Wednesday, December 18, 2019

A visit to nursery garden



assalamualaikum

3 hari tak update
banyak dah simpan kat draft
sebab biasa upload gambar dari phone
pastu update lak guna laptop

so sebab lately kan cuti
dak ava sibuk main game kat laptop
so takda chance nak guna
bila dia berhenti
aku lak dah ngantuk
tu lah yang update terbengkalai semua

kejadian jumaat lepas
aku ambik leave sehari
so bawa lah dak ava dan family jejalan
antara venue a must
pergi nursery 
sebab nak cari bunga poinsettia 
nak bagi sebagai xmas present
tuk BFF

lepas shopping baju sekolah dak ava
baru pergi makan
then pas makan baru ke nursery bunga

tempat baru juga
sebab kawan hari sebelum dah pergi
tu yang teringin nak pergi
dia kata rambang mata memilih

yea memang rambang mata tengok
rasa semua nak beli
tapi nasib baik aku ni sedar diri
tangan takda lah elok sangat nak menanam bunga
kang banyak yang mati dari hidup
so aku lurus kepada tujuan asal

tengok je pokok ni
terus serbu
tinggal 3 pasu lagi
terus pegang 2 pasu
taknak lepas 
takut orang ambik

eh kenapa aku ambik 2 pasu??
kata nya kan nak beri tuk BFF
eleh aku sendiri tak caya dgn diri sendiri
korang toksah caya juga ek
satu tu mestilah tuk sendiri
tak sah if takda
walaupun tak pasti 
sejauh mana poinsettia tu mampu bertahan
atas jagaan aku 😂😂




RM25.00 sepasu

aku punya letak kat dalam bilik
kata budak kat nursery tu
jgn direct siram daun dia dgn air
ataupun jgn direct kena air ujan
if nak siram pun
siram tanah je
or simpan bawah pasu atas air sikit
2 3 hari sekali

another pot aku beli rosemary
tapi takda snap gambar single





nah gambar kiri tu lah pokok rosemary
kekunun nak simpan pasu kat dapur
macam yang orang selalu buat tu lah
tapi as today
mak kata cam ada sintom2 kelayuan pulak
isskk2



kumpulan bunga cam keladi
geram tengok


kumpulan kektus
pun cantik2
kektus yg aku plan nak letak kat office
beli masa mula2 pindah  office dulu
tu pun semua dah nyawa2 ikan
kurang kepakaran menanam kektus nihh



asyik gambar bunga je
meh bagi tengok gambar manusia lak
dak ava tu if bab posing
memang rajin







selain jual bunga
diorang pun jual deco taman,
baja2 serta perkakas berkebun
turut juga menjual pokok
ada sejenis pokok tu 
tah apa nama aku lupa
tapi pokok perhiasan lah
biasa letak tepi2 jalan
rm1500 sebatang yang kecil
tinggi lebih kurang cam aku je
aduhaiiii
tanam pokok pun boleh buat biz weh







2 comments:

  1. Comel betul ava..sama la ngan SA..tangan x serasi tanam bunga

    ReplyDelete
  2. pokok yang warna merah tu cantiknya.. Kalau Sha jumpa kat sini memang beli..

    ReplyDelete

tq, peace :)