Monday, December 30, 2019

Homemade kimchi


assalamualaikum

akhirnya tertulis juga entry kimchi ni
lama dah dalam draft
tapi hanya gambar
karangannya asyik delay

memang tak menghairankanlah ye
kat YT banyak juga tentang pembuatan kimchi
ni aku tengok pun dari YT
disamping tunjuk ajar dari kawan
yang biasa buat kimchi

bahan-bahan:-
(untuk 3 kg long cabbage)
cabbage panjang
white raddish
carrot - tuk warna 
green apple
cili
tepung beras secawan

untuk diblend:-

bawang putih secawan
garam secawan
halia dalam 5 cm 




long cabbage dipotong 
lebih kurang 3 sm
tapi aku terpotong terlalu pendek
cam tak best bila dah masak
kurang umpp
tak boleh nak sepit sangat dgn chopstik
cam dalam cerita korea tu



rendam dalam air garam selama 2 jam
garam guna segelas
air dia kira cukup2 tuk merendam
tiap setengah jam pusing2 cabbage tu
tuk pastikan semua bahagian kena air garam




selepas 2 jam direndam
cuci dengan air ya cabbage tadi
sebanyak 3 kali




untuk bahan cili lak
kena guna cili flake
dia bukan serbuk cili ya
ni kasar sikit
kat pasaraya selalu ada
tapi sini agak susah cari
aku beli kat mini market
kedai sushi
rm38 tuk 1kg




carrot dihiris halus camni




white raddish pun dihiris halus



batang onion ni aku potong camni
suka bau dia
sangat sesuai tuk combination kimchi






epal hijau ni 3 biji
sebiji setengah di blend bersama bawang
dan halia
sebiji setengah lak di hiris nipis 




tepung beras dimasak menjadi bubur
lepas sejuk campur dengan bahan diblender



masukkan white raddish


masuk semua sayur2 
cili flake ni korang bubuh
ikut kepedasan yang korang mau ya
tuk aku 3 kg long cabbage ni
aku guna setengah kilo
tak pedas sangat





long cabbage tadi selepas 2 jam
dicuci sekurang2nya 3 kali
tuk menghilangkan rasa masin



pastu masuk bersama sayuran lain




gaul dan gaul
siap!
boleh makan terus
ataupun tunggu lah sari dua
simpan dalam kontainer kedap udara yea




dan tuk option kedua
aku buat kimchi timun
yang ni aku saja buat
takda sukatan

timun zucchini 6 biji
carrot 2 batang
cili tuk perhiasan




timun potong camni




carrot pun potong bulat2
aku lupa nak campur white raddish



ambik kuah kimchi sikit
campur cili flake 
yang ni aku tak buat pekat sangat
sebab nak rasa dia mild je




taraaaa siap!
kimchi timun
aku rasa ni lebih sedap dari kimchi
sebab timun dan carrot crunchy







zzzyy

19 comments:

  1. Saya ingin belajar cara masak makanan seperti kimchi sebab saya ingin menjimatkan wang untuk cat dapur rumah saya. Kimchi ialah favorite food saya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tengok kat YT macam susah, tapi bila dah sendiri buat, senang je. some bahan boleh ikut selera memasing

      Delete
  2. huih terliur aku tengok kimci ko tuh wei... kalau dekat aku dah datang mintak beli semangkuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa.. nak plan buat lagi ni tapi tu lah belum ada masa shopping bahan2. ala kalau smangkuk tu np tapi apa kah daya jauh weh 😝

      Delete
  3. Wow,, tertelan air liur pulak. ^_^

    ReplyDelete
  4. mcm ni ye cara buat kimchi..sllu tgk jual kt market je x pnh tgk cara org bt..nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ni antara cara, main ingredients dia bubur tepung beras dan cili flakes

      Delete
  5. aieee kimchi timun ya kedak nyaman jakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. auk ya kamek lebih suka sebab timun rasa cruncy tapi susah juak mau bercari zucchini ctok

      Delete
  6. Replies
    1. nyaman ejulz, sikit gik tinggal, semua suka ke appetizer

      Delete
  7. Waalaikumussalam. Memang teringin nak makan tapi bahan2 tu susah nak cari di kampung ni. Haha. Alkisahnya tak rajin nak ke bandar besar 😝😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tu lah, bahan dia terutama cili flakes tu even sini pun susah nak cari. syur2 tu ok

      Delete
  8. Pandainya zzyy buat kimchi.. Ummi susah sikit nak makan makanan korea /jepun ..hehe.tp suke kalau tgk org makan makanan cmni..rs mcm woww

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar dari YT dan dari ajaran sorang kwn sis, 1st try ni, oklah menjadi. nanti dah faham combination rasa dia, baru boleh buat gitu je.
      tq sebab follow

      Delete
  9. Makanan seimbang ..tahniah cantik infor

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh. salah satu cara tuk bagi diri sendiri yg krg mkn sayur ni tuk makan sayur walau pun dah preserve

      Delete

tq, peace :)