Monday, January 29, 2018

Sabtu lalu
Hari makan mee sedunia
Mana taknya
Aku makan 4 jenis mee dalam sehari
😁😁😁😁😁😁

































Brunch dengan mee kolok






















Tea break kul 4.30pm dengan charkuehtiaw
























Early dinner kul 6pm dengan mee pok kolok








































Late dinner dengan mee tikus kolok
Atau lausufan, mee yg cam ekor tikus tu












zzzyy

Sunday, January 28, 2018

Dari semalam dalam fikiran tu
Nak update blog
Tapi bila pegang tipon or tab
Lain pula dibuatnya
Tengok status org kat FB
Tengok gambar kat IG lah

Yang kat IG tu
Tengok cerita kekasih paksa rela
Tengok cerita cinta hati batu
Cerita Dia, coffee prince
Semua IG takyah kata pelakonnya
Mak bapak family production
Tu pun rasa nak follow
Ehhh cam peminat tegar kunun
Sedangkan heroin cerita2 tu
First tgk pun
Isskkk
I is kenot brain 🤦🤦🤦

Dulu ms ada astro
Ambik package movie,  sport, entertainment
Takda maknanya aku nak layan
Cerita2 cinta drama melayu
Sebab jalan cerita sama je
Org kaya menindas org miskin
Cinta tak direstui
Pastu mesti ada watak puan gedik
Berebut rebut lelaki
Rumah bertingkat2
Aduhai
Boring
Aku suka tengok program
Masak2 deco2
Suka yg buat renovation
Bila tgk
Mulalah aku n ava angan2
Nak buat kat rmh
Tp tersedar diri
Bila ingat
Pitih!
Pitihnya mana?!!
Arrggg 😧😧😧
Skress makcik

Pastu semua lebih attached to HP
Rather than tgk tv
Tukar ke Enjoy
Sebab byr je, takda tgk sgt pun
Tu le skrg tgk program limited
Nak tak nak layan je drama2 tu
If nak tgk movie
Tgk online
Begitu juga korea
Masih sangkut cerita black n goblin
Tah bila mood tgk mai
Jejgn terus.sangkut situ je 😊😊

K nak iron baju keja
N baju sekolah ava
Arrgg malassss...






zzzyy





Friday, January 26, 2018

Giveaway Souvenirs Pulau Jeju By Sitiyangmenaip & SalbiahM

Setelah lama berdiam diri dari dunia blogging
2018 aku plan tuk come back
Anak pun dah besar, ava dah 8 tahun pun
Dah tak kacau  lagi

Tuk permulaan
Meh sama2 join souvenir giveaway 
Manalah tahu bertuah kan

Meh sama2 join the giveaway Cik CT (hai awak)

























zzzyy

Jum Makan_Dabai & Terap



Buah Dabai 







Biji dabai, yang tengah2 tu boleh makan







Buah Terap







Dah minggu ketiga tuk tahun 2018
Apakah yang korang dah buat?

Aku?
Emmm.... selain keja yang maintain busy
harini meja aku dah clear sikit
Customer2 aku boleh dianggap ensem2 kacak2 bergaya
Semua sporting
Aku panggil suruh mengadap
Semua menghadirkan diri
Diorang datang, sign document
Keja dapat setel
Lega nyeeerr


Exercise, walking turun naik bukit
Mmm.. blum sempat buat
My partner in crime msh sakit tumit kaki
Doakan mak cepat sembuh yea
Lagipun miri masih lagi musim hujan
If pepetang sering hujan
[alasan kukuh tuk tak exercise] 😁😁

Tadi masa terfikir nak update blog
Ada satu isu aku execited nak tulis
Tapi tah camne
Semua idea hilang
Aku pun totally lupa tentang apa
Aduhhh....
Tido arr, dh 12.30am nii
Nite2










zzzyy

Sunday, January 21, 2018

Hari minggu ku

Baru lepas iron baju tuk 5 hari
Campur baju Ava tuk 3 hari
2 hari dia guna tshirt n tracksuit
Antara kerja yang paling aku tak suka
If ada mesin auto iron
Memang aku berusaha tuk beli 😋😋😋

Pagi keluar dengan ava n apak
Nak beli groceries tuk minggu ni
Mula2 perkena roti canai atas permintaan ava
Dia roti kosong
Aku n apak double roti telur each 😁😁



















Lepas perut kenyang baru cari lauk pauk
Pergi cari sayur local
Tak banyak di pasaran
Mungkin sebab cuaca sering hujan kan
Sayur berdaun cam sawi, pakchoy pun sangat mahal
Belasan ringgit sekilo 😬😬
Kenot brain me

