Assalamaualaikum
Salam jumaat semua
Dan selamat berhujung minggu
Hari ni aku MC
Begitu juga Ava
Semalam kan dia kan ada kelas KAFA
Start kelas 9 am
Dia masih ok, takda lak sintom demam
Elok je dia peluk cium aku sebelum ke sekolah
Ceria je
Cuma biasalah budak ni kan sekolah petang
Memang kurang selera lah breakfast
Dia makan 2 biji telur putih masak penuh je
Pastu beli biskut london
Dan hotdog kat sekolah
dalam 12.20 cikgu kelas wasap suruh ambik
Dia nak balik, demam
Dua kali muntah kat sekolah
Ingatkan lapar
Then mak kata kat rumah
Dia muntah 2 kali lagi
Tapi manage tuk makan bubur
Makan ubat flu dan tidur restless
Masa aku balik petang
Dia terbaring je
Badan memang panas bebeno
Kali ni dia dah berak cirit 2 kali gak
Muntah dah berhenti
Terus baw ke klinik
Aha! Siap selimut besar dia bawa ke klinik
Lebih kurang sejam setengah menunggu giliran
Memang dah lemas lah dia
Nasib dia nak minum air
Ava ni aku perati
Selemah mana pun dia sakit
Tapi masa jumpa doctor
Kuat lah pula
Siap boleh bercerita
Dan tunjuk muka2 lucu ngan doctor
Tambah doc tu pula
Dari kecil merawat dia
Besar kecil dia doc tu pantau
Cergas lak pas jumpa doctor
Dah dalam kereta siap request
Nak makan nasi peyek
Semua dia saja yang nak
Lelain nak layan lelapan
So tapau kan tuk dia ayam peyek
Pastu duduk kedai makan lelapan
Lelapan ni kesedapannya
Terletak pada sambal tomato nya
Yang kat restoran muara ni
Yang tersedap so far
Order butter prawn juga
Sebab mostly menu takda lagi
Baru 8.30 dah byk mknan abis?
Aku layan nasi goreng telur je
Kekunun taknak makan belacan pedas lah
Sebab baru nak start batuk
Tapi at the end makan juga ulaman dan ayam
Dari lebihan bapa yang tak terhabis
Well, you know me
Tak pernah rejek ayam 😁😁😁
Pas makan terus balik rumah
Ava dah restless kembali
Dari dalam kereta dah tidur
Nasib dah beri dia ubat
Temperature dia 39.6c
Almost 40c
Cool fever kat dahi sekejap je kering
Sambil tu aku tuam badan dia
Dengan towel dan air suam
Bila dia dah berpeluh kesan dari ubat
Baru aku berhenti lap badan dia
Jam 3am aku beri dia ubat lagi
Hingga pagi dia nyenyak
Dan alhamduliah hari ni dia normal
Tapi masih aku beri ubat juga
Tadi masa tengok movie cartoon spiderman
Tetiba tanya aku
Bolehkan dia makan Mashed potato
Dan coleslaw dari KFC
Ok je aku kata
Kan semalam doctor suruh makan bubur
Arrhh boleh je asal tak berminyak
Kesudahannya kami berdua
Drive ke KFC
Aku berdoa jangan lah jumpa colleague
Aku kan MC juga arini
Risau orang kata
Takkan MC jejalan pula
Tapi if terjumpa dah sedia jawapan
Aku MC bukannya nak mati pun
Takkan nak layan selera sakit tak boleh
Hahahaaa..... jauhilah
Tak sanggup aku kata camtu 😂😂😂🤣
Excited makan mashed potato n coleslaw
Tu kisah ava
Kisah aku lak
Sebenar since last week dah kurang sihat
Asyik block hidung sebelah
Sendi2 sakit on and off
Tapi tak terasa sangat
Bila aku buat kerja packing
Aku berpeluh, badan rasa ok sikit
Then bila sakit
Anggap sebab lelah angkat files
Semalam memang kemuncak dah
Berdenyut2 kepala seharian
Bila cucuk dengan jari
Lengan2 semua sengal n nyilu
Takda plan nak MC pun
But since dah hantar ava
So hantar sendiri juga
Lagipun nak jaga ava malam
Tentu badan makin sober
Sebab on and off tidur
And then still menjalankan tanggungjawab
Menghantar timi ke sekolah
Adik dah offshore
Mak dia keja malam balik 7am
Tak sempat ambil dia
So aku take over the responsibilities
Nasib rumah adik tak jauh
About 7mins dari rumah
Just pagi kan
Jalan selalu agak sesak
Dah hantar timi ke sekolah
Hantar lak nenek dia ke poliklinik
Ada cek up
Nanti mami timi jemput
Singgah beli breakfast jap
Balik rumah terus breakfast
Then mandi sekali lagi
Makan ubat
And stengah jam kemudian tertidur balik
Bangun 10.40am
Ingatkan dah kul 2pm
Fuh segar rasa badan
Seharian rehat je
Takda buat keja apa pun
Layan netflix series Znation
Letih tengok layan phone
Im dah ok tuk
Meneruskan aktiviti weekend esok
Begitu juga ava
Dah ajak aku ronda parkson esok
Syukur alhamdulilah
Ava fine!
Im fine!
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)