Thursday, November 13, 2014
Tidak Boleh!
since kat office agak free sekarang ni
so adalah masa chit chat dengan colleagues
mostly cerita general
tentang GST lah, tentang anak2 lah
dan tadi aku dengan seorang colleague
mengenanglah masa muda2 dulu
camna sikap kita terhadap ibu bapa
biasanya bila part berlagak seperti orang dewasa
nak keluar berjalan baik siang atau malam
bila mak bapa tak suruh
mulalah merungut
mulalah memberontak
mak bapa tak sporting lah
mak bapa tak faham lah
mak bapa mengongkong kehidupan lah
pergi sini tak boleh
pergi sana tak boleh
sekarang bila dah dewasa
bila sendiri dah jadi ibu bapa
barulah sedar
semua 'tidak boleh' itu dulu
adalah untuk kebaikan kita sendiri
untuk keselamatan kita
untuk keselesaan kita
sekarang baru tahu
macam mana perasaan risaukan anak2
risaukan apa2 mungkin berlaku kepada mereka
risau tentang segala2nya
sebolehnya terutama yang menjadi ketua keluarga
nak semua selamat sihat walafiat
tanpa sebarang kesukaran/kesusahan
takda apa2 berlaku kepada keluarga
sekarang aku bersyukur
kerana pernah mengalami semua 'tidak boleh' tu
sekurang2nya meskipun bukan perfect
meskipun bukan baik sangat
tapi syukur alhamdulilah
berkat jagaan tu
sekurang2nya tak membazirkan kehidupan
dengan perkara2 yang tak berfeadah
yang diluar kelakuan orang biasa
dan boleh berdiri atas kaki sendiri
memiliki semuanya sendiri
atas hasil titik peluh, usaha sendiri
amat2 bersyukur atas segalanya
zzzyy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)