Sunday, December 16, 2018

Entry all in one


Minggu yang sibuk
Aku cuti 1 hari setengah
Dari tengahari khamis, dan jumaat
Cuti kali ni
The task is mengemas rumah

Sebenar lama dah kita dok tidur 
Kat ruang tv luar bilik tidur
Gara2 si ekon dalam bilik tak sejuk
Dia tak rosak tapi ada lah piping
Yang bocor
So angin sejuk tak boleh nak masuk
Ekon on tapi tak sejuk
So kira rosak ke tak tu ek?
Hahaaaa
Rosak lah kan 😊

So adik bagi lah ekon dia
Cabut dari rumah dia
Lekat kat bedroom aku
So jumaat
Past ekon di pasang
Task adalah mengemas bilik tidur
Yang dah cam store mainan si ava
Penuh dengan toys dia

Kemas semua yang atas katil
Sebab plan nak tido tas katil kembali
Dah lama sangat katil bilik ni
Takda orang tidur 😁😁
Dulu ada ekon pun
Tetap tak guna
Sebab masih panas kat area katil tu
Ekon 1 hp tak mampu sejukkan semua bilik
Ni guna yang 2hp
Ambik kau!
Cam dalam frezeer
Tak perlu nak reramai
Tidur bawah angin ekon lagi

Setengah ari juga weh kemas bilik
Susun atur furniture
Nasib bilik tidur ni 
Master bedroom rumah lama
So space memang besar lah 
Tu lah yang best beli rumah
Yang di design tahun 80an
Tak kedekut space
Tak kedekut compund tanah

Bilik aku size besar
Muat satu katil queen
2 cupboard lemari 2 pintu
Satu tv rack 2 pintu
Dressing table
Study table ava
1 rak buku
2 cupboard yang cam kotak tu
Sekarang lantai kosong
Masih senang2 muat 2 double bed
Tu beruntung nya beli rumah lama

Past setengah ari dok menyapu debu
Menyusun barang
Masukkan dalam plastik sampah hitam
Buang yang dah tak guna
Akhirnya
Bilik kelihatan
Seperti bilik tidur semula
Tho ni masih ada barang belum di susun
Sebab misi mengemas 
Ruang tamu
Dinning room
Dan dapur
Belum bermula
Ruang tamu next week projek
Yang dapur n dinning room
Masih dalam process di cat
Rasanya yang dinning dah boleh start deco
Rasanya tukang cat dah siapkan malam tadi
Aku belum cek lagi
Masih dalam bilik tidur ni
Tho jam dah 9.44am
Rehatkan badan yang sengal2 😊
Past siap entry ni
Aku start arrange
Ok tu cerita mengemas

Despite of sibuk dan letih mengemas
Seperti dah plan awal2
Aku nak happy hour dengan 
Kawan rapat dari game COC aku
Si Chelle dan Gomu
Kebetulan kedatangan Gomu dari Sri Aman
Memang dinanti2 kan
Kita 3 plan nak makan makan makan 😊
Lagipun next month
Gomu dh start kerja di Putra Jaya
Paling2 pun dapat jumpa dia setahun sekali

Plan asal kena dilewatkan
Gomu kena hantar datuk dia ke hospital
AlhamduliLah nasib hanya 
Kena neb dan takda pa2 serious
Sebenar dia datang bersama family
Sebab cousin dia nikah
Tu lah menyelam sambil minum air

Jumpa Gomu dalam 9.30pm
Beli ayam panggang & air
Lepak makan kat tepi laut
Open space kat Coca Cabana
Sambil tu kebetulan tengah war di COC
Apa lagi attack war lah kat phone 😁
Sesi lepak abis almost 12 midnite
Sian juga Gomu driving jauh
Dari 4am tadi
Pastu langsung tak rehat
Esok awal2 dia nak hadiri kenduri



Tak sah if tak makan heavy
Asalnya nak makan kat seoul garden
Tapi since jam agak lewat
Masuk seoul garden dah cam sikit je choice
Dah malas diorang nak refill
So aku n chelle pergi lah sushi king

