assalamualaikum
pa kabar korang arini?
rasanya lebih 3 tahun
aku tak pernah gunting rambut
dah lah rambut jenis yang kerinting halus
kang if dibiar mengurai
hantu kak limah pun takut
🤣🤣🤣
jenis yang natural curly
cam rambut jagung tu
yang suka rambut kerinting
kata cantik sebab senang nak dirias
kerinting lebih sikit terus berbentuk
compare to yang rambut lurus
nak kerinting belum tentu bergulung
tapi bagi aku
kadang2 buat amat rimas
tak boleh nak lepas rambut
tu lah fesyen
hari2 sanggul siput
ava kata rambut mami so crazy
hahahaaa
plan asalnya
dah tahun 2020 baru aku nak ubah sytle
bagi lurus ke
bagi pendek n buat apro ke
[hahaha cam lah aku berani buat]
seriously aku bukan yang fashionable
dress up aku simple je
seluar panjang dan tshirt manjang
rambut sanggul siput je hari2
pergi kerja makeup semua mmg tak pakai
aku guna bedak asas
kdg2 je guna eyeshadow
lipstik pagi ada
pas makan hilang
baju pula guna je baju kurung biasa
asal cotton aku dah selesa
ni rambut aku
sebenar dah sampai ke pinggang panjangnya
tapi sebab kerinting camtu
so tak nampak panjang sangat
lama dah nak potong
ataupun luruskan
tahlah tak sure nak fesyen apa
terpulang kepada hair dresser
which is my 1st cousin
dia ada saloon
so dia tau lah apa nak buat
mana yang sesuai tuk aku
asalnya nak potong pendek
pastu kerinting lagi
buat style apro
tapi aku ni bukan jenis yang pandai merias
kang if tak dirias
jadi kusut masai lak
silap2 boleh beranak pinak kutu
😝😝😝
so ambik langkah senang
luruskan saja lah labu
lama juga nak buat
dari jam 5.30pm sampai 10pm
tak plan pun sebenarnya
just sebab jumaat tu balik awal 4.30
dan takda apa yang nak dibuat
so aku speeding ke saloon dia
which about 10km dari town
rumah aku dari town pun about 10km
beza nya if saloon ni di utara
rumah aku di barat
tapi demi rambut ku redah juga jammed
dan hasilnya.....
👇
👇
👇
👇
👇
👇
jauhnya beza sebelum dan selepas
kepala pun terasa ringan
sebab rambut di potong banyak
mula nak potong paras bahu
tapi cousin kata elok camni
if panas boleh ikat
if paras bahu ada 2 keburukan
satu tak boleh ikat if panas
dua dia boleh jadi cam ekor itik
ok boss...
so here im
fesyen rambut baru
lebih fresh, kwn kata look younger
kembang kempis hidung
senang nak urus
pepagi sikat je dengan sikat panas
terus lurus
tapi yang pasti 2 3 bulan nanti
akan keluar babyhair kerinting
sebab mmg rambut aku jenis gitu pun
yang lama kekal lurus
yang baru tetap kerinting
suatu hari if tak dimaintain
akan kembali mengembang
mengalahkan hantu kak limah
😆😆😆😆
zzzyy
waalaikumussalam. teringat kat seol dalam drama korea cheese in the trap. haha. rambut dia curl :D
ReplyDeletehaha.. susah jaga rambut curly sis. extra stress 😄😄
DeleteWah rambut baru mami. tahun baru mesti wajah baru :)
ReplyDeletedah tahun ke 3 plan nak kerat rambut, 2020 yg bakal menjelma bagi semangat sikit tuk rajin pergi salon, dan hadapi dia dgn fesyen baru 😝
Deletepenampilan baru untuk tahun baru
ReplyDeletesemoga memberi semangat baru, kerajinan berkobar2 😄
Delete