kl
Kali ni no no no
Busy sekejap bawa bag
Sekejap dukung ava
Aduhaiiii
Anakku itu memang malas berjalan!

Hari ni menyukat midvalley saja
Dari 11am ke 8.30pm
Sungguh2 letih
Tak larat nak berjalan ke mana2 lagi
Tapi now 11.48pm
Mata belum ngantuk lagi

Esok nak pi KLCC & TAR
hopely masa mencukupi
If sempat nak pi aquaria
Tengoklah camne

Baik aku tidur
Esok nak awal pi klcc
Nak enjoy the taman



zzzyy



No comments:

Post a Comment

tq, peace :)