Wednesday, April 24, 2019

Bersedekah dan Maruah

Assalamualaikum,

Bersedekah jangan sampai jatuhkan maruah org.. Sebuah cerita yg sangat menyentuh & inspiring !!

Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: '' _Mahu cari apa pakcik_?'', bertanya ramah.

Lelaki tua: '' _saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi...._'', katanya penuh ragu. 
Pemilik kedai: '' _Tapi kenapa pakcik_?''

Lelaki tua: '' _Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin_.''

Pemilik kedai: '' _Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai_.''

Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya dan terus pulang.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:'' 
_adakah kamu tersilap?  Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?_'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah. 

Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu. 

Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka..._''

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa  membuat orang lain berasa rendah diri.

.....sharekan lah ia, andai bermanafaat......

Copy and paste dari FB
Credit to unknown writer

7 comments:

  1. walaupun dh penah baca cerita ni kt fb beberapa kali, tp bila terbaca mesti sebak n meleleh air mata, betapa murni nya budi pekerti seorang peniaga yg jujur utk bersedekah... cara dia tuh bt kita terasa, boleh kah kita jd mcmtu juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kita seringkali memikirkan soal keuntungan, jrg sekali tfikir tuk bsikapmluar biasa

      Delete
  2. Susah nak nemu orang kedak ya zaman tok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bena yea, slalu mmg mau untung je, jgnkan bersedekah, minta kurang sikit harga pun susah

      Delete
  3. cerita yang bagus untuk keinsafan sebelum ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cerita yang mendalam pengajarannya

      Delete
  4. Allahu....a good story...boleh jadi inspirasi..thanks shirven!

    ReplyDelete

tq, peace :)