Thursday, October 17, 2019

Fire Prevention Awareness




hari ni ada talk tentang kebakaran kat office

sebelum aku teruskan
cuba fikir soalan ni


pernahkah kita terfikir
kita bersedia untuk kebakaran?
seperti kita menjaga keselamatan rumah dari pencuri, perompak
tuk menjaga rumah dari dimasuki pencuri
kita biasa pasang alarm, pasang CCTV, grill kan
untuk kebakaran???
ramai yang tak pernah terfikir kan, cam aku






prensentation dari wakil Fire Prevention Society
sebuah pertubuhan NGO
calaborate bersama Bomba
menyebarkan kesedaran kebakaran kepada masyarakat

 a few years back
kebakaran sering berpunca 
dari barang2 kita yang terbakar kan
api didapur, kerana mancis
sekarang majority kebakaran
adalah disebabkan e-fire

e-fire berpunca daripada peralatan electric
dari charger telephone
dari penggunan plug yang berlebihan







begitu juga dengan kemalangan jalanraya
turut makin kerap terbakar
sebabnya system kenderaan yang semakin canggih
maka makin banyaklah sambungan wayar didalamnya
bila satu rosak
ianya memudahkan proses terbakar

dari itu
tiap rumah digalakkan 
memiliki extinguisher
dan ada pelbagai jenis extinguisher






yang paling biasa dimiliki 
adalah jenis powder
kerana ianya dapat memadam
 hampir semua jenis kebakaran





dan beli lah juga
extinguisher yang diikraf Sirim 





untuk kegunaan dirumah
disarankan yang beratnya 1kg
takyahlah nak beli yang berat2 tu
cukup sekadar dapat memadam
kebakaran kecil je
if kebakaran besar
jgn jadi hero
keluar dari rumah secepat mungkin
dan telepon bomba






kebakaran kereta juga makin kerap berlaku
kita turut dinasihatkan tuk
memeli extinguisher simpan dalam kereta
jangan simpan dalam bonet yea
if kebakaran camna nak guna kan
simpan dalam dashboard
of kat poket belakang passenger seat
agar senang tuk capai jika apa2 berlaku
dan beli lah yang anti explosure
boleh baca detail di sini


satu lagi peralatan kat rumah yang perlu ada
smoke detector
majority kes kematian kebakaran
adalah kebakaran yang berlaku malam atau awal pagi
ketika orang sedang lena tidur
bila disedari
kebakaran mostly dah 50-75%



ada pelbagai jenis dipasaran
harga pun banyak yang below rm100
beli yang guna bateri
if wiring, masa kebakaran, dah blackout
alat tu dah tak berfungsi lagi

begitu lah serba sedikit pemahaman aku
semoga bermaafaat tuk kita semua
pasni aku pun nak beli fire extinguiser
dan smoke detector

no yang perlu di call




atau dari telepon bimbit





112 ni adalah talian kecemasan
takda credit boleh call
tamat tempoh boleh call
diluar kawasan boleh call
asalkan ada bateri
if takda bateri
of cos tak boleh call kan :)

apapun sama2 kita beware
akan bahaya nya kebakaran
sebaiknya cegah sebelum terjadi



zzzyy



all pic credit to Google











4 comments:

  1. semasa zaman bekerja offline dulu...saya memang terdedah dengan kesedaran untuk menghadapi apa jua kes kecemasan seperti 'fire'

    dekat rumah juga saya berdoa kepada diri sendiri dan jiran tetangga jangan leka dengan api

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea bdoa semoga takda apa yang buruk berlaku tuk semua,
      kebakaran ni sebenar kita selalu leka dan anggap tak merbahaya tapi bila tengok akibatnya baru sedar ianya sgt2 bahaya

      Delete
  2. Memang kena ambil tahu langkah awal..penting utk kita kan sis..
    TQ info ni,sgt bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah sis, seperti jaga rumah dari pencuri, prevent fire juga amat penting just sebab jarang berlaku, kita sering alpa dan lupa tuk berjaga2

      Delete

tq, peace :)