Wednesday, August 21, 2019

Cara kita berbeza


Credit to Shikin Ahmad
Ambik kat FB


Another perkongsian
Yea
Setiap orang ada cara tersendiri



💜Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang utk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.

♥️Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah.. 
Bahagia cara dia...

💜Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..

♥️Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..

💜Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang. 

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..

Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.

7 comments:

  1. betul lah bahagia cara kita, tp dana takde spt di atas...
    sbb hidup sederhana, hbeg biasa2, kereta perodua je... suka jln2 dlm negara je... tp ttp bahagia, cari kita sendiri kan...
    kdg terdetik cemburu org lain ada kete oversea, umah tingkat2 kita mampu apartment je... tp muhasabah diri, fikir balik bersyukur kita apa ada nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah, saya pun sederhana, simple, lama dah tak bercuti 😁 lebih suka spend masa bersama family, jln2 cari makan, itu kebahagiaan bagi saya

      Delete
  2. Replies
    1. Kan. Setiap org dgn cara tsendiri mencari kebahagiaan dalam hidup, yg pentihg bsyukur dgn apa yg ada

      Delete
  3. Betul! Setuju...kena hormat apa yang orang lain buat! Sebab tak sama dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2 ada kehendak sendiri dalam kehidupan, sama2 saling mghormati sesama sendiri kan, itu yg penting

      Delete
  4. sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...jangan selalu merungut dengan apa yang tak ada...

    ReplyDelete

tq, peace :)