Barang2 pun semua serba serbi mahal sekarang
Rm100 dah takda nilai nya
Kena shopping at the right mall
Kadang2 beza harga boleh sampai rm2
Barang yang sama harga berbeza
Yalah cam trivago 😃😃

Balik rumah rasa nak makan durian pula
Tapi frust sebab dua biji yang ada tu dah lain rasa
Sebab dah terbelah dan dimasuki semut
Isssk semut nak makan durian juga ke
Buat tempoyak je lah
And since ada beli ikan patin tadi
Masak ikan patin tempoyak!!😙😙😙
Meh layan picho
















Nah gigih aku ambik isi durian dengan sudu
Pastu terus masak, tempoyak instant!















Tempoyak instant
















Ikan patin masak lemak tempoyak





















Local vege, paku kubuk tumis halia















Bismillah
Nah lunch + dinner
Perut kenyang senang hati...










zzzyy

Saturday, January 20, 2018

Malam minggu
Malam yang ditunggu tunggu
Melepas rindu....
Yg jejaka yea...
Yang....
Lalalaa
Aku dah lupa lirik
Lagu nyanyian Buk Hetty
Suatu ketika dulu
Jaman aku masih ingusan

Zaman tu dulu
Memang happening mlm2 minggu
Semua dok pakat jalan2
Paling koman pun
Jalan2 cari makan
Aku zaman muda2 pun
Bukan jenis yang suka rambu ramba
Jauh sekali dok mengepub
Ada tu adalah
Tapi sgt2 jarang
Kecuali sesekali after office dinner
Adalah lepak2 sekejap

Ni masa tu semua dah berlalu
Malam minggu sekarang
Takda bezanya dgn mlm2 ari biasa
Memang selesa duduk di rumah saja
Bersama family layan tv, layan internet
Ni aku baru pas layan VCD kartun
Temankan ava kunun
Aku yang terjebak
Terngangga tengok 😁

Hujan arini sekejap je
Alhamdulilah dah jarang ribut petir
If penghujung tahun lepas
Almost tiap mlm hujan berguruh petir

Nii hari kedua aku flu teruk
Semalam half day MC
Tak larat dok tersedut sedut hingus
Hingus rasa cam naj keluar
Tapi bila dihembus takda lak keluar
Akhirnya rasa cam nak lemas

Tengahari lalok makan ubat batuk
Emmm bestnya tidur
Asalnya tak batuk
Tapi both hidung sumbat
Alternatif, aku pkena ubat batuk
Terus tidur terbongkang

Flu season
Combination season buah
Dan almost CNY
Sebebar aku paling suka sebelum CNY
Byk titbits
Seperti kuaci, kekacang, asamboi dijual
Just kebelakangan nii
Harga adalah sangat2  mahal
Sesetengah tu mampu tengok je
Especially spesis sotong2
Cam mkn emas!
Beli sikit rasa tak puas
Beli banyak tak mampu
So biasanya
Aku takkan beli
Pu cak2 je lah






zzzyy

Friday, January 19, 2018

Salam jumaat
Aku keja pagi je
Petang ni MC
Flu makin menjadi2
Nii suara dah cam suara itik
Aku baik pulih sendiri
Dengan makan mangga jeruk campur cili padi
Hah!! Menangis tak berlagu jawab nyer
Bercucuran airmata
Rasanya if aku berlakon drama
Elok lagi mkn cili padi  ni
Dari taruh eye mo
🤣🤣🤣


Lately dimana2 aku sering cari idea
Semangat nak buat entry at least 2 3 entry/ week
Banyak idea tu mmg byk
Tapi bila bab nak menulis
Terus semua cabut lari

Eh idea dah lari
Rasa nak tidur jap
Sebelum kul 4 nak jemput ava dari sekolah









zzzyy

Jum Makan_Durian










Wednesday, January 17, 2018

Aiyoo kat luar
Punya le hujan lebat
Nasib malam neh
If siang mmg masalah
Hujan masa nak hantar Ava ke sekolah
Tau2 lah kat kawasan sekolah
Memang payah nak parking

Pernah sekali tu
Hujan lebat masa hantar Ava ke sekolah
Nasib dapat parking
Tapi jauhlah dari gate sekolah
Sebelah tangan sangkut bag, pegang payung
Sebelah lah angkat dia
Dengan kain baju kurung semua
Nasib baik juga guna selipar jepun
Dia selamat sampai ke dewan tanpa basah
Aku.... huhh setengah badan basah
Pastu otw balik ke kereta
Hujan renyai2 je pun
Cisss!!!!
Dengki dengan aku
If tau tunggu dlm kereta sekejap tadi

