Friday, April 26, 2019

Buttercup


INFO BUTTERCUP




Nak dekat Ramadhan dah, lepas tu nak raya pulak. Mesti ramai yang dah plan nak buat biskut raya atau kek kan? Biasanya antara produk pilihan ramai ialah marjerin jenama BUTTERCUP. 

Tapi korang perasan tak Buttercup tu didatangkan dalam beberapa jenis packaging? Selama ni mak ingatkan semua tu isinya serupa je, rupanya tidak! Mak baru tau, kegunaannya pun sebenarnya berbeza-beza. 

Okay pada yang belum tau, meh mak kongsikan ya, ini adalah info dari salah seorang kakitangan Bake With Yen cawangan Kota Damansara, dan info ini pula menurutnya, datang dari pihak Buttercup sendiri. 

BUTTERCUP KETUL
- Sesuai untuk sapuan roti. 
- Sesuai untuk biskut. 
- Tidak sesuai untuk kek, sebab kek akan jadi kering, berderai bila dipotong. 

BUTTERCUP TONG
- Sesuai untuk kek
- Sesuai untuk biskut

BUTTERCUP TIN
- Sesuai untuk kek
- Sesuai untuk masakan
- Tak sesuai untuk biskut, sebab ia masin

Ringkasannya:
Kek - tin/tong
Biskut - ketul/tong
Masakan - tin

Jadi, katalah nak raya ni kita nak guna marjerin Buttercup untuk buak kek dan biskut, tak guna sangat untuk masak-memasak, maka kita beli lah yang jenis dalam tong tuh je.

Happy shopping!
Happy baking!

kredit: ida Sumie

10 comments:

  1. selamat membaking.

    kalu ada kesempatan pun, saya mahu baking juga.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lg jumpa yg jenis tong dan tin. Baru tahu juga ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. If ms raya mmg akan beli yg tin or tong sb lbh murah 😁

      Delete
  3. ooooo pun baru tahu, hahaahah lg melampau, almaklum la beli buttercup setahun sekali pun payah...

    biskut raya selalu beli je tak pernah nya bt sndiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu 😅😅 nsb baik guna yg betul selama ni😁

      Delete
  4. ooo..ingatkan buttercup semua sama, tak best untuk buat kek sebab kek jadi kering...rupanya buttercup tin boleh pakei molah kek duhalll...alu bercampur bahasa kamek..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kamek pun dolok beli tong sb lbh worth esp taim raya, tok br tau sebab nya 😁😁

      Delete
  5. x lamak gik raya.. nang pelu bena ya. hehe

    ReplyDelete
  6. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete

tq, peace :)