Tu pun agak mengecewakan
Pergi dalam 7.30pm je pun
Selection of sushi pun
Tetap limited dah
Still mungkin sebab dah nak tutup 10pm
Diorang dah taknak buat lebih banyak lagi
Dapat makan 4 choice of sushi je
Sashimi share dengan chelle
Asalnya minta 3 portion
Datang 1 je 😣😣
Pastu dah takda mood minta lagi
Tah apalah waitress tu tulis masa ambik order
Tengok2 cam ok je benda dicontengnya
Tah le
Mungkin otak dah ingat nak balik rumah je kot
Nasib baik aku ada minta nasi dan ayam cheese tu
Which so-so je rasa tpi kenyang lah






Ni pula kisah semalam
Asalnya pergi ke rumah SIL 
Sebab ikut lori yang hantar barang
Yang adik let go dari rumah dia
Past setel masukkan perabot ke dalam rumah
Kita makan nasi beriani dulu
Pastu baru berpisah ke destinasi masing2

Aku beli cat
Beli paip shower
Pastu misi mencari table lamp dan lampu car porch
Dua kedai pergi baru jumpa
Setel lampu

Misi hantar repair phone mak lagi
Sebab stuck kat logo
Tak boleh nak start 
Nanti baru ambik
Harapnya dapat lah repair tu
Tepon lama aku tu
Sangat sayang kat dia

Jumpa kedai spec
So tengok2 
Si ava dah signal2
Budak tu sebenarnya
Lama dah nak beli spec
Mata dia dah cek
Rabun takda sangat
Tapi silau ada lah

Sekali kedai tu offer
Rm200 tuk lens
Rm99 tuk frame
Pening2 lalat aku dengar
Belum lagi spec aku
Yang memang sah2 kena tukar
Sebab dah lari allignment

Then teringat
SIL cakap murah2
Tapi kena driving ke lutong
About 15km
Arrgghh 15km pun 15km lah

Memang murah2
Lens mostly rm160
Frame spec bebudak pun murah
Ava kan baru 1st pakai
Takyah nak heavy2 sgt kan
More to fesyen
So beli frame rm35
Lens rm40
Hah! Murah dari yang mula tadi
Dah lah frame sia fancy2
Memang faberet bebudak
So here she is



Tuk  dia dah selesai
Muka sudah manyak happy
Tunggu setengah jam je tuk siap
Then tuk aku
Jeng jejeng
2 tahun lalu aku buat lens dalam rm400
Campur dengan frames after disc rm600
Tu yang termurah aku dapat lah
Sekarang nak2 dalam rm1200 
Tu tuk lens je
Sebab tu aku tak tukar tiap tahun
Walaupun  kita boleh claim ngan company rm500
Sayang spwc mahal2 guna hany setahun je kan
Time frame aku at least 2 tahun

Ok back to semalam
Mostly kata kedai juah murah
Lens aku.......
.
..
...
....
.....
......
........
........
..........
...........

Lens aku tetap juga mahal
Rm950!
Tu pun ambik yang 2nd murah
Mata dah tua
No choice kekawan 🤧🤧🤧
Tak boleh guna lens biasa tu
Unless aku buat 2 jenis spec
1 tuk tgk jauh
1 tuk tgk dekat
Eh menyusahkan begitu
Yang ni nasib ada 20% discount so diorang call
Which aku rasa memang masih 
Dalam margin untung diorang pun
Apa boleh buat
Redho je byr rm928
Rm760 lens
Rm168 frame
Mata oooo mata


Hah!
Ni pic budak ava 
Excited mengecat kekunun
Tak sampai setengah jam dah complain letih
Apa lerrr




10.45am now
Baru bangun semua
Luar since early morning
Hujan lebat
Nasib baik masih hujung minggu
If hari bekerja
Confirm kemalasan to the max

Oklah nak keluar
Brunch sekali
Have a great sunday everyone



zzzyy




8 comments:

tq, peace :)