Itulah antara perkara
Yang aku tak suka
Masa hantar Ava ke sekolah

Dan kerana hari asyik hujan
Tambah banyak makan durian
Sekarang aku tengah flu
Hidung sumbat susah nak nafas
Ava pun flu
Iskkk tak suka lah
Awal tahun dah demam

Last year, minggu pertama tahun baru
Aku cuti seminggu
Hantar Ava masuk darjah 1
Tapi for the first time
Aku kena allergic hebat
Gatal seluruh badan
Dua kali injection baru sembuh
Nasib baik cuti
If tak, memang MC juga
Mana tahan dok bergaru je kat opis
Harapnya jauhilah dari sakit tu
Sanggup lagi aku flu dari kegatalan badan

K lah
Nak layan game








zzzyy

Tuesday, January 16, 2018

Laksa kari

Sabtu
Duk rumah
Taktau nak makan apa
Tengok kat cupboard
Eh ada niii.....





















Tudia
Instant curry laksa keluaran Khadijah Ibrahim
1st time cuba ni
Tak instant pun aku tak pernah buat

Cara mudah je
Rebus air stok chicken
Simpan paste, campur perasa
Campur santan
Dan ready tuk dihidang

























Ni chicken stok aku
Siap dengan isi ayam sekali
Biar mendidih sekejap



























Tu dah masuk paste instant
Biarkan mendidih
Campur santan
Biar mendidih lagi....



























Curry laksa dah siap
Boleh tahan juga pedasnya
Meleleh hingus

Review aku:-


Paste tuk tambah rasanya
Rasanya elok if ditumis dulu
Pastu baru campur air panas
Tentu lebih ummmphh!

2 star out of 5!











zzzyy

Friday, January 12, 2018

Wednesday, January 10, 2018

Hari biasa


Assalamualaikum
Emm merajinkan diri lagi
Menaip kat sini
Sebenar
Niat mmg selalu ada
Mmg selalu bersemangat nak update
Masalah nya nak start tu yg susah
Byk alasan dlm minda

Minggu ni kerja memang busy
Tahun baru kan
Semua kena buat sungguh2
Tambahmemang banyak keja
Nak kena di setelkan

As usual sekejap tadi dlm kul 9pm
Area rumah mmg hujan lebat
Siap berguruh berpetir
Ni dah berhenti
Miri kan musim tengkujuh now
Ada kat certain tempat
Banjir kilat berlaku
Nasib system pengairan
Kat area rumah ni dah diselangar

Oklah yea
Nak tido dah
Nite2






y
zzzyy




Friday, January 5, 2018

Jum Makan_Mee Pok Kolok



Mee Pok kolok






Hari ke 4 bagi tahun 2018
Dan harini juga
Hari pertama aku masuk office
2 hari berturut-turut
Aku cuti
Hantar ava masuk darjah 2
Nahh dah darjah 2 dia kan
Last 2 entry aku,
Dia masih di tadika
Lama aku menyepi
Tak terasa masa berlalu
Harapnya lepas ni
Aku rajin kembali update blog

Sepanjang tahun 2017
Routine aku cam biasa
Kerja kerja kerja
Sekali setahun akan pergi kursus kat bangi
Demi memenuhi ISO company

Waktu lunch akan  jadi uber
jemput ava di rumah
Hantar pergi sekolah,
Last yr almost tiap isnin
Aku ambik cuti sebelah pagi
Hantar ava awal ke sekolah tuk kelas KAFA
Tahun 2018 ni belum ada jadual lagi

Life macam tu juga
Mendatar, takda yang exciting
Melancong pun takda last year
Yalah dah tiap kali cuti
Mesti occupied dengan hal2 keluarga

Cuma 2 week sebelum 2017 berakhir
Aku bawa family cek in kat apartment
Dekat je dgn rumah pun
Saja mini getaway

Sewa apartment 2 bilik
Kat Jinhold hotel & service apartment
Bawa family bersukaria

Meh layan picha












Tu dia, lepak ramai2
Riuh rendah, seronok








Enjoy the swimming pool
Ada sauna, gym, steambath, mini golf ranch










Semua facilities boleh guna 24 hours
Yang penting Free off charge!








Diakhiri dengan sambutan hari jadi
Ava 1st Nov
Apak 30th Nov
Mak 26th Dec



Keseluruhan mini getaway yang worth
Tuk spend quality time dengan keluarga
Meski tak dapat jauh
Cek in di otel di tempat sendiri jadilah


Sekian dulu
Papaii







zzzyy