Tuesday, April 24, 2018

INSURAN



Assalamualaikum
Salam sejahtera
Dan salam selasa

Arini aku masih cuti
Tiada dalam perancangan
Tapi bangun tadi dengan kepala berdenyut semua
Aku kol office minta another day leave

Hari ni Ku nak share sedikit
Tentang pengalaman kerja aku
Aku kerja banyak dealing dengan insuran
Insuran api rumah dan insuran nyawa

Insuran api or fire insurance ni takpa
Sebab selagi rumah tu ada loan dengan bank
Memang ada lah insuran tu
Nama je insuran api tapi boleh cover lain
Repair kerosakan disebabkan pencuri
Disebabkan panah petir
Dan macam2 lagi
Depend dengan jenis FI houseowner tu

Yang aku nak cerita ialah tentang insurance MRTA
MRTA- mortgage reducing term insurance
Bagi yang belum tahu
Insurance ni dibeli bila kita buat housing loan (HL)
Ramai yg kata MRTA juga singkatan kepada
Mati Rumah Tetap Ada
Which is, Yes! Its true

Bila apa2 terjadi kematian kepada peminjam
MRTA boleh cover
Ramai peminjam mengadu premium nya mahal
Ye betul, kadang2 boleh cecah 50K
Depend dengan umur, kerja si peminjam
And of cos jumlah loan tu sendiri kan
Tapi biasanya boleh add on ke dlm loan
So tak apa kan kita melabur sikit tuk langkah keselamatan
Sebab tentunya kita takmau
Jika peminjam meninggal
Pewaris terpaksa membayar hutang dia
Lebih2 lagi jika para isteri yang tak bekerja

First quarter of 2018 ni saja
Aku dh handle 6 cases
Which agak tinggi
Dengan kadar umur kematian 30-50years
Masih muda kan
 4 dari kes ialah kematian suami
Which ni pasti amat2 mngugat keimanan aku
Tak malu aku mengaku, yes aku menangis
Of course bukan depan customer k 😁

Ada kes, suami baru 30 tahun collapse ketika kerja di ladang
Isteri mengandung 4 bulan, housewife n anak kecil seorang
Datang office muka pucat sedih bercelaru
Fikiran kusut taktau nak fikir apa
Macam mana nak uruskan anak dan rumah
Sedangkan tak bekerja
Syukur peminjam ambik insuran full coverage
Dapat settle rumah dan ada lebih sikit

Ada satu kes lagi
Suami, peminjam, kerja balak
Sakit2 dalam 2 minggu saja dah balik ke rumah
Pastu one day, pengsan terus meninggal
Anak masih bersekolah
Isteri tak bekerja
Adik beradik pula berebut nak ambik rumah tu
Nak ambik epf suami dia
Masa dia jumpa, even lubang kubur pun belum byr
And make thing worse suami takda beli insuran
Nasib loan rumah dah tak banyak
Dan rumah tu ada nama dia sekali
At the end dia dapat settle juga rumah tu
And adik beradik suami tak berhak pun
Nak ambik hak suami dia

Kedua2 kes tu aku handle dalam satu pagi
Ketika driving jemput ava tuk hantar pergi sekolah
Aku menangis sepenuh jiwa raga
Kalau kita dalam kedudukan mereka berdua
Tah camna nak handle kan

Kebelakangan ni juga
Makin ramai kes kematian di usia muda
Terutama yang kena cancer
Macam2 cancer
Mungkin dari pemakanan
Yang makin canggih
Makin banyak kemudaratan nya

Oleh itu kawan2
Aku nasihatkan jika beli rumah
Sila ambik MRTA full tenor, full amount
Sepanjang tempoh kita loan tu
Takpa kita loan lebih sikit
At least jika apa2 terjadi in future
MATI RUMAH TETAP ADA (MRTA)
And satu lagi
If isi borang MRTA tu apa2 penyakit
Yang perlu declare
Sila declare
Sebab if tidak, nanti
Walau dan bertahun insuran tu dh berkuatkuasa
Tapi ketika claim tu
Dan tercatit kat kad clinic
Sakit tu dah ada sebelum beli MRTA lagi
Cfrm MRTA tu voided

Ini penting terutama if nak claim TPD
Total Permenant Disability
Claim TPD lebih susah dari death claim
Macam2 diorang minta

K bai
Nak ambik ava balik sekolah










zzzyy











4 comments:

  1. Oh, baru tau pasal MRTA void kalau dah ada kad sakit tapi tak declare. Good sharing, thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah byk kes void sb tak declare, kesian kan, all this while ingatkan di cover, tp kerna kcuaian sdiri jd void

      Delete

tq, peace :)