Malam sabtu
Dalam rajin2 malas
(Perasaan tu cam buat ok, tak buat lagi ok)
Aku buat german cookies
Sebenar dah cakap kat SIL
Nak buat kek dan cookies
Tuk xmas dinner rumah dia xmas eve nanti
So bahan memang lama dah beli
Buat je yang asyik postpone
Bahan2
250 tepung kentang
*200g tepung gandum
**250g mentega
80g gula icing
1 biji putih telur
*guna self rising flour
**guna buttercup
Mixer kan butter n gula hingga kembang
Masukkan telur putih
Kaupkan tepung dengan spactula
Hingga sebati
If adunan lembut
Tambah tepung sikit demi sikit
Masa ni dah boleh panaskan oven
160 darjah atas bawah
Pastu buat lah berapa banyak bahagian nak
Depend dengan berapa colour nak buat
If tak ber colour pun ok
Tapi aku suka tengok dia colourful
Cara buat senang je
Bulat2 kan doh
Leper kan sikit masa tekan dengan garpu
Corak yang line2 tu
Sebab garpu k
Masuk oven dalam 15-20mins
So terhasil lah
German cookies yang cair dalam mulut
Yummy!
Tips
Cookies ni
Sebab guna hanya 3 bahan utama
Aku cadangkan guna butter yea
Jangan marjerin
Sebab rasanya depend much on butter tu
And telur putih tu kita guna
Agar cookies tak terlalu peroi
If over peroi
Tak sempat suap dah pecah 😊
Selamat mencuba
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)